Beli pelembab bibir - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 11, 2026

Beli pelembab bibir

Lamanya tak menulis.
Malas betul sekarang ni.
Takde apa yang menarik pun yang dikongsi,
sebab tu lah takde apa apa update.
Kita tunjuk hasil memukat di Watson ajelah.

Mula mula beli Lip Serum ni.
Haishh...
warna dia..
tak sesuai.
Bila pakai macam pusat lesi pula.
kena lapis dengan lipstick berwarna pula.
tak rajin betul.

Lepas tu beli yang ni pula.
Okay.. ngam.
warna merah samar samar.
Cuma dia tak shining atau glossy la.
Yang penting tak nampak pucat sangat.
dan melembabkan bibir MY yang kering.

yang ni MY belikan untuk sauami.
Hampir tiap malam suami akan pakai tampal koyok di bahagian pergelangan kaki.
Dah check uric acid untuk pastikan bukan gout,
Dah suruh pergi X-ray,
tapi tak pergi lagi.
Tapi Mama Yan rasa..
ni kesan daripada zaman main bola muda muda dulu..
tergeliat, terpelecok dia lanyak aje..
Ni bila badan dah naik sikit,
cepat la sakit kaki yang tak pernah betul betul sembuh tu..
Tapi ni pendapat jurutera pencen la...
bukan doktor bertauliah.

apa lagi yang MY beli baru baru ni..
barang biasa je..
sabun mandi, shampoo, pencuci muka...
itu aje la..
Takde la nak beli mekap mekap sangat sebab MY bukannya rajin bermekap pun.
Setakat sapu krim pelembab muka.

Alhamdulillah.. dah dapat satu entry..
Bye..wasalam



 

9 comments:

  1. Harap2 bukan gautlah.
    Kena doktor yang cek, bukan jurutera.

    ReplyDelete
  2. Ada jugak modal buat entry kan KakYan. Suka jenis yang ada warna sikit dan tak kering melampau. Baru naik seri sikit, tak adalah nampak pucat je. Semoga baik-baik je. Kena check doktor juga tu dan dapatkan rawatan selanjutnya.
    Samalah kita, tak rajin nak makeup. Janji pakai moisturiser kulit tak kering dan calit lipstick sikit. Dah siap!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak masuk watson/guardian kalau tak mesti rambang mata nak beli macam² hehe

    ReplyDelete
  4. salonpas tu memang wajib ada kat rumah selalu borong time offer kat Watson.

    ReplyDelete
  5. Salonplas koyok tu, sejak dh tua ni memang wajib ada hehehehhe....

    ReplyDelete
  6. Sgt tak selesa bila sakit pergelangan kaki. =(

    ReplyDelete
  7. Nampak MY active di Threads sekarang ;)
    Kesiannya kat suami MY! Betul tu, kecederaan lama zaman sukan memang suka 'datang balik' bila umur meningkat. Hope beliau terbuka hati nak gi X-ray nanti ya!

    ReplyDelete
  8. Tp yg Vaseline gluta hya itu menarik kak 😄. Terkadang memang ditentukan oleh warna bibir asal juga. Kalau lip balm, lip serum, saya memang tak bisa lepas. Selalu pakai. Macam kering sangat kalau tak pakai

    ReplyDelete
  9. sama lah kita baru beli pelembab bibir vaseline tapi tak syok sebab takde warna tapi pakai jugak sebab taknak kering sangat

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad