Ni kisah dua minggu lepas,
Mula-mula Mesyuarat Agong PIBG sekolah Aril, Ucid dan Sarah.
MY datang sorang je..
Suami MY handle anak kat rumah.
Tiap tahun pun sama...
Ramai ibu ibu aje yang datang.
Kali ni Mesyuarat PIBG sekali dengan jamuan raya,
Tapi MY tak tunggu sampai jamuan pun,
dah selesai bahagian yang penting penting,
balik la...
Pada majlis tersebut,
MY dapat sijil penghargaan atas sumbangan sebagai ibu aktif dalam pemuafakatan kelas.
ni ibu poyo...hahaha
MY kan tak kerja di pejabat..
Jadi lebih mudah untuk menyertai aktiviti sekolah...
Lepas tu, selang beberapa hari,
Ada mesyuarat pemuafakatan dan jamuan raya kelas PPKI Mijan pula.
Kali ni MY bawa suami hadir,
Tahun lepas, Mesyuarat pemuafakatan sekali dengan pembentangan Rancangan Pendidikan Anak anak..
One to one dengan cikgu.
Eh kali ni lain pula..
Siap ada jawantankuasa Pemuafakatan..
Dan suami Mama Yan dilantik jadi pengerusi jawantankuasa pemuafakatan..
Haru betul..
Masalahnya.. suami MY tu sibuk memanjang...
Bila masanyalah nak cara hal hal mesyuarat macam ni..
Tapi nanti kami buatlah sama sama apa yang termampu..
Ini Mijan punya RPI.
RPI tu adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.
Terkejut MY baca kurikulum yang diikuti: KSSRPK Tahun 4.
Baru 8 tahun takkan dah ikut silibus darjah 4,
Melampau sangat advancenya tu...hahaha
Rupanya cikgu salah taip...
Mijan memang tak perlukan untuk uruuskan dia berjalan, main, makan, minum, pergi tandas...
Cuma dalam bidang pelajaran,
dia takkan cuba membunyikan suku kata Bahasa Melayu..
Kalau ejaan English,
dia boleh sebut kebanyakan perkataan.
Siap membetulkan sebutan kita bagai kadang tu...
Sekolah menengah anak anak ni belum mesyuarat PIBG lagi...
Yang bosannya... bab meeting PIBG ni..
Usul bukan main banyak,
tap pemberi usul, tak datang.
Harap harap untuk yang sekolah menengah ni nanti, dapatlah pemberi usul menghadirkan diri...
okaylah...
jumpa lagi next entry,
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)