Cuti Hari Malaysia Selasa lepas,
Kami sekeluarga pergi berjoging di sekitar Laman Diraja dan stadium mini Pontian.
Takde aktiviti apa apa untuk anak sepanjang cuti ni,
Bawak la keluar ambil angin
Agak ramai juga orang yang datang berjoging sekitar stadium mini Pontian ni.
Alhamdulillah cuaca cantik…
Gambar pulak tak cantik…hahaha
Sebenarnya MY tak berlari pun,
Brisk walking aje…
Sarah joging dua pusingan,
Brisk walk dengan mamanya lagi tiga pusingan.
Mama buat senaman ringan dan regangan sementara dia joging.
Dia masih di awal remaja,
Stamina tinggi.
Mama dia ni pulak… dah lama tak bersenam..
Dah dua hari berlalu,
Tak hilang lagi sakit betis MY ni tau.
Itu berjalan tiga round padang aje,
Kalau berlari mahu terkilas lutut MY ni ke belakang agaknya
Ni suami MY bawa anak anak turun tengok ikan belacak kat lumpur tu…
Air tengah surut…
Sampah berlambak lambak…
On the way balik tu MY nak singgah pasar Pontian,
Nak beli lala,
Kami singgah la sarapan kat kedai Melayu dulu.
Semua makan roti canai aje.
Orang kedai tu tanya suami…”semua anak ke ni?”
Anak ramai ni memang menarik perhatian ya.. hahaha
Tahun lepas, masa cuti Hari Malaysia kami pergi jalan-jalan ke Kuala Lumpur…
Tahun ni tak keluar dari Johor…
Suami sibuk kerja…
Anak anak pun sibuk belajar…
Sarah dan Ucid ada hafazan UPKK lepas cuti ni..
Abang pula nak SPM, tinggal lagi berapa bulan aje ni.
Tak kisah la bercuti atau tak.
Asalkan cuti yang ada digunakan dengan sebaiknya…
InsyaAllah..
Alhamdulillah..Gunakan cuti sebaiknya.. Semoga terus berbriskwalking..Haha..
ReplyDeleteAda jugak tu aktiviti sihat cuti sekolah ni. Dapat keluar spend masa bersama pun okay dah. Masing-masing cuti sekolah ada agenda masing-masing. Baguslah masa yang ada dapat dimanfaatkan bersama.
ReplyDeleteSamalah kami pun, grounded sampai Abg habis SPM.
ReplyDeleteTeruskan rutin bw tu MY... PH selalu sengal² betis bila rajin bw ni alhamdulillah lebih selesa rasanya
Wahhh...Bestnya...Brisk walking pun ok dah tu =D
ReplyDeleteBest dah tu MY, dana pun tak balik kampung bercuti, Edy takde cuti. Jadinya kita jalan-jalan kat Kl jelah. Kalau roti canai kedai melayu nampak lembut ranggup gitu... suka lah
ReplyDeleteseronok jogging rmi2...lps tu layan roti canai plak yummyyy
ReplyDeleteKemain soalan ye tanya semua anak2 ke 😅. Meriah agaknya. Cuti sekolah aktiviti simple macam tu pun dah buat anak2 happy.
ReplyDeleteAktiviti untuk mengeluarkan peluh dan beriadah bersama anak.. pokcik pula berpeluh kat kebun jer
ReplyDelete