Sebelum cuti Raya Cina hari tu ,
Mama Yan dan anak anak buat karipap.
Buat sekilo tepung,
Tapi tak kira pula dapat berapa biji karipapnya.
Boleh la 3 kali hidang.
Kami kelim karipap sama sama dengan anak yang tiga orang tu.
Aril, Ucid dan Sarah.
Mama Yan buat karipap inti ayam dan kentang.
Memang suka la budak budak ni.
Memang kegemaran diorang.
Lagi satu,
diorang suka kulitnya tebal sikit.
Tak suka karipap rangup krakkk... nipis...
Dorang nak rangup di luar lembut di dalam.
Mama Yan tolong uli dan bulat-bulatkan...
Lepas tu,
Aril dan Ucid bergilir tolong leperkan guna mesin penggelek tu.
Sarah maintain tolong kelim karipap.
Lepas tu inti tak cukup..
Adal la sikit lagi doh karipap tu.
Mama punya arahan,
Leperkan aje macam jewer tu,
Ehhh.. dia leperkan buat karipap pior oksigen.
Lantak la anakkk...
Asalkan korang bahagia..
Dalam peti beku ada lagi tu,
Diorang mintak gorengkan untuk berbuka petang ni.
Baikkk...
Permintaan diluluskan.
Kuih dah ada..
Menu utama belum ada.
Nak masak apa agaknya hari ni ye???

.jpeg)
Rajinnya MY dan danak- anak..akak langsung x reti buat karipap...x confident nak buat sendiri..yang senang2 pandai la akak
ReplyDeleteBestnya MY dapat buat dengan anak-anak , ramai yang membantu. Kalau Aiyan tak lulus nak tolong kelim setakat kopek kentang potong-potong bahan boleh la sikit-sikit. Nampak elok kejadian karipap MY semua tu. Nak kene buat jugak ni sebab lama dah tak buat karipap sendiri.
ReplyDeleteWah menarik!
ReplyDeleteBest buat karipap ramai- ramai, boleh cepat siap :)
ReplyDelete