Singgah Minum Petang di Warung Mbah Sugeh, Bandar Baru Parit Ibrahim Majid - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 24, 2025

Singgah Minum Petang di Warung Mbah Sugeh, Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

Tertinggal satu entry minggu lepas rupanya,
Dalam perjalanan balik ke rumah dari kampung minggu lepas,
Suami MY ajak singgah mengeteh di warung Mbah Sugeh yang terletak di Bamdar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Jalan tak sesak pun sebab kami balik hari Isnin.
Orang masih cuti lagi esoknya…
Mama Yan pun dah tak ingat nak tulis apa...
Anak anak makan apa pun dah tak ingat

Ni je ada gambar Aril ambil.
Burger Kobong King.
Aril dengan Ucid makan menu yang sama.
Sedap gila katanya.
Mama Yan tak ambil gambar sebab Mijan guna handphone,
Pesan kat anak anak ambil gambar food masing masing.
Lepas tu,
masing masing ambil gambar menyedihkan.
Malas terus letak letak dalam blog.
Aril punya gambar je ada rupa sikit.

Mama Yan makan roti bakar.
Suami tak makan pun.
Sebab masa keluar rumah baru lepas makan nasi.
Masih kenyang lagi.
Tapi anak-anak yang tengah nak membesar ni tak reti kenyang.

Depan warung Mbah Sugeh ni,
Ada kedai Nasi Ayam Haji Daim.
Selalu nampak kat Facebook sebab friend dengan owner dia kat FB.
Lain kali boleh la singgah makan nasi ayam Haji Daim pula.
Okay..
See You next entry..
Wassalam.

 

7 comments:

  1. Setiap kali lalu jalan dari/ke tol Simpang Renggam tu tak pernah sempat singgah mana-mana warung yang ada. Akak perasan sekarang makin banyak warung beroperasi.

    Geli hati pulak baca pasal hasil gambar menyedihkan tulah 😄
    Bagus anak-anak Yan patuh arahan mama suruh ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah anak-anak kata sedap tu, maknanya memang sedap lah tu ikut selera mereka. Hihi..mereka ambil gambar kena faham sendirilah rupa hasilnya kan. Sabar je lah. Best balik tak ramai orang, kita pun tak serabut. Tenang-tenang aje.

    ReplyDelete
  3. Gambar tak menepati piawaian tak leh masuk blog hehe...

    ReplyDelete
  4. Uishhh burger tu meriah la. Kalau saya kena share jugak tu sebab portion banyak.

    ReplyDelete
  5. Burger Kobong King meleleh2 cheese tu

    ReplyDelete
  6. macam saya jugalah tak berapa reti ambik gambar yang menarik..kekadang saya rasa ok dah, tapi isteri cakap tak lawa hehe.. apapun burger yang satu tu memang A.. meleleh-leleh

    ReplyDelete
  7. Bandar DIM ni skrg banyak kedai makan. Takpe, MY, tepek jer gambar yg dorang ambil tu, boleh jugak jadi bahan gelak kita blogger² ni, hihi. Kenangan mahal jugak tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad