Tuisyen Online bersama Fly High Education Centre - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, August 25, 2023

Tuisyen Online bersama Fly High Education Centre

Serius betul Aril menghadap kelas tuisyen online dia.
Yer.. MY masukkan Aril dalam kelas tution online bermula awal bulan Ogos hari tu.
Ni minggu ketiga dia join.
Alhamdulillah..
Nampak semuanya baik-baik aje.

Bagi yang pernah baca entry Aksi Ucid,
boleh nampak la perangai dia kalau nampak kamera macam mana,
sampai tuan punya cerita dalam gambar jadi kabur,
muka dia pula yang jelas,
Dengan lensa kamera pun dia boleh curi perhatian,
apa lagi perhatian orang.
Memang geram.



Untuk tahun 4,
ada 4 subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Oh ya... ada juga kelas mengaji ya..
Kelas mengaji tu free kalau ambil pakej 4 subjek ni.

Kenapa MY ambil tuisyen online ni untuk Aril?

Yang pertamanya,
Aril masih lemah menguasai asas pelajaran.
dia sendiri pandai bercakap umur 6 tahun.
Pandai membaca dengan lancar masa darjah 3.
Jadi, dia agak ketinggalan sekarang ni.

Sebenarnya tahun lepas MY hantar je Aril dan adik kembarnya tu ke kelas tuisyen bersemuka.
Kelas tu setiap Jumaat dan Sabtu pagi.
Tapi itu menyebabkan kami terkekang tak boleh ke mana mana pada hari Jumaat dan Sabtu. 
Boleh jalan pun petang je, Tak boleh bermalam.
Anak anak pun penat.
Takde cuti langsung dalam seminggu tu.

Kelas tuisyen kat pekan kecik ni pun tak banyak.
Kelas Tuisyen yang guna bahasa cina sebagai bahasa pengantar banyaklah.
Kelas Melayu, takde.

Yang ada jauh sikit tu,
Mama Yan pulak tak larat nak hantar.
Siang dah ulang alik hantar sekolah, sekolah agama, mengaji,
Malam nak hantar lahgi ke kelas tuisyen yang jauh tu?
memang taklah... Silap silap, mak dengan anak sama-sama burnout kepenatan.

jadi tuisyen atas talian ni rasanya solusi yang paling baik untuk selesaikan masalah Aril.
Maknya bukan tak nak ajar,
Tapi sukatan pelajaran sekarang tak macam dulu.
Mama Yan pernah ajar dia Matematik bahagi,
tapi dia kata cikgu suruh buat cara lain.
Cara pagar katanya.
Dah tak masal Mama Yan pulak yang kena belajar bahagi cara pagar.
MY ni, kira harga pagar bolehla..

Setakat 3 minggu penyertaan Aril dalam tuisyen online ni,
Nampak semuanya okay,
Aril pun enjoy,
Tak stress,
tak kepenatan, 
dan lebih mudah faham.
Rasa rugi pulak tak masukkan dalam kelas tuisyen online ni sejak awal tahun.

Bagi yang nak recce kelas tuisyen online macam Aril ni,
boleh layari : www.flyhigh.my

▪️Team Support;


 

 

5 comments:

  1. Bagus la Aqil bole adapt dgn online tuition. Ikutkan si Angah tu pun PH nak masukkan online tuition tapi dia jenis tak fokus. Kena cikgu ajar depan2 gak. So , pegi tuition bersemuka juga.

    ReplyDelete
  2. waaahh rumah baru la MY....berkali2 tengok eh betul ke ni masuk blog MY hehe
    silibus budak sekarang dah tinggi tak sama macam kita dulu kan...sama la dengan Pia saya memang tarik diri awal serahkan semua pada waled dia

    ReplyDelete
  3. anak sy yg darjah 2 tu pun lemah dlm matematik. masa exam lalu dpt 40 markah je..

    ReplyDelete
  4. Macam menarik.. tq share MamaYan..

    ReplyDelete
  5. Ikutkan saya lebih suka tuisyen online tapi anak no. 2 tu jenis yg tak suka pembelajaran online. Masa PDPR dulu susah betul dia nak tumpukan perhatian dengan kelas 😩 Kena cari tuisyen kelas fizikal baru dia boleh fokus.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad