Wednesday, May 26, 2010


Hari Sabtu ni kabin yang aku dah duduk selama lebih satahun ni akan dipindahkan ke tapak Kelapa Sawit pulak…huhu…sedih rasanya nak ditinggalkan oleh kabin ni hahaha…adoila..dah la kerja banyak…kena pindah pulak,bertambah tambah banyak kerja.
Bos nak pindahkan kabin ni untuk memberi laluan kepada kerja-kerja infra dan lagi satu kat site kelapa sawit cuma ada sebijik kabin yang sangat comel dan takde stor. So, stor kitorang pun nak diangkut sama..aku tak kisah nak angkut stor tu, jangan diangkut dengan storekeeper aku sekali dah la..

Pas ni duduk dalam building yang separa siap tu pulak…aku tak kisah..duduk bawah pokok pun takpe…tp kerja standard bawah pokok la jugak…uish..banyak jugak barang yang nak dikemas ni…drawing tu yang tak tahan tu..yang bergulung..yang berlipat..yang bertabur…yang terlentang..semua ada…dulu masa ada farah kemas je semua drawing ni,…tp sejak si Farah berhenti, semua caca marba…aku tgk pun pening..tp lagi pening bila aku susun..jap jer..dah ditabur balik dek budak berdua tu…

Hari ni nak kena start kemas opis ni…tp sebelum tu..tugasan yang bos bagi semalam kena siap sebelum pukul 10..skang dah kul 9…alamak..macam tak sempat jerrr…

gambor kabin selaku site opis aku..

Friday, May 21, 2010

Alkisah Sambal Kicap

Dulu masa duduk bujang dengan kawan2 kat Skudai,..beli goreng pisang @ cemilan petang2…sambal kicap yang dibungkus makcik goreng pisang tu tak pernah dibuka atau dicicah pun…kecualilah beli keropok lekor…memangla cicah dengan sos dia…tapi sambal kicap tu…tak tau pun apa fungsinya…sebab dalam umah sewa tu takde orang Johor..so, tak tau pulak orang2 Johor makan pisang goreng ker..keledek goreng ker…keladi goreng ker..mahupun sukun goreng cicah sambal kicap…

Tapi sekarang…aku pun dah terikut…cicah sambal kicap dan dah pandai buat sambal kicap…sambal kicap ni bukan takat buat cicah goreng pisang…malahan makan sup sup pun mesti nak ade sambal kicap…

Cerita pasal sambal kicap ni..ada la satu dua cerita pasal sambal kicap ni…

Cerita 1
Perbualan berlaku di site opis ketika sedang minum petang, makan goreng pisang, keladi, keledek. Seorang rakan sekerja bersuara...
‘Tiga tahun aku duduk KL buat diploma kat UTM Semarak…sekalipun aku tak pernah beli goreng2 pisang ker...goreng2 keledek ker....”
”Nape pulak? Mahal sangat ke?”
”Tak ah...tak lalu nak makan...takde SAMBAL KICAP”

Cerita 2
Cerita seorang rakan ketika dia membeli pisang goreng di luar Johor...kat area Selangor...
Selepas membayar harga goreng pisang dia tidak berganjak dari warung tersebut kerana pekerja warung tidak meletakkan sambal kicap dalam bungkusan beliannya...
”tunggu apa dik...duit takde balance rasenya”
”SAMBAL KICAP takde ker?”
”takde la dik...sos keropok ade..nak tak?”

Cerita 3
Seorang makcik dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di pahang...singgah di sebuah gerai makan yang masih dalam kawasan jajahan takluk negeri Pahang lagi...lantas memesan mi sup. Setibanya mee sup yang di order...
”dik, mintak SAMBAL KICAPnya”
”ok..”
Pekerja datang dari arah dapur dengan membawa sambal kicap ala Pahang
”laa...ini bukan sambal kicap..ini cili padi taruk kicap....wallah...tak lalu aku nak makan”

Cerita 4
Adalah sorang member tu cerita kisah dia di hostel UiTM Jengka...kerana terlalu ingin makan Pisang goreng cicah SAMBAL KICAP...kicap tu dicampur dengan cili sos...yelah takkan nak bawak lesung batu bagai ke bilik hostel...tapi rasa sambal kicap segera ciptaan beliau langsung tak boleh diterima tekaknya. Kesudahannya...mintak maknyer kat Johor ni pos sambal kicap...

Sebenarnya ada lagi cerita kisah sambal kicap ni..tp sukar untuk diceritakan dalam bentuk penulisan...dulu2 masa baru kawen, tiap kali lepas masak sup aku tanya dulu...
”sambal kicapnye nak kena buat jugak ker?”
Sekarang...,dah tak payah tanya sebab ianya adalah satu kewajipan sekiranya ingin menikmati sup..tak kiralah sup tu nak makan dengan nasik ker, dengan mee ker, dengan bihun ker. Begitu juga kalau buat minum petang, kalau dah goreng pisang...sambil2 tunggu pisang tu masak dalam kuali, ringan2 kanlah tangan tumbuk sambal kicap..

Then, bila aku tgk resipi sambal kicap kat internet ni...uish..ada macam2 version...aku nyer dah tentulah verse mak mentua aku...simple jer..sesuaila untuk orang yg nak malas tak malas...nak kata rajin tak rajin...macam aku...

Oh sambal kicap...
.

sampah menyampah.. menyampah sampah..

Ntah kenapa skang ni area rumah aku kat Jalan Kebangsaan, Taman Universiti tu lori sampah datang seminggu sekali jer. Aduhai..tak tahan la dengan lalat, ulat dan aroma yang mencengkam jiwa ni...ulat-ulat2nye pulak dah gemuk macam ulat mayat dalam CSI.

Kawan aku yang dok baris belakang rumah aku dah penah buat report ni kat MPJBT, tp hasilnya sangat tak patut...Memang keesokan hari dia buat report tu lori sampah datang, tapi dia pedajal kat rumah kawan aku ni. Semua sampah kat rumah sekitar tu dia pungut, tang rumah kawan aku dia tinggalkan. Aku tak taula macam mana diaorang punya Piagam Pelanggan. Setahu aku report yang kita buat kepada PBT, data peribadi si pengadu akan dirahsiakan daripada pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Tapi ni...macam mana budak2 lori sampah tu boleh tahu rumah si pengadu....?

Cukai pintu kitorang setahun RM480 tau...pastu bila kita mengadu sampah tak pungut boleh pulak dia buat camtu...tak profesional langsung. Nak kena pergi mengadu kat Karam Singh Walia dalam Aduan Rakyat TV3 kottt....


Tuan Guru Nik Aziz..

tak tahu nak kreditkan pada sapa atas gambar2 ni, sbb dari emel yahoogroups-tiosa. agaknya inilah punca Tuan Guru Nik Aziz sgt2 dihormati oleh rakyat Negeri Kelantan




Sedia menerima tetamu tanpa protokol yang ketat.Perhatikan pakaian Tok Guru macam orang kampung biasa je



Makan nasi bungkus je? 20 tahun menjadi MB masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan

Tertidur keletihan..maklumla n jadual harian Tok Guru memang padat,semoga Tok Guru dipanjangkan umur untuk terus memimpin kita


ayat2 kat bawah gambar tu pun aku copy paste dari emel tu jugak...

Tuesday, May 18, 2010

Site Engineer (utk yang baru grad shj)

Pekerjaan sebagai site engineer atau jurutera tapak ni bukannya susah sangat. Orang dapat 3rd Class degree mmg sesuailah kerja kat tapak ni. Apa yang perlu ada pada seorang jurutera tapak sebelum dia memulakan kerja adalah ketahanan mental dan fizikal. Anda tak perlu memerah segala ilmu dan teori meori yang dulu kita belajar dalam kelas..tak perlu repeat balik kertas2 ke,nota2 ker,…buku yg tebal2 tu…?lagi lah tak payah…

. Kerjaya sebagai site engineer tak perlu fikir panjang2 sbb kita buat ikut apa yang ada dalam drawing..konsultan dah bagi drawing…buat apa nak pikir panjang2 pasal beban ker…pasal momen lentur ker…daya ricih ker…tu semua takyah pikir panjang2…ikut je apa ada dalam drawing….haa..tpi jgnlah ikut membuta tuli…bila nak buat sesuatu struktur tu jangan tengok satu drawing jer…tengok semua drawing…drawing arkitek, drawing c&s,drawing m&e dan jugak shop drawing..ehh tak ketinggalan as built drawing piling..dan jgn lupa detail drawing….

Huh…!banyaknye drawing nak kena tengok…berat mata yang nak menengok..berat lagi mata orang yang membuat drawing2 tu semua…hahaha…sama ada jurutera awam di tapak atau jurutera M&E…perkara paling penting adalah ketahanan melawan segala jenis anasir jahat yang ada di tapak.

Banyak ker anasir2 jahat di tapak….?ishh…banyak…lebih2 lagi tapak yang baru diteroka, yang asalnya hutan belantara bak Gunung Raya…hehe…serammmm… nanti lain kalilah aku cerita pasal keseraman di tapak bina ni…



Anasir2 lainnya adalah hujan, panas, lumpur, selut, kena marah masa meeting dgn konsultan, kena marah dgn bos sbb tak capai target, pekerja mogok, pekerja tak dengar cakap. Itu yang baru anasir2 yang bukan teknikal, kalau dah masuk part teknikal… Huh! Pergi kantin...kite minum dulu...!!

Apa yang aku cerita ni bukan 100% boleh pakai, tp sebagai sandaran kepada fresh graduate engineer ok kott... lagi satu untk projek bawah 20 juta boleh la nak main2 cam aku..tp kalau projek besar2...kena lebih agresif la..kena banyak bertanya...tak malu nak belajar...study drawing...

Hmm..lagi satu...kepada bakal bakal jurutera tapak yang baru grad ni...tolongla lengkapkan diri anda dengan beberapa benda sebelum masuk ke tapak bina:
1. CIDB Green Card
2. Safety Helmet
3. Safety Shoes
4. Buku Nota kecik sendiri (catat bende yg penting2 kat site)
5. Henfon berkamera (senang nak amik gambar)
6. Pen
7. Measuring tape
8. Scale Ruler
9. Kalkulator
10. Highlighter

Semua bende2 yang aku sebutkan kat atas sebahagian besarnya akan dibekalkan oleh majikan. Tp tengok majikan jugakla...kalau dapat majikan yang kedekut...gunakan inisiatif sendiri untuk menjadi orang yang berkerjaya. Bende yang aku senaraikan kat atas ni memang leceh..lebih2 lagi kalau lelaki, hari ni opis bagi pen esok dah hilang. Kalau dah hustler, dari 10 yg aku senaraikan perlukan 5 aje nanti..tp tunggu la barang 5 tahun. Masa tu dah jadi projek manager, dah RE, dah jadi projek Coordinator or apa apalah...

Mana ada org keluar dari perut mak dia..terus2 pandai kan...mestilah ade proses pembelajaran..dari mana nak belajar? Zaman skang dah moden...ketik2 je kat ujung jari...dah keluar segala macam...kalau boleh belajar dengan orang yang pandaila...dgn superior kite contohnya.

Oklah..,lepas ni aku akan cerita lagi...berkenaan dengan site meeting, technical meeting, NSC meeting, toolbox talk,TBM, silt trap..dan lain lain lagi...bukan apa...seronok dapat kongsi pengalaman. Tak semua org tau engineer tu kerjanya macam mana...okehh...see you next post.

nak masak apa ekk...

ayat "nak masak apa ekk...?" tu mmg tiap hari bermain dimindaku bila dah dekat2 nak balik kerja...masa tu motivasi kerja pun dah menurun, sibuk pikir nak masak apa malam kang..dengan nak masak lauk apa untuk bubur Umar Mahfuz...

hmm..teringin nak makan sambal udang, tp Mr. Hubby alahan pulak dengan udang... ayam dah jemu... nak masak daging aku yang jemu nak tunggu masak...lama sangat...masak ikan la kot malam ni...sayur kobis goreng jer...

ek ellehh...lupo la pulokk...minyak masak kat rumah dah habis...sbb pagi tadi ingat nak goreng kopok, minyak lak tak cukup. balik kang singgah pasar Indon tu kejap beli minyak. kopok yang aku maksudkan ni spesial, mak aku dgn mak metua aku suka sgt kat kopok ni..sbb kalau dah sejuk pun dia maintain lembut jek...memang sesuaila untuk kedua-dua ibu yg aku sayangi ni atas faktor kekuatan gigi...hahaha..sorry mak...terngumpat

Monday, May 17, 2010

Site Diary 17 May 2010

Petang semalam daerah Skudai dilanda hujan lebat, ribut, dan angin kencang serta kilat sabung menyabung. Sehubungan dengan itu banyakla pokok2 kepatahan dahan, tumbang, keguguran buah dan daun. Itu baru pokok, gerai2 dgn warung2 tepi jalan pun habis roboh..kesian makcik2 yang nak berniaga sarapan pagi ni…pondok dah rebah habis…

Sepanjang jalan nak g site hari ni, aku tengok kiri kanan jalan penuh daun-daun dan dahan dahan kayu bergelimpangan…ish ish ish…aku terbayang camne la keadaan site aku pagi ni…takut juga kalau2 terangkat metal deck yang baru pasang tu kan… yela.., metal deck kan ringan, bila digandingkan dengan light weight roof trusses possibility nak terangkat dek ribut mmg tinggi

Tapi Alhamdulillah…site aku tak ditimpa sebarang bala yang melibatkan kerja..Cuma macam biasalah..pagar dan papan kenyataan kerja jek yg tumbang. Tapi papan kenyataan kerja ni dah tumbang beberapa kali..tak tau nak wat camne lagik dah nak kasik kuat…dah tanam dengan konkrit…dah pakai kayu besar..tp dia tumbang gak…asal tak menimpa orang dahhh….

Tu lah..projeknye lama sangat…sampai reput papan kenyataan kerja tu....projek untuk 18 bulan tapi dah delay sampai dekat 24 bulan...papan tu tau bawak diri...

Friday, May 14, 2010

"supervisor"ku...

Hari ni aku naik angin dengan supervisor aku...hiiii...geram...aku marah tapi aku tak tengking2..cuma meninggikan suara sambil gelak2 dan Che' Mat bertindak sebagai nasik tambah kepada budak tu...

mana aku tak geram...semua kerja nak tunggu aku suruh buat...aku suruh buat daily report untuk kerja-kerja plumbing....borang habis,tunggu aku fotostat borang kosong..langsung takde ikhtiar nak cari borang baru...dia ingat aku ni kerani dia??tukang fotastat dia? patutnya sebelum borang site Diary tu habis...dia kena copy dulu...ini dah habis...

"camne saya nak buat kak..borang dah habis"

hiii...rasa cam nak tangankan aje...last week aku tegur...site diary dia salah eja 'manhole'...sbb dia eja 'mainhold'...tadi aku tanya dia kenapa tak betulkan lagi ejaan tu..jawapannya cukup mudah...

"habis tu..akak tak bagitau saya pun ejaan sebenar macam mana"

Ya Allah...sakitnya hati dengar jawapan selenge cam tu...kalau umur tu 15 tahun patutlah nak jawab macam tu...tp ni dah berbini...pon nak kasik jawapan cam tu lagi...kalau macamnilah...takyah ada supervisor pun takpe...buat semak je...

Thursday, May 6, 2010

belated birthday cake..


semalam Puan Zenu @ lady boss kirimkan birthday cake & card...terima kasih atas ingatan orang2 kat HQ semua..tp malangnya cake tu tertinggal atas meja dalam site opis...the next day...after punch card aku tgk ...semut menghurungi sekeliling kek tu..huhu...

aku tiup2 sikit..bedal dgn en zam, che mat, din...

Tuesday, May 4, 2010

Birthday umar dan kisah keknya...



Sempena cuti hari buruh aku balik kampung suami aku kat Felcra Sekijang, Segamat. Oleh kerana birthday Umar Mukhlis 6 hb 5 dan birthday ayahnya pulak 3 hb 5...adik beradik suami aku semua sepakat nak goreng2 mee buat minum petang adik beradik...aku tak kisah..aku ikut jer...

Pastu aku beli kek jekla untuk anak aku...walaupun dia tak tahu birthday tu apa...tp aku seronok tengok dia happy sangat...cam paham paham jer yg dia sedang diraikan...si Umar Mukhlis ni suka merengek dan meragam kalau orang ramai-ramai dan merimaskan...tp masa birthday dia semalam tak pulak meragam...

Aku beli kek petang hari Sabtu...mula mula pergi kedai Kek Mas..kat barisan RHB..CIMB..tp
takde yang memenuhi citarasa plus terlalu ramai orang kat dalam tu...aku pun beredar...cari kedai lain yang kat area kedai2 regina..seng hong...nama kedai tu aku tak ingat..tp namanya sedap didengar...sesuai la dengan kedai kek...masa aku masuk tu..Salesgirl pompuan tu tengah terjerit-jerit dengan bahasa kasar bersembang dengan kawan sekerja dia...kawan dia tu amoi...lantaklah dia nak bersembang sampai tercabut anak tekak pun...Cuma yang aku tak puas hati....kita ni datang membeli kat kedai dia...bahasa tu biarlah org kata sedap didengar...
Masa dah bayar tu, awek tu selitkan sehelai pamphlet kedai dioarang kat kotak kek tu. Yang En. Suami aku ni dengan ramah tamahnya bertanya (sambil ambik duit balance)
”Apa tu?”
Dan dengan selamba dan takde perasaan awek kedai kek tu menjawab...”Kertas!”
”Kertas apa ye?”
”Ek elee...nak tahu baca la sendiri”...

Aku dgn En. Suami ni terkujat la jugak dengar jawapan awek kedai kek tu...Suami aku senyum dan menggelengkan kepala aje...kitorng pun berlalu sambil aku pun membebel tanda tak puas hati dengan jawapan biadap awek kedai kek tu.

Back to umar’s birthday party...masa nak ambik gambar umar potong kek...si Fariesya pulak yang lebih bergaya dengan kek umar...kelakar tengok gelagat budak budak ni... walaupun cuma ada mee goreng dan air sirap..majlis sangat meriah dengan kehadiran anak anak sedara yang bawah umur...yang dah 17 tahun ke atas dah tak minat dah nak ikut mak balik rumah atuk...dah muda remaja la katakann...

Klik! Klik!

Post Terhangat