Masa cuti Tahun Baru Cina yang lalu,
Mama Yan ambil kesempatan untuk balik ke Pahang.
Mula-mula kami balik Segamat dulu,
Kemudian pagi hari Isnin tu lepas sarapan di rumah mentua,
terus je bertolak ke Pahang.
Sampai je di rumah,
Teruslah memulakan operasi mengemas rumah.
Mula mula bersihkan tempat tidur mak dulu.
Kain baju yang bergantung bergayut semua Mama Yan asingkan.
Katil dua tingkat tempat mak tidur tu,
Kami buka dan pasang kat bilik depan.
Tempat mak tidur beli katil single yang baru,
Lepas tu settlekan bilik tidur mak yang mak dah tak tidur kat situ.
Baju-baju arwah abah yang buruk MY buang aje.
Yang lawa lagi MY basuh dan lipat.
Bagitau adik beradik nanti ambillah sorang sikit.
Sayang nak buang.
Nak derma pun nak kena kebenaran waris.
Takkan nak memandai mandai dermakan.
Lepas tu baju yang takde tuan,
atau tuan yang dah berjanggut tapi baju masa baby masih lagi bertapa dalam bilik atok,
Sorry.. memang semua masuk plastik hitam.
Mama Yan suruh anak anak angkat tilam lama dalam bilik tu dan buang.
Ada empat bilah parang kat bawah tilam tu.
Macam macam saiz ada.
Mama Yan letak dalam almari pintu kaca ni.
Almari zaman dulu tu..
Yang pintu dia kena sesar tu.
Terlalu banyak barang sampai pening kepala tak tahu nak letak mana.
Antaranya yang paling banyak alat pertukangan.
Ini baru satu laci.
Ada 6 laci kat rumah tu semua penuh.
Nak tarik buka pun berat.
Belum alat yang dalam tong, dalam box semua.
Alahai, peningnya.
Kalau ikutkan hati,
Nak panggil lori besi buruk je,
Tapi tak baik lak kann..
Waris lain masih hidup lagi.
Ni pita ukur zaman abah kerja dulu-dulu.
Masih elok lagi.
Sebab abah memang cermat orangnya.
Sebab terlampau cermat,
Barang-barang jadi sangat banyak.
Rumah kecik aje.
Antara yang menyemak adalah baju t shirt Mama Yan pergi khemah ukur tahun 2001,
Ya ampunn...
dah 25 tahun dah baju tu berlipat dalam bilik tu.
Yang lain lain dalam bilik tu tak dapatlah nak kemas sangat sebab periuk besar la,
pinggan kenduri la,
talam besar, gelas, memang tak boleh nak ubah lagi dah kedudukannya.
Cuma buang habuk ajelah.
apapun, MY berazam untuk tidak menambah pakaian lagi jika tiada keperluan.
Kalau setakat lawa dan murah,
Tak perlu beli.
Barang barang pun begitu,
selagi boleh guna,
guna aje.
Terlalu banyak barang,
Susah untuk dikemas.
Ni kedai makan Seri Malinja yang terletak di sebelah Masjid Bandar Raub.
Kami bersarapan di sini hari tu.
Kami ambil homestay dua malam untuk tidur dan mandi.
selebihnya memang lepak rumah mak aje.
Lepas ni kalau balik time takde orang dah tak payah tidur homestay dah.
Boleh tidur rumah mak dah.
Mama Yan dah repair bantal bantal yang ada.
Dah tambah tilam baru.
dah kemas bilik supaya boleh didiami manusia dengan selesa.
Kalau sempat nanti nak tambah bantal sikit lagi.
Bangun pagi, pergi sarapan dan bungkuskan untuk mak sekali
balik tak lama.
tiga hari dua malam aje,
Tapi puas hati la sebab dapat kemas rumah tu.
Dapat masakkan mak.
Harap harap nanti tak raya hari Jumaat la.
sebab Mama Yan baru nak gerak dari Johor hari Jumaat tu.
Nanti tak sempat masak dan mengemas pula...
Harap semuanya berjalan lancar nanti..
Aminnn...
.jpeg)
.jpeg)



Seronok mngemas ni sis.Tp bila tgk brng tinggalan arwah auto sebak. Sy pun harap raya Sabtu. Sbb sy amik cuti selepas raya =)
ReplyDelete