Lirik Lagu Haruman Terindah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 31, 2023

Lirik Lagu Haruman Terindah


Lagu : Haruman Terindah 
Penyanyi : Lokman Naufal (PU Lukman)

Terlena sudah 
Ketika dibuai cinta 
Hilang tenggelam 
Dimamah waktu yang mencengkam 
Kasihku padamu 
Takkan sedikit pun terpadam 
Dilimpahi hujan 
Dilanda mentari aku tetap ada 
 
 Verse 2: 
Redupnya jiwa 
Memandang warkahmu, oh cinta 
Terasa bagai 
Ku mampu hidup selamanya 
Rinduku padamu 
Akan ku sirami benihnya 
Agar tetap tumbuh 
Membunga mewangi 
Haruman terindah 
 
C/O: 
Walau mungkin 
Ditimpa tengkujuh 
Cuba merosakkan tanahnya 
Walau kemarau menimpa 
Cuba mengeringkan daunnya
Namun percayalah kasih 
Yang selain Tuhan 
Tak ada yang mampu merampasnya 
 
Walau mungkin 
Di suatu hari 
Kan mulai berubah warnanya 
Cinta yang terus setia 
Kan mencari cara mendebunya 
Hingga ke akhirnya waktu 
Kau genggam tanganku 
Menuju kita ke syurga 
 
Lagu: Encik Mimpi 
Lirik: Encik Mimpi  





Lagu nyanyian PU Lokman Naufal ni viral di Tik Tok kerana jadi lagu latar bagi cerpen cerpen dan cerita pendek perjuangan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Mama Yan pun rasa tersentuh dengan pengalaman hidup YAB Dato Seri Sanusi,
Bukan sedikit sedikit kesusahan yang dialami,
Masa MY kecil dulu,
Taklah senang juga,
Tapi ramai lagi orang yang lagi susah rupanya.
 

Biodata Dato Seri Sanusi:-

 Nama penuh : Muhammad Sanusi bin Md. Nor
Tarikh Lahir : 4 Ogos 1974
Tempat Lahir : Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah
Adik-beradik : ke-7 dari 13 orang 
Ayah : Md Nor Taib
Ibu : Meriam Ahmad
Pasangan : Tok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh
Ijazah : Sarjana Muda Sains Politik, USM
STPM : Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis
 SPM : Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah - Pangkat 2, 27 aggregate
Jawatan : Menteri Besar Kedah (Mei 2020 - kini) 




2 comments:

  1. lagu sedap tapi suara kurang merdu, bagi saya lah.

    ReplyDelete
  2. Sinonim sgt lagu tu ngan MB Kedah tu kan. Asal dgr je lagu tu terbayang terus muka MB

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad