sebab takde apa yang menarik untuk dijadikan satu cerita,
kita himpunkan beberapa keping gambar supaya boleh jadi satu entry.
Hari Ahad lepas MY cabut semua tumbuhan kat tembok pagar ni.
Tak fahm betul,
Punyalah luas tanah dalam dunia ni..
Kenapa dia nak juga bercambah kat celah celah tembok tu?
tahun lepas dia bercambah dengan subur kat celah loceng pagar tu.
MY potong dia cambah balik...
Sampai tersembul keluar dan putus wayar dalam loceng tu.
Rosak terus.
ni lepas ganti baru harap dia tak tumbuh lagi kat loceng tu.
Makan malam MY di suatu petang.
Acah acah diet taknak makan malam.
Makan awal la kononnya.
Lepas ambil Ucid sekolah agama, masa tu dia balik awal sebab kelas tambahan,
Bawa la dia gi makan dulu.
"Malam kita tak payah makan dah tau Ucid".
Untuk yang kat rumah MY bungkuskan sekali.
Malam tu,
MY makan lagi sebab lapar.... hahaha
Hasil tangkapan Ariani Jumbo Sale.
MY beli secara online,
masuk cart, buang.
Masuk cart, buang.
Akhirnya... sehelai saja bawal segi empat, yang lain semua shawl.
camne boleh tak perasan yang lain tu semua shawl.
tertipu dengan harga yang murah-murah sampai lupa nak tengok jenis tudung.
dah la tak reti pakai shawl.
Dapat kat Sarah la nampaknya..
Sejak birthday diorang 22 September hari tu...
asyikla tanya ayahnya bila nak buat kad pengenalan.
Akhirnya kami bawa juga buat Mykad.
Ajak buat kat JPN Pontian taknak.
Nak buat kat JB,
Yang ampunnn....
gigihla ayahnya bawa ke UTC JB.
Sebab utama nak pergi Kotaraya adalah.... Ucid nak makan Subway sementara tunggu Mykad dia siap.
Makan dan Ucid memang tak dapat dipisahkan.
MYKad siap dalam masa satu jam.
Orang pun tak berapa ramai.
Itulah sahaja sikit cortan buat kenang-kenangan,
Tak tahu la sampai bila blogspot ni akan bertahan.
Sekian Wassalam


.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)