Kadang kadang tak tau nak buat sarapan apa pagi pagi.
Lepas Subuh dah tanya anak anak nak sarap apa..
Tapi jawapan standard,
Entahhh…
Apa apa pun boleh.
Jadinya pagi Sabtu lepas, suami ajak sarapan kat luar sebagai penutup cuti.
Sarah dengan abang order roti jala.
Satu set keping roti jala dengan kuah tu RM6.
Walaupun roti jalanya besar,
Pada MY tak mengenyangkan…
Hahaha…
Untuk Sarah boleh la kut.
Abang tak cukup.
Yang ni pula lontong Mama Yan order.
Ni barulah sesuai untuk tembolok MY ni.
Okay juga rasa lontong dia.
Sayur sayur dalam kuah lontong dia pelbagai juga.
Mama Yan pernah jumpa lontong yang ada kobis dan sengkuang aje.
Stress nak habiskan.. hahaha…
Nasi lemak simple ni mestilah Mijan punya.
Ada nasi dan ayam goreng aje.
Segala jenis kondimen macam kacang tanah ke, timun ke, semua tak letak.
Yang ni sup tulang kambing Aril punya.
dihidangkan sekali dengan beberapa keping roti untuk dicicah dalam sup ni
Sekarang memang kena edit sikit gambar anak anak,
Sebab diorang dah pandai baca blog mama,
Lepastu tak suka kalau mama lerak gambar diorang tanpa sensored,
Malu katanya…
Abang dah habiskan roti jala dia,
Tapi tak kenyang la kut,
Sebab masa ayah dia kata “ayah tak habis ni, siapa nak?”
Laju je Abang menjawab nak…
Tu la.. perut jenis bela antoo raya macam mama dia,
Mana lah cukup makan roti jala aje…
Ucid makan nasi goreng dengan rendang daging,
Moq pula makan nasi lemak telur.
Suami Mama Yan makan nasi lemak lauk ayam goreng dan sambal telur puyuh,
Tapi anak anaknya lepas sorang sorang minta telur puyuh dari pinggan ayahnya,
Eh… ayah dapat sebiji aje sudahnya.
Macam mana sedap pun dalam pinggan sendiri,
Mata tetap mengintai pinggan mama dan ayah.
Memang begitulah selalunya…
Okaylah…
Kalau terlajak ke Pontian,
Boleh la ke Warung Nasi Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee (JDT) yang terletak di tepi Jalan Parit Mesjid, Pontian.
Banyak menu sarapan pagi yang sedap sedap kat sini.
Waktu lain tak sure pula sebab pernah pergi waktu pagi aje.
Sekian aje kisah sarapan MY sekeluarga..
Bye...wassalam
anak-anak ammi especially no. 2 tu mmg rajin baca blog. masalahnya kawan2 kat MoZAC pun dah kenal blog maknya.
ReplyDeleteWahhh...Sedap tu lontong =D
ReplyDeleteMenarik menu2nya banyak tu, MY. Ialah, kalau kita pun tak cukup la roti jala tu walaupun besar, kena ada lontong jugak baru kenyang, hihi. Nanti nak ajak PI bfast sini.
ReplyDeletesedap tgk sup tulang kambing tu
ReplyDeleteTertarik dengan lontong tu. Pelbagai jenis sayur ada tu yang best. Pernah juga dapat ada kobis dan sengkuang je. Betul-betul save budget perniaga tu. Nak tak nak, makan juga le habiskan.
ReplyDeleteSimple je dak Mijan punya selera. Janji ada ayam goreng ye. Lain-lain takmo.
Bermacam ragam di meja makan. Agaknya kalau pesan yang sama ada intai-intai pinggan orang lain tak? mestilah ada kan, kot siapa lambat makan tu, ada isi lagi ada peluanglah orang lain nak mintak.hihi...
Kene share ngn adik2 kt kampung ni kot tersinggah kat Pt Masjid nampak menarik menu yang ada tu. Seronok kalau lontong lodeh tu banyak sayurnya pekat pulak kuah nya. Menu si Aril la paling mabeles pepagi dah layan kambin hehehhe...
ReplyDeleteLontong, sedapnya, lama pulak tak makan.
ReplyDeleteCantik sangat roti jala dia... sayang nak makan
ReplyDeletesy jarang dining out dgn anak2 skrg. Biasanya isteri memasak atau kami tapau je dari luar. Cuma dine out masa hari2 istimewa spt birthday atau meraikan kejayaan je..
ReplyDeleteMenarik bentuk roti ala tu. Ada kelainan.
ReplyDeleteOooo ..warung ni la yg menggoda SK tu yer....hihihi
ReplyDeleteAnak2 dalam masa pertumbuhan , memang banyak makannya. Baguuus, tapi kadang kita juga yg penting nak masak apa. Akhirnya memang beli lah 😄. Apalagi saya yg tak suka masak.
ReplyDeleteCantik mereka buat roti jalanya yaa. Dibuat lebar 😍