Hujung minggu lepas Mama Yan, suami, mak mentua, kakak ipar dan empat orang anak pergi ke Terengganu.
Tapi bukanlah makan angin di Kuala Terengganu,
Pergi Cheneh aje.
Tujuannya untuk menziarahi anak saudara kami yang ditimpa kemalangan.
Atoknya dah kenyang tak makan...
Mandi tak basah,
tidur pun tak nyenyak asyik terfikir-fikir keadaan cucunya.
Alhamdulillah...
Keadaan nampaknya terkawal.
Lepas mak mentua dah berpuashati dengan keadaan cucunya,
tengok dah lalu nak makan,
Maka bolehlah kami berangkat pulang.
Tidur satu malam aje.
Sampai hari Jumaat tengah malam,
Esoknya sabtu lepas Zuhur kami bertolak semula ke Johor.
Sempatla singgah Kuantan untuk beli buah tangan kat adik beradik yang tak ikut
Ini first time Mama Yan cuba makan kuih ni.
Mama Yan beli di Gerai Keropok Jaya Gading,
berhadapan dengan Kem TUDM Batu 10 Kuantan.
Masa nak beli, Mama Yan tanya akak peniaga tu,
Apa nama kuih ni?
Sebab pada kotak tu tulis ‘Seman’,
MY ingatkan nama orang yang buat kuih ni Seman.
Rupanya memang nama dia kat situ Seman,
Akak tu kata,
Kat Kuantan ni ramai yang panggil Seman,
Kalau di Terengganu.. namanya Semang.
Kalau di kelantan, nama kuih ni Semma.
Kawan kawan di Borneo pula panggil 'halus mitai'..
Dan nama komersial lainnya adalah 'kuih rambut nenek'
Di Indonesia juga ada kuih rambut nenek ni,
tapi bahan pembuatannya sedikit berbeza daripada di Pantai Timur.
Rasanya sedikit manis,
Yang warna pink tu gula yang telah dicampur pewarna,
kemudian dicairkan sehingga likat,
Lepas tu ditarik & simpul sehingga halus,
Habuk tu pula tepung gandum yang telah disangai.
memang renyah la kalau nak buat sendiri.
Memang bangsa baik beli ajelah kalau kuih yang susah nak buat macam ni.
6 biji sanggul tu RM 6 ye...
Okaylah tu...
Bukan nak makan sampai kenyang, buat rasa rasa aje
Kami beli juga keropok keping dan keropok lekor.
Ni yang MY dah goreng buat makan tengah hari semalam.
Yang kiri tu,
keropok lekor yang kecil kecil dan pendek.
Losong style kata akak yang jual tu.
kami belikan satu keluarga sepuluh batang.
Yang kanan tu jenis keropok lekor yang besar tu,
3 batang RM10.
jadinya satu keluarga dua batang aje.
Keropok keping pula, sorang sebungkus.
jadilah buat rasa-rasa...
Tak muat kereta dah ni.
Kami bagi adik beradik kat Johor ni dan team kat pejabat.
Kat gerai gerai kat depan tu la kami beli keropok ni.
Adik ipar MY kata cari je kedai keropok TUDM Kuantan.
Gigih tau... demi keropok lekor..
hahaha...
Konsep kedai kat siti macam kawasan Air Hitam kat Johor dulu dulu.
Tapi sekarang kat Air Hitam dah buat tempat baru yang lebih bersih dan besar.
Tak macam dulu dulu lagi dah.
Harga pun dah tak macam dulu dulu lah ye... hehehe
Alhamdulillah.. perjalanan pergi dan pulang kami selamat serta lancar.
Harap harap anak buah kami cepat sembuh dari kecederaannya.
Aminnn...
First time KSarie tau pasal kuih rambut nenek ni. Sweet warnanya. Keropok losong lagi sedap dari keropok batang kalau tanya KSarie😅
ReplyDeleteye kak... keropok losong tu makan lepas rebus pun sedap. takyah goreng
DeleteLama betul tak makan semma ni.. di Besut pun panggil semma
ReplyDeletebesut, kelate
DeleteGerai di Jaya Gading tu memang macam2 ada. Adik2 balik KL memang selalu singgah. Seman, lama nya tak makan.
ReplyDeletetu lah.. saya beli nisang sekali...
Deletesemoga anak buah MY cepat sembuh.. kesian atoknya susah hati kalau cucunya sakit..
ReplyDeleteatoknya yang susah hati teruk
Deletebaca tajuk terus teringat lagu "satu malam di Temasek"
ReplyDeleteni bukan temasik, ni kemasik
DeleteX pernah makan kuih seman tu...
ReplyDeletekalau jumpa nanti try la beli.
DeleteRisau neneknya tu. Dah tengok okay dah tu. Pemanis mulut ni pernah nampak orang Korea yang viral pandai cakap melayu tu buat. Memang renyah nak buatnya. Harga pun kira okaylah tu, kira boleh beli. Risau juga benda susah nak buat ni mahal harganya. Baik kita jadi bangsa baik beli je lah kan. Macam teringin pulak nak makan seman ni. Sini memang tak ada lah orang jual. Yang Ayer hitam tu Arena Warna Ayer Hitam tu ye KakYan maksudkan. Banyak pilihan situ, tapi yelah kan harga pun boleh tahan juga. Apa je yang murah sekarang ni. Takdok.
ReplyDeletearena warna tu kan dia baru buat, pindahkan gerai tepi tepi jalan tu. eh tak baru sangat juga la... 10 tahun dah kut...
DeletePernah nampak kat Kuantan tp x tau nama dia..sedap erk MY? Manis?kopok lekor tu dapnyaaa
ReplyDeletesedap juga... kopok lekor losong tu sedap. yang batang tu gatal sikit
DeleteSemoga cepat sembuh anak buahnya...
ReplyDeleteTak pernah jumpa kuih seman tu...
makanan tradisi pantai timur ni
DeleteDilarang makan sambil bercakap. Nanti tersembur sekali dengan tepung. 😂
ReplyDeleteKuih seman tu rasanya ada yg warna hijau muda jugak. Ada yg jual campur2 warna dalam satu bekas. Kecur tengok keropok lekor, nasib baru makan malam tadi, hihi.
ReplyDeleteya.. ada jumpa video kuih seman tu warna hijau
DeleteFirst time nampak kuih tu Yan. Cantik la warna dia...lembut je. Keropok lekor tu paling kenal.
ReplyDeleteTerengganu kaya dengan produk lekor..banyak jenis
ReplyDeletekalo kt klate kita panggil gula tarik..oh ganu panggil seman...kopok lekor ganu sedap
ReplyDelete