Dah siap jahit langsir - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 10, 2024

Dah siap jahit langsir

 Alhamdulillah...

MY berjaya menyiapkan langsir untuk kedua dua rumah mak. Mak sendiri dan mak mentua. Yeahh... start tahun lepas menjahit, tahun ni baru siap. Lama kaannn... hahaha...

20240109_095545

Yang kelakarnya... MY langsir rumah mentua tu..terbalik. Patutnya warna purple gelap tu depan, tapi MY jahit purple cair ke depan. Lepas tu, tengah tengah jahit. Tak cukup kain. MY tertinggal kira satu pintu...

Ajak suami repeat cari kain yang sama pattern di Kamdar JB. Mula mula beli RM8 semeter, datang kali kedua, tinggal RM5 je semeter. Diorang tengah buat penghabisan stok lama untuk masukkan stok baru. Huhu.... murah betul. Tapi kalau baru sekarang nak beli, tak sempat pula nak jahit. Begitulah ye... ini kita namakan segitiga kualiti vs masa vs kos. Bila kita dapat kos murah, mungkin kita terpaksa bergelut dengan masa yang seterusnya mungkin merisikokan kualiti. Bila kita dapat masa yang panjang, kita terpaksa pula mengorbankan kos harga yang mahal.


20240109_095025

Langsir mak MY pun dah siap packing untuk diposkan. Harap harap sampai dengan baik dan cepat ye ke Raub. Jangan melencong atau melepak lama lama pula di warehouse atau transit poslaju tu. 

Harap harap kedua dua mak happy dengan pemberian yang tak seberapa ini. Tak tahulah kena ke tidak dengan citarasa. Hihihi... lepas ni nak cari kusyen dan sarung kusyen kat Shopee. Lepas tu nak beli pasu dan bunga hiasan untuk rumah mak. Kita raya betul betul eh tahun ni mak...


14 comments:

  1. blogger_logo_round_35

    Wah, langsir raya dah siap ye...
    Kita pulak tahun ni slow sikit...

    ReplyDelete
  2. Untitled%252520design%252520%25283%2529
  3. Kak%252BSeri

    Bestnya MY dapat berbakti begitu pd mak. Semoga selamat tiba langsirnya.

    ReplyDelete
  4. 6406225d-8868-48fa-8019-bfbe535aeda8
  5. profile+pic

    Alhamdulillah, mesti berseri2 rumah mak MY raya tahun ni 😄

    ReplyDelete
  6. 20211230_075035

    untungnya MY pandai menjahit...

    ReplyDelete
  7. hill

    cantik...kaler purple...mesti dua2 mak puas hati terima langsir raya..

    ReplyDelete
  8. .com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnd_Z5BrK_nOMdBvOO9oKpAxnKREOpSzOR2ps1PJZmMpsy4AxduwubxR2QEon_zL1LyQvSfZe2DZVU6g_-up0afSX7yhE_OXfbr4fbqx1U4SPzFY6A7-lxJDUGAwjlUg/s45-c/

    Pandai MY jahit langsir. jadilah raya ni ya hehehee

    ReplyDelete
  9. IMG_20230621_181642

    wahh pandai akk jahit langsir...untung.. sebab sekarang kalau pergi upah orang, mahai betui

    ReplyDelete
  10. IMG_20230621_181642

    Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  11. 1482816570713

    Cantik coraknya... pandainya MY jahit langsir 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  12. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Mesti seronok sangat ni mak sendiri dan mak mentua MY dapat kiriman langsir baharu!

    ReplyDelete
  13. siinurulxsafrie

    Pandainya menjahit.... mak sy pun selalu juga jahit langsir...ada langsir baru dah utk raya

    ReplyDelete
  14. nona-sani

    Semangat Kak! Cantik warnanya!! Bertuah mak Dan mak mentua dapat.menantu mcm akak ni.hehee..Yess..Raya betul betul 😆👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad