Ai-cha Squash Lemonade - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 30, 2025

Ai-cha Squash Lemonade

Memandangkan Johor dah bercuti pada Hari Sabtu Ahad semula mulai awal tahun 2025,
Maka tugas menghantar dan menjemput anak solat Jumaat menjadi tugas rasmi Mama Yan sebab ayahnya berkerja pada hari Jumaat.
Tugas tak rasmi pulak,
Lepas Solat Jumaat ada aje nak menyinggah mana mana..
Ai-Cha la..
Mixue la..
Bingxue la..
Cool Blog la..
Seven eleven la..
Aje kopak maknya.
nasib baik boleh claim balik kat ayahnya.

ai cha lemonade
Dah alang-alan bawa anak menyinggah tu,
Mama Yan pun tak ketinggalan la buat pesanan.
sesekali Mama Yan akan pesan air Ai-Squash Lemonade ni.
Sedap juga,
Manis,
Ada potongan lemon segar,
Nisbah air dan ais ngam,
Sejuk segar selepas berpanas tunggu anak siap solat Jumaat.
Harga RM2.99 untuk saiz Large-berbaloi juga pada MY.

Masa mula mula wujud Ai-Cha ni dekat kawasan rumah,
MY beli juga sundae chocolate dia.
Tapi sekali dua je la.
Lepas tu dah tak beli lagi.
Anak anak pun sama.
Dah tak beli aiskrim dah.
Bende ni kat trending masa viral je.
Lepas tu,
kami beli air aje.
Moq pun dah tak beli latte kat Ai-cha.
tapi kalau pergi kedai Zus,
Memang tak tolak.
Yelah.. Ai-cha bukan specialty dia buat kopi.

Kalau tak suka manis,
boleh minta less sugar atau zero sugar.
tapi MY ambil normal sugar,
manis sedap!
Pada MY,
Level berbintang bintang juga la air lemon Ai-cha ni,
Tapi air lain Mama Yan tak tau...hehehe..
Dah try belum?



 

3 comments:

  1. betul..mcm2 sgt brand kuar kan.... memang boleng bankrup dibuatnya .. he he he...

    ReplyDelete
  2. tk pernh try ai-cha...tp seakan2 mcm mixue skali tgk

    ReplyDelete
  3. Dkt rumah ade mixue...Tiap kali habis kelas tuisyen che mek mesti mintak nk beli air dkt situ =D

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad