Resepi Nasi Tomato Mudah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, February 22, 2026

Resepi Nasi Tomato Mudah

Bulan-bulan puasa ni,
Memang ramai yang cari nasi tomato sebagai hidangan berbuka puasa.
So, MY tak ketinggalan juga menyediakan menu nasi tomato pada bulan puasa ni.
Lagipun, nasi tomato jauh lebih mudah disediakan kerana boleh dipadankan dengan lauk ayam merah je.
Kalau nak banding dengan nasi ambeng atau nasi kerabu,
memang la nasi biasa je,
Tapi lauk pauk dan kondimen dia tu,
Dari sahur sampai ke berbuka baru siap kalau buat sorang sorang...hahaha

Masa zaman Mama Yan masih study kat UTM dulu,
Hari hari membeli juadah berbuka di pasar Ramadan atau singkatannya zaman tu PaRam.
Antara yang selalu dibeli nasi tomato dan nasi ayam la.
Kuih pula, karipap. 
Zaman tu, semua jenis nasi-nasi ni harganya bawah RM5.
Air sebungkus singgit je.
Sekarang secawan tiga ringgit weh.

Memandangkan harga nasi di mana mana bazar ramadan dah tak logik untuk dibeli sorang satu bungkus bagi keluarga anak ramai macam MY ni,
Kenalah ibu rumah tu belajar memasak.
Tapi alhamdulillah, sekarang mudah betul nak dapatkan resipi.
semuanya di hujung jari.
Taknak pakai jari,
Tanya aje pada Siri atau Bixby..

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan untuk memasak:-

3 cawan air
satu tin kecil tomato puree
setengah tin susu cair
2 sudu mentega/marjerin
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
2 helai daun pandan - basuh dan simpulkan
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Garam dan serbuk pati ayam

Cara Memasak

Rendamkan beras basmathi dengan 2 sudu kecil garam dalam air selama 20 minit.
Sambil tu kisar bawang merah dan bawang putih,
Nak hiris aje pun boleh juga,
Nak guna chopper pun boleh juga,
Tapi kat rumah ni anggap bawang tu macam lanun.
Habis habisan diperangi,
Sebab tu MY blender je sampai lumat.

Kemudian, buang air rendaman dan toskan beras tadi,
Panaskan mentega atau marjerin dalam periuk nasi,
Masukkan bawang dan bawang putih, tumis sampai naik bau.
Masukkan juga rempah empat sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Kacau lagi elakkan hangus.
jangan lupa daun pandan, campak sekali masa ni.

Masukkan beras.
Kacau rata,
dan kemudian masukkan air, tomato puree dan susu cair. 
perasakan dengan garam dan sedikit serbuk pati ayam.
kalau takde pati ayam, taruk garam aje pun dah ok.
Kacau sebati.

Tutup periuk dan biarkan nasi masak macam biasa.
Lepas butang cook pada rice cooker dah naik,
gemburkan sikit nasi tu.
Dah siap dah nasi tomato kita...
Lauknya..
Suka hati nak padankan dengan lauk apa.
Kalau tengah kering sangat,
lauk ikan bilis pun jalan..
Lauk kita kan, ikut poket dan selera kita la..

Resepi nasi Tomato
Mama Yan pakai cawan sukat guna kole tupperware ni je.
yang penting,
kalau sukat beras guna cawan ni,
sukat air pun gunlah cawan yang sama juga.
Jangan sekejap pakai cawan tupperware, sekejap pakai gelas sunquick.
Nanti nisbah lari pulak


Resepi nasi Tomato
MY pakai periuk nasi biasa aje.
Tak pakai periuk tekanan pun.
Sebelum masukkan beras, 
pastikan air dah didih blup blup blup...

Resepi nasi Tomato
Bila nasi dah masak,
kita gemburkan perlahan-lahan.
Jangan ganas ganas sangat.
Nanti nasinya patah

Resepi nasi Tomato
Masa nak makan,
Bolehlah taburkan bawang goreng.
Sepatutnya tabur masa hidang,
tapi anak anak kan anti bawang.
Selagi bawang tu masih kelihatan,
memang diorang gigih akan kuis kuih macam ayam makan,
Daripada sakit hati tengok,
Tak payah tabur bawang goreng dalam mangkuk hidang,
Nak makan tabur aje dalam pinggan sendiri.
Kali ni MY makan lauk kambing beriani.
Macam tak padan kan?
Sayur pun kobis tumis... bukan acar jelatah.. hahaha..
belasah la..
Janji kenyang...

Memandangkan ini hari ke empat kita menyambut Ramadan,
Belum terlewat untuk MY ucapkan selamat menjalani ibadah puasa puasa kepada semua rakan-rakan pembaca.
Semoga ibadah kita tahun ni mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Aminn...

 

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad