Hari Guru 2025 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, May 16, 2025

Hari Guru 2025

 Masa Mama Yan kecil kecil dulu,
tak pernah pun bagi hadiah masa hari guru.
Orang susah kann...
tengok je la kawan kawan yang bapaknya berkerjaya bagi hadiah kat cikgu,
Tapi MY tak pernah la meminta-minta nak bagi hadiah kat cikgu,
Sebab sangat faham dengan keadaan kewangan keluarga masa tu.

Anak anak MY...
Sarah je yang tiap tahun tak boleh tidak nak bagi hadiah kat cikgu.
Anak yang lain... tak kisah..
bagi boleh,
tak bagi pun boleh,
Ucid pulak..
nak buat apa Ucid bagi lagi kalau Sarah dah bagi.
Kami kan kembar..
Sah-sah la cikgu tau mama yang belikan... hahaha....


Mujurlah ada eco shop zaman sekarang ni,
beli pen marker dan pen aje untuk cikgu anak anak

lepas tu masukkan dalam fail macam ni.
printkan wish card,
suruh diorang tulis sendiri ucapan untuk cikgu..
itu je....
Belum mampu lagi nak bagi hadiah Habib Jewels ataupun Ariani kat cikgu cikgu....


apapun, selamat hari guru kepada semua guru guru di Malaysia.
Terima kasih cikgu



8 comments:

  1. Sama juga kecik² dulu takde bagi hadiah pun dekat cikgu². Orang susah, sekolah kampung cikgu pun paham. Tapi bila musim buah²an, penuh la bonet kereta cikgu² dgn segala jenis buah; durian, petai, langsat, rambutan segala la

    ReplyDelete
  2. Kedai eco memang jadi pilihan mak2 beli hadiah untuk cikgu2.

    ReplyDelete
  3. Betul masa kecik kita lain dengan masa sekarang.

    ReplyDelete
  4. Hadiah cuma simbolik tapi tindakan beri hadiah itu satu penghargaan dan penghormatan untuk cikgu

    ReplyDelete
  5. Betul. Dulu takde kedai macam ni. Barang harga standard. Tak mampu pulak nak beli. Nasib baik ada bunga dan hadiah yang sekolah jual murah-murah.

    ReplyDelete
  6. Saya pun x pernah bagi dekat cikgu...tapi budak2 sekarang demand...

    ReplyDelete
  7. Sekarang nidah macam wajib bagi hadiah kat cikgu sempena hari cikgu

    ReplyDelete
  8. Zaman saya sekolah memang ada hari guru. Tapi tak pernah dirayakan. Krn itu memang tak pernah bagi hadiah sekalipun. Zaman anak saya pula, tiap hari guru pasti ada acara 😁. Tp hari guru di sini jatuhnya 25 nov. Cuma kebiasaan kasih hadiah ke guru, dengan chip in bersama 1 kelas kak. Jadi 1 hadiah buat guru. Tahun lalu bagi sepatu olahraga untuk running, sebab gurunya suka lari. THN ini blm tahu pula.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad