Hari Sabtu minggu lepas,
Mama Yan dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kahwin anak sulung kakak MY.
Kami datang awal sehari dari majlis.
Ada masa sikit untuk berehat.
Mama Yan juga plan nak jumpa kawan-kawan serumah masa belajar dulu.
Dah sampai KL, suami Mama Yan ajak makan dulu.
Ajak makan kat Putrajaya.
Ikut ajelah.
Kami makan kat kedai mamak bawah masjid Putrajaya tu.
First time nampak kiosk buku.
Nampak sangat daratnya…
Maklumlah jarang jarang keluar.
Lepas makan…
Kami bersiar-siar tepi tasik.
Adik Mijan nampak pula banner cruise..
“Saya nak naik bot”
Sebelum dia start tantrum..
Jom kita cari tempat naik cruise Tasik Putrajaya.
Harga tiket kami cruise kami hari tu,
Moq, Aril, Ucid, Sarah ambil tiket family dengan harga RM120; dua dewasa, dua kanak-kanak,
Mama Yan dan suami pula tiket dewasa RM50 seorang,
Abang dapat harga student IPT RM35,
Adik Mijan pula dapat harga OKU RM 25.
Boleh pula si Moq tertinggal MyKad, nasib baik akak kaunter tu tanya,
Ada gambar Mykad dia tak?
Cari kat handphone, mujur ada.
Abang pula.. bawa kad matrik tak?
Memang tak la..
Cari surat tawaran matrik....
Alhamdulillah ada dalam handphone.
Mudah betul zaman sekarang.
Syukur dengan perkembangan teknologi hari ni.
Gembira ya si kecik ni dapat naik cruise.
Cruise ni ada bahagian dalam yang nyaman dengan penyaman udara..
Tapi tak la nyaman mana sebab ramai sungguh pelancong ala ala Johhny Lever.
Pelancong dari negeri Ujong Tanah bersantai di bahagian atas cruise.
Panas rentong wehh…
Dah la jerebu..hahaha…
Tapi angin kuat…
Anak dara Mama Yan ni muncung je sebab dia tanya mamanya..
Kita nak ke mana je?
Takde mana…
Kita check in homestay dulu..
Lepas tu jumpa kawan kawan mama pukul 5 kat cafe dekat dekat dengan homestay tu.
So dia pakai tudung sarung aje la.
Sekali ayahnya bawa pergi Putrajaya dulu…
Dah jalan jalan pakai tudung sarung hitam aje…
Cantiknya rumah Allah…
Ni gambar dari atas cruise.
Bergambar kenangan dulu sebelum naik cruise hari tu..
Kami beli la gambarnya…
Support business.
Hahaha…
Lagipun RM20 konsider murah la nak banding dengan kebanyakan taman tema atau tempat pelancongan lain..
Gambar macam ni RM50 paling murah.. ratus pun haderr.
Anak anak seronok je naik cruise tengok pemandangan.
Okaylah.. ada juga aktiviti cuti sekolah kiranya.
Kami pernah jalan jalan kat Putrajaya ni bawa anak anak sekitar tahun 2019.
Masa tu anak kecik kecik lagi semua.
Kisahnya ada Mama Yan muatnaik dalam entry Raya ekspress
Ingatkan nak solat kat Masjid Putrajaya tu,
Tapi tak sempat sebab MY ingatkan janji dengan kawan pukul 5,
rupanya 4.30 petang.
Suami kata nanti kita jamak kat homestay aje.
Okayyy...
Lepas turun dari cruise, terus menuju ke kawasan Petaling Jaya tempat kawan MY booking cafe tu.
Kisah kat cafe..
kita sambung di lain entry pula..
sekian wassalam.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)






Tetap manis Sarah pakai tudung sarung 😉👍. Belum coba saya cruise yg Putrajaya ini. Waktu tuh suami ajak, tp memang lagi tak minat, sebab panas 😄😄. Nantilah kapan2 kalau ke Putrajaya lagi
ReplyDeleteBestnya...Sy yg duk KL ni pun tak pernah lg naik cruise ni. Cruise dkt melaka pernah ..hahaha
ReplyDeleteMurah la gambar tu Rm20 my oi... ingat masa pi zoo bukan main mahal gambar beratus habis hahahah tapi sebab Aiyan yang nak kita ikutkan jelah. Patutla muncung anak dara tu, rupanya. Tapi tetap jugak awak tu comel dengan tudung hitam tu tau... Kita yang selalu ke putrajaya pun tak pernah naik cruise tu lagi tau hehehe
ReplyDeleteNak ke KL, sempat ke Putrajaya. Dapatlah jalan-jalan naik cruise dan mengimbas kenangan lama gitu. Oo KakYan naik cruise besar ada aircond tu ye. Tu mahal sikit lah. Saya naik dondang sayang tapi 6 orang je perahu tu. Open air. Saya pun beli jugaklah gambar sebab murah juga. Kalau tempat lain tak dapat harga tu.
ReplyDeleteKesian Sarah, patutlah muncung. Kalau boleh nak proper pakai tudung jalan-jalan gitulah kan maksudnya. Takpe, masih comel lagi tu Sarah.