Makan tengah hari di Restoran Wadi Hana Elarabi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 5, 2025

Makan tengah hari di Restoran Wadi Hana Elarabi



Restoran Wadi Hana Elarabi
Ni dah berapa minggu punya kisah ni.
Asyik je tak sempat nak tulis.
Gambar ni dalam Restoran Wadihana El Arabi 
Dinding Ala Arab ni suka pakai tiles yang colourful macam ni.
Kalau rumah MY memang tidak la nak pakai dinding tiles bercorak macam ni,
Serabut.
Citarasa Mama Yan sangatlah simple.
Langsir MY pun tak suka yang ada ropol ropol, renda renda, scallop bagai.


Restoran Wadi Hana Elarabi
Mama Yan punya air teh Arab.
Beza teh Arab dengan Teh Melayu ni rasanya daun pudina tu aje.
Suami MY pula tak suka daun pudina.
Dia akan sendawa tak berhenti-henti nanti kalau minum air yang ada daun pudina.
So suami punya air fresh lemon 

Restoran Wadi Hana Elarabi
Nama menu ni Fatta Lamb.
Harga sepinggan ni RM23.
Rasa nasi dia biasa aje.
Kuah dia tu, rasa macam kuah tomato kut.
tapi lepas ni tak order dah Fatta ni...

Restoran Wadi Hana Elarabi
Yang ni pula namanya Roz Masry -Chicken.
Harga RM17 sahaja.
Kononnya malas nak ambil set dulang..
Ambil yang tak pernah makan..
dua pinggan lain lain menu.
Suami MY kata macam nasi goreng bibik masak untuk adik Mijan..
Hahaha...
Sedih betul tau level rasa dia..
Level picky eater tahap super saiyan...
rasa bland...
Bila MY rasa sebenarnya tak la teruk sangat..
Cuma tak rasa macam nasi arab biasa tu la..
MY tak kisah je makan nasi takde rasa ni..
Sebab dah biasa...
MY kan ada diabetes dan darah tinggi.
Biasa je makan benda tawar ni.
Tapi janganlah tawar sampai rasa air paip macam sup nasi ayam kat Paradigm mall tu.

Kami juga bungkuskan si abang dan hantar ke asrama sekolahnya satu set Mixed Grilled with bread.
Abang telefon hari sebelumnya tu minta belikan vitamin.
Dia kata asyik selesema aje..
Tu yang nak makan vitamin.
Yelah.. kuturutiiii..
Anak minta apa pun layan.. nak SPM tak lama lagi kann...

yang geramnya...
datang nak hantar vitamin,
Tapi vitaminnya lupa nak bagi.
tertinggal dalam kereta.
Bagi bekal Arabic mixed grill pula..
sabar aje laaa...
 









 

8 comments:

  1. Saya pun rasa serabut dengan tiles tu. Tapi untuk sesetengah ruangan nampak menarik. Oo daun pudina pun boleh buat sendawa ye. Mungkin tak kena dengan sesetengah orang kot. Agak serba kurang rasa menu di sini ye. Tapi takpelah, first time cuba kan. Next time memang tak order dah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah la diffuse EO peppermints, tak berhenti henti suami sendawa. Tutup diffuser tu baru senyap

      Delete
  2. Betul pokcik pun tak suka tiles tu.. tidak menarik

    ReplyDelete
  3. Hahahhaa.. habis tu, patah balik tak, htr vitamin tu? Baru tahu ada nama nasi arab selain selain mandi dan maqlubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayahnya datang lagi esok pula… hantar vitamin dan tapau makanan lain pula

      Delete
  4. Saya suka sebenernya tiles warna warni begini. Tapi tak nak pasang di rumah sendiri 😂. Tak sesuai hahahahha. Kalo lihat di dinding tempat orang lain, okelaah 🤭.

    Sayaaang betul kalo terlalu hambar ya kak. Saya pun pernah makan di resto arab yg kurang sedap. Dah pasti confirm tak balik 😅

    ReplyDelete
  5. Sedihnya kalau tengah lapar lepas tuh makanannya rasa biasa-biasa yang teramat biasa. Kalau KSarie langsung kecil hati dan tak pergi lagi ke situ. Semoga anaknya terus tekun belajar untuk SPM.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad