Rumah Abang Jamil Batu Pahat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 12, 2025

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Hari Sabtu lepas,
MY dan suami ada menerima undangan majlis perkahwinan,
Majlis diadakan di Rumah Abang Jamil, Batu Pahat.
Kami sampai dah pukul 3.30 petang.
Anak anak pula tengah sedap sangat tidur dalam kereta,
Moq sorang je yang tak tidur, 
Tapi dia taknak turun…
Jadi MY turun berdua je dengan suami.

Rumah Abang Jamil ni terdapat di beberapa buah negeri lain juga ye, 
Bukan di Johor sahaja,
Terbaiklah…
Sebelum ni pernah perfi sekali yang di Larkin, agak sempit sedikit berbanding yang di Batu Pahat ni,


Dengan tirai putih,
Alas meja putih,
Kerusi kayu, 
Pintu kayu,
Banglo putih,
Nampak macam rumah mewah Abang Jamil dalam filem Madu Tiga.
Nampak eksklusif dan sangat cantik tau.
Walaupun bukan dewan berhaawa dingin,
Tapi, agak selesa juga. 


Ni pemandangan sari meja tempat MY duduk dengan suami.
MY tak makan nasi pun.
Ambil dua potong kuih lapis dan segelas air je,
Suami makan nasi tapi ambil tak banyak pun.
Kami tak berlama-lama pun.
Sementara suami makan, MY pergi ambil gambar,
Lepas suami siap makan,
Terus salam salam tuan rumah.

Bestnya tengok orang kahwin majlis mewah macam ni… hahaha
Zaman MY kahwin dulu,
Tak mampu nak adakan majlis macam ni.
Seadanya sahaja.


Kalau teringin nak buat majlis kahwin kat sini,
Boleh scan qr code ni.
Suami MY dah mula dapat jemputan kahwin anak kawan kawan…
Pergi juga la tunjuk muka dan salam keruk…
Kalau tak pergi nanti,
Agak awkward pula bila bertenu di lain hari.

Semoga pengamtin berbahagia hingga ke syurga.
Gambar pengantin takde,
Gambar bapak pengantin pun takde…
Sekian, wassalam

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad