Ke Majlis Perkahwinan Ex-Housemate - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 5, 2025

Ke Majlis Perkahwinan Ex-Housemate

Hari Khamis 1 Mei 2025 yang lalu,
bersamman dengan cuti Hari pekerja,
Mama Yan dan suami pergi ke majlis perkahwinan bekas teman rumah sewa masa belajar dulu.
kami pergi berdua aje,
anak anak semua tinggal.
Bertolak seawal jam 8 pagi dan sampai jam 11.30 pagi/


Sampai Hentian Rehat & Rawat Seremban, 
Kami berhenti sebentar.
Pergi toilet dan beli putu bambu world buat alas perut..
Taknak la makan serupa bela saka di majlis orang.


Majlis diadakan di Sekamat Grand Palace Event Hall yang terletak di Jalan Sungai Sekamat,
Kampung Sungai Sekamat, Kajang.
Dewan ni nampak agak baru ye...
Ada kawasan tempat letak kereta yang luas,
Ada kereta buggy ambil tetamu di tempat parking dan bawa ke depan pintu dewan.
Ada aircond yang terasa nyaman,
Dewan double volume yang selesa,
Pentas pelamin yang gah,
Semua orang boleh nampak pengantin dengan jelas,
Ada layar untun paparkan video-video pengantin..
Memang cantik dan nampak mewah betul.
Selesa...
tapi bila selesa sangat,
Orang datang makan minum dah macam buffet ramadan .
repeat banyak banyak kali...


Selamat pengantin baru buat Shaira dan pasangannya Syahrul..
Semoga bahagia hingga ke syurga...
Cantik betul pelamin dia...
Kami geng rumah sewa nak bergambar atas pelamin,
Tapi sedara mara pengantin ramai betul.
Sebaik je ada ruang kami terus naik mencelah...hahah..
potong barisan. 
Tak larat weh nak tunggu..


Ni tingkat atas dewan...
Wajib la datang meraikan kawan kahwin...
dari kiri, Dila, MY, Ija dan Gie..
Masa Gie kahwin tahun 2005,
MY tak datang sebab tengah exam akhir tahun.
Masa Ija kahwin tahun 2013, MY tak datang sebab Aril baby high demand masa tu.
Tak berani nak bawa ke Kulim.
Alhamdulillah.. sekarang anak dah besar,
Dah mudah sikit nak bergerak ke sana sini



MY dan Dila pakai baju sama order kat Shopee..
Hahaha..
Mula mula diorang ajak semua berempat pakai baju sama.
Alih alih..
MY dengan Dil aje yang dapat saiz.
Yang dua lagi takde saiz.. dah habis.
Kami sampai awal,
so masuk je la dewan terus.
Yang lagi dua orang,
berkisah dengan anak anak,
memang lambat sikit la sampai.
tapi tak lambat mana la.. masih waktu standard.
Kami aje yang terawal sikit


Siap ada photo booth..
Memanglah tak lepaskan peluang kannn....

Alhamdulillah.. 
Majlisnya berjalan dengan lancar... 
Kami bertolak dalam pukul 3 petang dan sampai Pontian jam 6.30 petang.
Malam tu Mama Yan belikan anak anak pizza, upah kena tinggal.
MY dan suami pula makan nasi goreng..
Dah tua tua ni,
takde hati langsung nak makan pizza...

Okaylah.. sekian lah kisahnya..
Lambat betul update story.. haha..
Sekian wassalam..





 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad