Birthday Moq - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, August 26, 2026

Birthday Moq

Minggu lepas kami sekeluarga sambut ulang tahun kelahiran Moq yang ke 17.
Sambut kat rumah aje..
Beli kek di SDS dan bungkus fast food aje.

Tahun ni Moq akan menduduki peperiksaan SPM.
entahla macam mana nanti...
harap baik baik aje semuanya.

Masa mengandungkan Moq dulu,
Hampir setiap hari MY minum kopi o ais...
Sebab tu lah kulit Moq pun agak berwarna kopi sikit.
Hahaha...gurau.     
Kalau boleh repeat...
MY taknak minum kopi o banyak banyak masa tu..
Kafein kan tak bagus. 
Tapi masa tu..
Entahla.. tak ambil tahu pun.
Minum kopi je kut...
 Bukannya minum arak.
Apa yang bahayanya...

Tapi bukan sebab kulit Moq tau...
Mama Yan raikan aje warna kulit anak anak...
Dah atok atoknya kulit gelap,
Neneknya kulit cerah,
Adalah yang dapat kulit cerah...ada yang dapat kulit gelap...

Kadang kadang kalau orang tanya kenapa yang nombor dua ni kulit gelap..
Manalah boleh kita nak jawab soalan macam tu kann...
Bukannya kita boleh order nak macam mana...
jantina apa...warna apa...
Kalau saja nak buat lawak..
Dulu masa mengandungkan Moq,
Hari hari asyik marahkan sorang pekerja Bangladesh ni.
 Tu yang kena sumpah dengan Bangla tu..

Tapi takpelah..
Janji sihat, boleh urus diri sendiri cukuplah Moq ye.
Syukur aje lah...
Tak pandai sangat pun takpe..
Asalkan rajin dan hormat orang tua.

sekian, wassalam

10 comments:

  1. Happy birthday Moq..
    Moga yang baik² je, berjaya dalam SPM nanti...
    Adoi, mulut orang kak Yan, ada je yang tak kena.. itu tak jadi, ini tak betul.. pening nak melayannya.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday moq
    Siap siaga menghadapi spm

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Moq 🥳
    Betul, yang penting rajin dan beradab.

    ReplyDelete
  4. Happy bday boy. Good luck for your SPM. Both of us (sy & Hata) kulit memasing warna sawo matang. Kids masa kecik cerah mcm anak cino. La ni baru nak geng memasing kulit sawo matang =D

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Moq. Semoga dapat keputusan yang baik SPM nanti. Entahnya kan. Bukan boleh order nak anak itu ini. Kulit ni boleh je berubah warna. Ada je masa kecil putih, dah sekolah gelap terus sebab banyak aktiviti luar di sekolah. Esok-esok dah kerja boleh je jaga kulit pula, mana tahu kerja dalam office ke, pandai jaga kulit ke kan. Apa pun boleh jadi. Alhamdulillah, raikan setiap anak dan tidak membeza-bezakan antara mereka.

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah Moq! PH ingat dia baru lower form, rupanya nak habis sekolah dah. All the best utk SPM nanti dan sentiasalah jadi penyejuk mata mama & ayah.

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Moq. Semoga menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  8. Hahahahahah banyaaak sangat mitos macam itu kan
    .kalau banyak minum kopi anak JD gelap. Kalau banyak minum susu soya anak jadi putih. Kalau banyak minum susu coklat, jadi apa pula 😅..

    Kita mah terima saja ya kak, mau anak putih, hitam, coklat, yg penting sehat dah laah 😄.

    Happy belated birthday Moq 🎂🎉🎉. Semoga selalu dilindungi Allah, dimudahkan jalan hidup, dan diberkati dengan rezeki yg halal

    ReplyDelete
  9. Jejaka handsome memangla kene kulit gelap sikit MY oi.... selamat hari lahir buat MOq, moga cemerlang masa jawab soalan spm nnti ya

    ReplyDelete
  10. Hepi belated besday Moq.. semoga jadi anak yg soleh nak kebanggan ibu ayah. Tak kisah hitam ke putih ke janji kita anak malaysia kan...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad