Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, August 4, 2025

Pengalaman Bazar Buku Antarabangsa Johor

Masa cuti Hari Hol Negeri Johor,
31 Julai 2025,
Suami bawa MY dan anak anak ke Paradigm Mall.
Sebab Mama Yan nak sangat ke Bazar buku Antarabangsa Johor...
Suami pun bawakan aje la..
Mama Yan, Sarah dan Ucid aje yang bersesak sesak dalam bazar buku tu.
Suami MY, Moq, Aril dan Mijan pula..
jalan jalan dan melepak...
Suami MY kata..
baik pergi kedai buku...
Tenang-tenang aje memilih..
Ni dah la sesak, sempit, bising...tak best langsung..
Alahai..
Kita ni tak pernah pergi PBAKL..
Ingin juga merasa vibes pesta buku...hehehe



Mama Yan jumpa Datuk Imuda...
Tapi tak ambil gambar pun...
Anak anak takde perasaan apa pun sebab langsung tak kenal siapa Imuda.


Beli buku dan dapat autograf sekali...


Buku penulisan Inggeris tu, Sarah yang nak beli.. okay...
Ultra Qalif tu pula komik kegemaran Ucid.

Yang ni MY belikan untuk Ucid Aril dan Sarah..
Panjang muncung masing masing tengok buku Matematik.
Anti betul budak-budak ni dengan Matematik

Buku cari kata tu MY belikan untuk Moq,
Yang lain tu semua buku Sarah.

Yang ni pula MY saja beli untuk MY..
tapi entahla bila nak baca.
Bukan nak baca sangat...
Sebab zaman majalah Ujang dulu dah baca...
Tapi sekadar untuk menghargai air tangan kartunis Malaysia.
Lagipun lukisan kartun dia cantik...
Itu je lah hasil tangkapan MY di Bazar Buku Antarabangsa Johor.
Betullah seperti yang suami MY cakap.
Nak memilih pun rasa semak.
Sudahnya...
Buku MY takde pun.
Diskaun pun lebih kurang je kalau pakai kad ahli di Popular atau di ke badan cemerlang.
Takpelah.. nama lagi pengalaman kann 


Lepas siap beli buku..
kami pergi ke Food court yang terletak mezzanine level 4.
Sementara menunggu suami dan anak anak beli makanan,
MY tunggu kat meja aje dengan Mijan.
tu yang main selfie dengan dia...
Entah apa selfie buat muka pelik pelik macam tu.


Berselera nampaknya Mijan makan nasi ayam penyet.
Ala dia makan nasi lauk ayam goreng aje pun.
Tak kisah la apa namanya pun...
penyet ke.. ketuk..gepuk ke..
Yang penting sambal asing..


Ni pula nasi campur suami MY.
Petang tu sakit perut...
Kan dah tahu tak boleh makan lauk berlado...
Makan juga... memang mendapek lah

Aril, Ucid dan sarah makan Yong Tau Foo..
Tiga mangkuk..
Lauk masing-masaing pilih sendiri ,
sekali ayah nak bayar... Kurang RM2 nak jadi RM50..hahaha
Makan yong tauhu ni memang seram ye... cepit.. cepit.. cepit.. tak sedar dah RM50..hahaha



Mama Yan dan Moq makan nasi ayam..
Cepat dan mudah.
Nasi dia rasa kurang air.. beras macam tak berapa kembang ke macam mana..
lepas tu sup dia rasa air paip..
hahaha...
tawar hebeh..
Bau sup pun takde..
hadoih la..
Nak kata nak pergi haji balik hari tak boleh sebab kena wukuf kat Arafah...
mana boleh nak balik hari.. tak cukup rukun haji nanti...
Ni nak beli emas 1 kilo sehari ni agaknya...
Tapi yang sebetulnya tak reti masak. Main pas aje kerja masak pada helper.
Tokey kedai langsung tak jaga kualiti dan rasa.

Walupun tajuknya bazar buku,
kita pulun la semua sekali cerita hari tu.
Oh ya... kat Paradigm Mall ni ada ESCAPE Theme Park rupanya..
Anak anak dah menggelatat nak pergi..
Ah.. takde takde..
Tak masuk dalam agenda kita hari ni..
Lain kali...
Tunggu Mama korang diet kaw-kaw...
Sekarang ni kalau mama jatuh... mauk rabak jaring keselamatan tu...
jadi lain kali ye...







 

9 comments:

  1. Pameran buku mcm ni mmg Syurga bagi penggemar buku

    ReplyDelete
  2. Kalau kenal Imuda tu, maknanya dah masuk kategori legend kita ni.. ^^

    ReplyDelete
  3. Betul Pi Mai Pi Mai Tang Tu sitkom lama. Ramai pelakon asal dah meninggal. Al-Fatihah.
    Banyak juga borong buku.

    ReplyDelete
  4. Yong Tau Foo dlm food court mall mmg harga t20...=D

    ReplyDelete
  5. PH zaman kerja dulu rajin la ke Pests Buku termasuk PBAKL tu... selit nama utk jadi petugas, dapatlah merayau dalam tu hehe
    Aduh, tak sukalah orang jual makanan masak cincai2 gini. Sedih :(

    ReplyDelete
  6. Kadang saja je nak rasa vibes sesak di pesta buku kan. Join the crowd sesekali. Banyak jugalah tu beli buku. Budak-budak kalau buku pelajarang memang muncung je lah. hihi..memang anti betul.
    Hmm..kecewa kan dapat makan kat kedai yang macamni. Asal boleh je berniaga. Sabar je lah kita.
    Yong tau foo paling seram nak ambil. Tahu-tahu..nohh rokiah, harganya boleh beli 2-3 menu dah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad