Kejohanan Olahraga Tahunan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, June 26, 2026

Kejohanan Olahraga Tahunan

Alhamdulillah..
semalam berakhirnya kejohanan olahraga tahunan sekolah Ucid dan Sarah.
Mama Yan turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak dan sekolah.
Lagipun, ini tahun akhir anak kembar Mama Yan bersekolah di sini.


Minggu lepas dah diadakan terlebih dahulu acara padang.
Acara padang tu acara yang diadakan di kawasan padang rumput atau kawasan sekitar trek.
Acara padang pula terbahagi kepada dua iaitu acara lompatan dan acara balingan & lontaran.
Acara lompatan yang dipertandingkan adalah Lompat jauh dan lompat tinggi
Acara balingan & lontaran pula adalah Lontar peluru dan rejam lembing sahaja


Sarah dapat Naib Johan untuk lompat jauh dan rejam lembing kategori 12 tahun.


Mama Yan bersama guru dan ibu yang turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak.
jadi makcik kantin ajelah kita ye.
Anak-anak Mama Yan rumah Laksamana atau rumah kuning.
Mama Yan pula tak pernah ada baju warna kuning.
Belasah ajelah pakai baju merah.
lepas tu ada budak tahun satu datang kat MY,
Budak Tahun Satu : Hei, awak rumah Temenggong kan?
MY : Taklah saya rumah Laksamana
Budak Tahun Satu : Habis tu kenapa awak pakai baju rumah Temenggong?
MY : Baju rumah Laksamana saya tengah basuh kat rumah...
Budak Tahun Satu : Oooo... Boleh ke saya nak minum air Rumah Laksamana?
MY : Boleh
Budak Tahun Satu : Kena bayar tak?
MY : Tak

terus MY cedokkan air bagi budak kecik tu.
Diawak-awakkan kita ye... hahaha...



laku keras air...


Mama Yan makan bihun.
Nasib baik tak bawak makanan.
Bihun ada dua tray.
Makanan lain pun banyak,
ada roti john la..
Roti sosej la,
kentang goreng,
kek coklat dan lain lain lagi.
Tapi budak budak zaman sekarang,
Ambik makanan lepas tu makan tak habis pun,
Buang.
Mama Yan tegur la..
"Kenapa makan tak habis ni? Kesian makanan tu, menangis dia kena buang"
"Makanan tu bukan benda hidup, mana boleh nangis".
"ini makanan, tak boleh nangis"
Huh... masing masing pandai menjawab orang tua ye..
Yang tak menjawab pun dia bagi kita side eye..
hadehhh...
Kalau anak MY yang menjawab macam tu...
"Ulang balik? kalau makanan tu tak menangis, karang awak yang menangis"


Hitam rentung anak dara sorang ni, 
dah berapa minggu berjemur atas padang.
Masa hari kejohanan,
Sarah masuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter.
Dapat pingat perak.
Untuk acara 4 x 200 meter pula, 
dah dibuat awal beberapa hari sebelum kejohanan.
Dapat gangsa.
Dia kata lutut dia rasa lemah dan badan rasa berat nak berlari.
Mana taknya...
masa tu dia kena selesema sikit.


Yang ni pemenang acara tester makanan agaknya.
semua makanan yang ada di khemah,
semua dia bedal.
bagi RM10 pun habis dia beli makanan di kantin.
Manalah tak besar dari mama dan ayahnya.
Pening betul dengan selera makan budak sorang ni.

Tamat dah acara sukan untuk tahun ni.
Jom kita tumpukan perhatian untuk ujian kemasukan sekolah khas dan ujian akhir tahun pula...
Sekian, wassalam






No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad