Habis dah cuti sekolah seminggu,
Maknanya,
Maknanya,
Kembali semula kepada norma asal.. hahaha
Jemput hantar anak sekolah,
Ada orang tak suka cuti sekolah sebab penat layan anak kat rumah,
Tapi Mama Yan lagi suka cuti sekolah,
Sama macam anak anak juga,
boleh lepak je kat rumah,
Golek golek depan TV depan dengan adik Mijan.
Penat weh jemput hantar anak sekolah berkali kali dalam sehari.
Kalau cuti relax sikit.
Masak je banyak banyak,
Pandaila anak anak nak cari makan nanti,
Tumpah diorang lap sendiri,
Sepah kemas sendiri,
Tak payah mengamuk beria.
Semalam kami semua singgah Angsana sebelum hantar Abang balik asrama.
Makan makan dan shopping barang keperluan.
Abang nak beli seluar track - seluar hilang kat asrama,
Mok nak beli selipar - selipar hilang masa solat Jumaat dua minggu lepas,
Ucid nak beli seluar track - yang ada dah senteng,
Aril nak beli buku teks Pendidikan Islam - buku dia hilang,
Sarah cakap taknak beli apa apa,
Mijan nak beli seluar dalam baru - sebab yang ada dah buruk.
Sampai Angsana terus makan kat food court kat bawah tu.
Suami MY, Aril, Mok dan Mijan makan nasi ayam,
Abang makan roti naan,
Sarah makan Chicken chop,
Ucid makan beefsteak,
Mama Yan makan mi Bandung,
Mama Yan ni kan orang Pahang,
MY masih tak tahu macam mana rasa asli mi bandung ni walaupun dah lebih 20 tahun duduk Johor.
Jarang dapat rasa yang sedap.
Patutkah MY menghentikan pencarian mi bandung?
Kali ni mi bandung MY rasa pedas yang amat sangat.
Mi dia pula rasa tepung tak masak.
Kita bukanlah nak mencela makanan.
Lebih lebih dengan situasi kebuluran di Palestin sangat yang sangat meruncing,
Tapi, kenapa tak masak elok elok untuk dijual?
Maka, tak payah la order mi bandung kat Angsana lagi dah.
Banned!
Lepas siap makan,
Kami masuk Parkson,
Suami handle anak anak lelaki,
MY pula bawa Sara dan Mijan.
Masa pilih pilih seluar dalam Mijan, Sarah nampak baju yang dia berkenan,
Tapi, Mama tengok baju tu saiz dan dan gaya orang dewasa.
Dah la besar, tak sesuai langsung untuk budak awal remaja.
Tapi promoter tu cakap sesuai untuk remaja,
Remaja sekarang suka pakai baggy,
Yer..
Saya tahu bab pakai baggy tu.
Tapi Sarah tu baru darjah 5,
Jenis badan kurus kering pula tu,
Baju tu lengannya panjang berjela nak cecah lutut dah.
Bahunya jatuh dah nak sampai ke siku,
Baggy untuk orang dewasa, manalah sesuai untuk budak.
Memanglah Sarah lagi tinggi dari atuk dan makcik makcik belah ayah dia tu.
Tapi badan dia masih badan kanak kanak.
Orang dewasa pakai baju tu elok la terletak sebab bahu lebih lebar,
Dada ada cup abcdd,
ada lemak terbonjol sana sini...
Ehh.. geram pulak MY kat promoter tu kata sesuai kat Sarah pakai cardigan tu,
Masalahnya, dah rupa gelandangan dah mamanya ni tengok.
Dan keputusan mamanya..
"Tunggu besar sikit''.
Dan lepas tu,
teruslah monyok.
Lantak... selagi mak bapak ko kasi makan,
ikut arahan.
Masa kat kedai buku,
Aril cari buku teks dia dan bekas pensel baru.
Buku teks diorang ni tiap tahun ada je yang hilang.
Selalu dapat kesan kehilangan time hujung hujung nak pulang buku tu,
Tahun ni awal dah hilang... ustaz suruh beli baru sebab susah nak belajar kalau takde buku.
Aril punya bekas pensel pula,
setahun memang dua ke tiga kali berganti,
Sebab koyak.
Alat tulisnya penuh.
Sampai berat mata memandang berat lagi bekas pensel tu memikul.
Semua nak kena lengkap dalam bekas pensel tu.
dan dia agak kedekut nak bagi pinjam barang pada kawan-kawannya.
Sebab takut hilang.
Lain pesen sangat dengan si Ucid,
Pensel sebatang je yang ada dalam bekas pensel tu.
Pemadam pinjam Sarah,
Pembaris freehand.
Bukan MY tak belikan dia alat tulis,
Tapi dia jenis orang yang cuai dan asyik hilangkan barang.
Baru belikan kadang tu, tak sampai 3 hari dah hilang dah.
Takde daya usaha nak mencari pula tu
On the way balik, singgah pula kedai Al Ikhlas Gadjet.
Mama Yan nak tukarkan screen protector handphone Sarah,
dah terkopek.
Lepas tu merengek nak tukar casing baru walaupun yang sedia ada tu cantik lagi.
Ayah dia kata pilihla...
Barulah muka ada sinyummmm....
Kalau tak, sepanjang perjalanan dari Parkson ke kedai buku,
dan sepanjang dalam kereta nak balik tu, muncungnya boleh buat gantung hanger baju.
MY lantakkan aje, tak kuasa memujuk.
Biarlah ayah dia yang pujuk...
Malam tadi,
tetiba si Sarah dengan Ucid teringat ada kerja lembaran kerja sekolah Matematik.
Ya...
dua dua tak ingat sepanjang 9 hari cuti,
Betul punya lembar ni..
Dan dua dua serentak ingat time esok nak sekolah.
geramnya la maknya ni.
Tapi geram macam mana pun tetap la ajar juga untuk siapkan.
Berjejes dah air lio mamanya ni tanya kerja sekolah dah siap?
dah semak semua buku dalam beg ada lagi tak kerja sekolah?
dah tanya kawan kawan kat wasap ada kerja sekolah dah siap belum?
hapahhh... tak dengar pun agaknya selama ni...
Begitulah anak ramai ya..
Tak mudah membesarkan anak zaman sekarang...
Tapi enjoy ajelah...
Masa takkan berulang lagi.
nanti diorang dah besar dan ada kehidupan sendiri,
Kita pula yang rindu-rindu jadi kenang-kenangan...
Okaylah Mama Yan dah lapar,
nak jengah apa apa yang boleh dimakan..
Sekian, wassalam
Dah kembali rutin kita
ReplyDeleteAnk2 bersekolah
Memang banyak jual mee bandung tipu² dari yg asli. Mee Bandung jaranglah pedas, agaknya dia guna cili pedas atau banyak cili, dah bukan mee bandung tu. Nasib baik ayah faham, anaknya tu merajuk ek.
ReplyDeleteesok nak sekolah, baru lah teringat...padahal, awal lagi ibu dah tanya.. hahhaa..
ReplyDeletebiasa lah tu anak2
Itulah ragam anak-anak kan..kak SA x experienced ragam anak ni sebab anak sorang..pas tu sekejap aje dh besar..skrg dh uur 21 tahun...x sempat nak tgok dia buat perangai...
ReplyDeleteBetul, kalau cuti sekolah kita pun boleh relaks je kat rumah...
ReplyDeleteSama je dgn anak2 PH... awal cuti dah tanya ada homework tak. Semua cakap takde. Esok nak sekolah baru ingat segala kerja sekolah huhu
Bermulalah rutin harian. Macam-macam ragam anak-anak ni. Layankan je karenah masing-masing. Esok-esok kejap je dah besar, sambung belajar. Nanti suasananya jadi lain dah, sunyi sikit. Agaknya kena pergi Muar jugak kot makan mi bandung. Ke kat Muar pun pernah kena yang tipu-tipu?
ReplyDeletekalo pedas smp tkleh nk abiskan xsyok juga ..tgk telur besar juga....kt area opis ni ada mee bandung sedap dkt plaza masalam...lama tk mkn
ReplyDeletebegitulah sama keadaannya.. esok cikgu suruh bawa barang, mlm nak masuk tido baru bgtau ..gelabah 'tenggiling' kita mencarinya hehe budak2..
ReplyDeleteMi bandung Muar famous kan. Sama la kita orang Pahang. Pernah duduk di Johor jugak dulu.
ReplyDeleteWahhh..Ralit sy baca perangai & kerenah sorang2..Sy yg ada 2 anak ni pun dh pening jgk nk faham & nk melayan mereka..Good Job sis =D
ReplyDeleteDana pun suka cuti sekolah walaupun kita tetap juga kerja, cumanya tenghari boleh la rehat tak payah keluar ambil dan hantar aiyan balik ke rumah. Rasanya semua emak-emak malam tadi ramai yang bertukar jadi singa hahhahaha. Pernah jumpa mee bandung kat muar yang memang sedap, sampai sekarang teringat-ingat tapi susah nk dapat sesedap itu.
ReplyDeleteSaya membaca sambil terdengar dengar suara akak membebel..Haha..
ReplyDeleteMacam macam kerenah tapi meriah! Moga bahagia selalu yeee!