Selamat Hari Lahir Moq - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 20, 2023

Selamat Hari Lahir Moq

 Semalam hari ulang tahun kelahiran ke 14 anak kedua Mama Yan.
Bila tanya nak makan apa sempena birthday,
nak makan nasi ayam katanya.
Okay..
kita masak nasi ayam yang mudah dan cepat.
Memang kena masak cepat sebab MY dah terlewat balik dari kebun. 
Nak perap perap ayam pun dah tak sempat dah.
Beli je ayam panggang dari Baker's Cottage,
Masak sup ayam sikit, sambal,
Dan nasi ayam.

pes nasi ayam
Nasi kita masak guna pes Nasi Ayam Hainan jenama Ikan Brand.
Nak masak senang,
Rasa pun sedap.
Letak garam 2 camca,
Letak 1 sudu mentega (butter),
Letak daun pandan 2 helai,
Letak pewarna kuning setengah camca,
Letak pes 1 paket,
Beras basmathi 2 mug plastik,
Nisbah air 1 cawan beras : 2 cawan air.
Sukat air dan beras guna cawan yang sama ya.


masak nasi ayam
Bila digemburkan...
Yummmy... piau bau nasi ayam.
Tak payah susah susah nak perap ayam lah...
Tak payah blender bawang, halia, bawang putih,
Tak payah buang masa rebus ayam, 
Pindahkan air rebusan ayam dan lain lain lagi

masaka nasi ayam
Zoom innnnn....
Nampak tekstur dia... Cantik tak?
Kalau masak guna beras wangi,
Kurangkan sukatan air kepada 1setengah cawan air untuk 1 cawan beras ye.
Alhamdulillah... Anak anak suka.
Eh.. ni cerita pasal birthday Moq patutnya,
Tapi cerita pasal nasi ayam pulak yang lebih.

Kek Bakers cottage
Petang tu ayahnya bawa Moq pergi Baker's Cottage untuk beli kek,
Moq pilih kek oreo ni.
Asalnya ada 3 keping oreo atas kek ni.
Tapi buka je kotak kek,
Adik Mijan dah cekut sekeping biskut oreonya.
Hahaha...
Nasib baik Abang Moq sporting.


kek bakers cottage
Masa abang Moq nak potong kek,
Dah tinggal sekeping dah biskut oreonya.
Tabahlah Abang Moq ya...
Jadi abang memang kena banyak mengalah dengan adik adik.

Semoga Moq jadi anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Mama tak marah kalau Moq tak pandai dalam kelas,
Yang penting kena rajin.
Rajin solat, rajin puasa, rajin bersenam,
rajin bertanya kalau tak tahu.
pendek kata rajin serba serbi lah.

kek bakers cottage
Yang takde kena mengena lagi over nak tiup lilin atas kek...
Siap berlari pergi ambil topi nak ambil gambar dengan kek.



16 comments:

  1. wahhhh kek oreo sedapnyaaa! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp...tapi makan sepotong je dah cukup. diabetes kirim salam

      Delete
  2. Happy Birthday Moq!
    Mudah-mudahan sentiasa jadi penyejuk mata keluarga 🀲
    Nak cari jugalah pes nasi ayam tu...senang kerja ni...

    ReplyDelete
  3. Happy Birrhday Moq.
    Moga jadi abang mithali.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Moq! Semoga jadi anak yang soleh, sentiasa membanggakan ibu & ayah πŸ’•
    Bertabahlah oreo kena cekut dgn adik-adik hihi.

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Moq! semoga berjaya dunia akhirat, menjadi anak kebanggaan keluarga ya.. x pernah lg sy buat nasi ayam guna pes... nnt nk try jugak brand ni.. jimat masa dan yg penting review MY ckp sedap

    ReplyDelete
  6. Selamat ulang tahun Abang Moq...panjang umur sehat selalu dan berguna bagi agama dan kluarga..salam kenal kak

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Abg Moq...birthday boy request nais ayam sedap tu...menarik nmpk kek tu..atas tu parutan kelapa ke?

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap kek oreo tu. Moga jadi anak yang baik buat keluarga ya....

    ReplyDelete
  9. happy birthday Abg moq...moga jadi anak yg soleh..aamiin

    ReplyDelete
  10. Haaa.. mmg ada cara express nak masak nasi ayam, kan..kalau guna stok ayam maggi yg dalam botol tu pun boleh, jadi jer nasi ayamnya.

    Happy birthday, Moq.

    ReplyDelete
  11. Adiknya jeles tu abangnya dapat kek oreo.

    ReplyDelete
  12. Wah.. Mudah je nak masak nasi ayam.. tq share MamaYan.. Bolehlah Sha cubananti..
    Menarik kek oreonya..
    Happy belated birthday buat Abang Moq..

    ReplyDelete
  13. Happy birthdaay Abang Mok πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Panjang umur, banyak rezeki yaa, dan selalu jadi panutan adik2.

    Kalo ke Malaysia lagi, saya nak beli bumbu nasi ayam ini. Memang jadi gampang lah masak kalo ada ini. So far saya suka bumbu2 yg dijual di Malaysia. Waktu itu ada beli bumbu Tomyam, sambal nasi lemak, bumbu kari dan pernah dikasih bumbu laksa serawak. Semua enak pas dimasak πŸ‘

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad