Wednesday, November 30, 2011

GA: Teka Harga




korang rase2 berapa harga untuk 2 tin sardin jenama 'Botan', 2 tin sotong jenama 'Rex' dan 2 air kotak 'Dutch lady'....barang2 ni semua koi beli kat kedai kampung kat Pontian...tin sadin dgn sotong tu besar punyer tau..air kotak tu yg standed tu la...

kalau korang terer, cuba teka...tapi ada syarat dan syarat syaratnya adelah...

1. Teka dan tulis harga tu kat ruangan komen bawah ni. pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yg tepat atau paling hampir tepat
2. Boleh buat entri kalau rajin..sertakan url entri korang kat ruangan komen. kalau ramai yg buat entri..cabutan bertuah akan dijalankan

hadiah utk jawapan paling tepat adalah sebuah 'diary 2012' manakala hadiah untuk entri belum difikirkan...

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah









salam maal hijrah semua...petang ni koi nak balik kampung ibu mertuaku di Gugusan Felcra Sekijang, Segamat, Johor...so, malam ni koi tak boleh la beronline untuk menelaah blog2 yang koi minati kerana di kampung yang aman dan damai tersebut tiada line broadband yer...walau secanggih manapun broadband anda..tetap tidak dapat menakluki rumah bonda tercinta yer...






tengok..siap apa contest lerr..balik dr kampung la baru join..nak cepat ni....

Friday, November 25, 2011

Ilmu Mandi Wajib...Jom Semak Cara Kita...

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang
tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh
anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak
mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya
jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan
najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga
tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang
ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada
di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut
seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam
lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah
dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya
tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat
Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab
lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah
haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak
sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk
sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum
tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima
5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat,
berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya
di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata
kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya
Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah
pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tuesday, November 22, 2011

Jom kira pasir pulak…

wahh..tajuk….kira pasir…adakah kita akan mengira setiap butiran pasir?? oh tidak….ini adalah sebagai panduan unuk dapatkan berapa banyak pasir atau crusher run yang perlu di order dalam satu satu projek. tapi kaedah ini tidaklah begitu tepat kerana ianya adalah anggaran sahaja…walaupun begitu ianya digunakan di secara meluas dalam bidang construction.

kaedahnya adalah dengan mendarabkan isipadu dengan pekali yang merupakan ketumpatan kepada bahan2 tersebut

Jenis
Pekali (ketumpatan)
Pasir 2
Hardcore 3”'-4” 3
Crusher Run 2” 2.2

Isipadu didapati dengan mendarabkan keluasan permukaan dengan tebal pasir yang kita nak pakai.
contoh:
kira crusher run
Sebuah tapak perhimpunan memerlukan base pasir setebal 100mm, jadi luas kawasan didarabkan dengan tebal 100mm tu untuk mendapatkan isipadu pasir yang diperlukan..
isipadu ni pulak nanti…darab dengan pekali yang diberi tu..makanya kita dapatlah kuantiti pasir tu dalam unit tan.




Satu load atau satu lori pulak lebih kurang dalam 25 tan…selalunya kurang…nnt kita bahagi pulak kuantiti dalam berat tu dengan 25 untuk dapatkan berapa load pasir yang diperlukan.
contoh pengiraannya…
kira pasir

harga 1 tan pasir lebih kurang dalam 30 ringgit ko sekarang..koi pun tak sure berapa…
tapi lebih kurangla..
ketumpatan yang koi berikan tu bukanlah ketumpatan sebenar...tu koi dah masukkan segala jenis mak nenek pembaziran

Friday, November 18, 2011

Aku bukan Bomba....haha

hari Khamis 17 nov 2011 yg lalu, koi berpeluang mengikuti ujian kecergasan dan pancaindera untuk jawatan pegawai Penguasa Bomba gred KB41. pukul 8 tu macam biasala ada briefing sikit sikit..lepeh tu isik borang...borang akuan..yelah..manalah tau kot-kot tgh ujian tu semput ke..jantung terhenti ker..putus urat perut ker...taklah bomba disalahkan sebb kat borang akuan tu kita dah sign yang ujian tu diambil atas kerelaan sendiri dan akan bertanggungjawab atas keselamatan diri sendiri...

lepas dah isik borang tu ambil tinggi dan berat badan... hmm..pada surat panggilan tu sebenarnya ada tulis ketinggian minimum yang dikehendaki..agak agak tak pass...takyah la datang ujian okeh..buang masa jer amibik cuti...berat badan pun sama..agak agak tak cukup berat...sebelum datang makanla banyak2 supaya mempunyai berat badan yang cukup

okeh berat badan dan ketinggian minima dah lepas dah...tapi itu belum mencukupi sbb kena kira BMI pulak...hahaha...masa ni mmg ramai yang kantoi tak lepas BMI yang dikehendaki....koi pun nyaris2 juge tak lepas...kalau calon hok laki kena ambik ukuran dada...pompuan takyah..bukan uji bakat model

lepas dah siap ambik berat badan..ujian mata pulak..dia nak 6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta sesentuh atau lain lain alat bantu penglihatan. ramai jugak yang pakai contact lense...tp kena bukak..ade sorang tu taknak ngaku pakai contact lense...tapi bomba tu cakap..ade sbb kenapa kita taknak orang rabun...pastu dia cakap masa training nnt mmg lasak...ada ke masa awak orang ni nak cuci contact lense...tgh tido kena kejut...takkan tdo malam nak pakai CL..tah apa lagilah bomba tu bebelkan...last last budak tu tanggalkan juga...

lepas ujian tahap kerabunan..ujian rabun warna pulak...ujian ni biasa kita ambik ka sekolah sekolah dulu...kat dalam ujian JPJ pun ade kalau tak silap.

dah melepasi semua ujian pancaindera...jeng jeng jeng... tibalah masa untuk ujian kecergasan fizikal yang mana koi sedia maklum bahawasanya koi mmg tak cergas. dari tadika sampai masuk u tak pernah menang tempat 1,2,3 dalam sebarang jenis sukan pun...lumba lari ker..lompat jauh ker..lompat tinggi ker...jangan kata wakil rumah sukan...wakil sukantara pun koi tak perenah muenyumbang barang seketul dua mata untuk rumah sukan...

mula mula kena angkat pemberat..alah..pemberat tu rupanya macam benda angkat berat dalam sukan kat tv tu..tapi untuk pompuan ringan jer...46 kg...alah..memang kacang ah...bukan dia suruh angkat pastu julang tinggi2 pun..angkat paras pinggang jer..pas dah sampai paras pinggang tu letak la balik...bukan dia suruh hold barang 30 seken pun...tapi orang laki kena angkat lebih sikit..54 kg separas dada...ramai jer yang tak lepas..hehe...

lepas angkat berat kena panjat tali..hahaha..yang ni koi mmg surrender...tapi walau camne koi tahu koi takleh panjat pun..koi tetap cuba jugak...hihi...mmg taklepas nyer...berat badan koi ajer dekat 70...masa koi bujang2 dengan berat badan tak sampai 50kg pun koi tak berupaya nak main apa bende namanye tu ..alah yang kat taman tu..crossing monkey kot...mmg koi tak dilahirkan untuk bersukan dan berlasak-lasak begini...bak kata my encik suami yang setia menemani koi dari ambil kedatangan hingga percubaan memanjat tali....."budak budak pompuan yang berjaya panjat tali tu semuanya gifted..."...hmmm..yelah tu...

gambar dari website akademi bomba dan penyelamat.

yang tak tahannya..untuk pergi ambik ujian ni..koi siap beli kasut baru..track bottom baru..stokin baru...hehe..nampak sangat mmg tak pernah bersukan...so, kasut tu akan berpindah mlik kepada encik suami la nampaknya..nak tunggu koi pakai...hmm..tgklah..kot kot dapat panggilan ujian kecergasan kastam pulak ker...ntah bila tahun la pulak...SPA ni..orang kata..walaupun kita tahu kita tak pass...bila dipanggil..haraplah dapat menghadirkan diri...sbb kalau sekali panggil tak dtg...dia dah takmo panggil lagi...kate orangla..koi tak tau...so..sebelum isik form SPA pastikan yang anda memiliki kelayakan utk jawatan tersebut...

apapun...koi enjoy...

Thursday, November 17, 2011

Jom kira kayu

entri koi hari ni khas untuk rakan2 seperjuangan koi...sapa sapa yang tak tau lagi cara cara kira kayu atau formula untuk convert kuantiti kayu dari batang ke ukuran berat...

ukuran berat ni diperlukan untuk order kayu kat kilang. kalau projek besar besar kita order kat kilang pakai ukuran berat..order 1 tan ker..2 tan kerr..kalau takat nak buat pondok jaga kat depan sekolah takyah order samapi satu tan...order pakai panjang jer...beli kat harware...

biasa kalau tanya kat sub workers berapa byk kayu dia nak pakai...dia akan sebut ikut suka ati dia jer...sbb bukan dia yang bayar kayu tu...bila kita order pulak kat bos...bos akan jerit pulak kat kita...
"banyak benor kayu nak pakai..kurangkan sikit.."
jadik...kita kena kira berapa bnyak kayu nak pakai..pastu tunjuk kat dia..bukti yang kita dah kira..




okey...kawan kawan..adik adik...cara kira kayu ni hanya terpakai untuk MLHW atau kayu chapcha sahaja yer...kayu yang kita guna dalam projek pembinaan sebagai props...cara kira ni tak terpakai untuk kayu kayu yang berketumpatan tinggi dan keras seperti cengal, jati, nyatoh, keruing dan lain2...



koi pun baru aje tau cara kira kayu ni...sebelum ni main order jerrr....maklumla dulu kerja kompeni PKK kelas A..takat 10-20 tan kayu apa ada hal....skang keja kompeni kiut miut...kenalah belanja dengan berhemat...hahaha...setiap satu item yg di order kalau boleh jangan ade lebih...semua kena ngam ngam..hoho...boleh botak kepala koi kalo begini...



selamat mengira para QS...!

Friday, November 11, 2011

Air botol...

selepas bertahun-tahun minum air dalam botol mineral tu baru ari ni koi tau yang beza antara air mineral dengan air minum boleh dibezakan dengan mudah melalui warna tudung botol tu...selama ni koi panggil semua pun air mineral...kalau ada tulis air minuman barulah tau tu bukan air mineral. selalu kalau nak beli siap pusing pusingkan botol tengok dia tulih mineral water ke...drinking water...

Rupa-rupanye...Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan dan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2005, semua air mineral semulajadi mestilah menggunakan tudung berwarna dan air minuman mesti pakai tudung kaler putih supaya mudah dibezakan. Koi tau ni pun pasal koi baca laman web spritzer dan dengan tak malunya koi mengaku yang aktikel ini diciplak dr laman web spritzer..kalau air mineral spritzer...tudung diorang kaler ijau...

Perbezaan antara Air mineral semulajadi dengan air minum suling adalah...air Mineral semulajadi didapati daripada akuifer sedalam lebih 100 meter. Mineral-mineral yang terkumpul melalui beratus-ratus tahun air perjalanan melalui pembentukan batu semulajadi akuifer. *akuifer tu apa nyer?? jap koi nengok kamus...

tempat nak sedut air mineral mestilah diletakkan jauh dari kawasan perindustrian dan perumahan.
Air minuman suling atau distilled drinking water dalam bahasa pada botolnya disuling. Proses penyulingan membunuh dan membuang hampir semua bakteria, virus, logam berat dan pencemaran lain samaada organik atau bukan organik.

kaedah membersihkan air minuman ini adalah dengan mendidihkan air. Proses pemeluwapan wap yang terhasil akan menghasilkan air suling. Biasanya kaedah ini menggunakan air paip sahaja. sebb tu kadang kadang kita tengok pada botol tu ada tulis..'Punca air: Air Paip SAJ' atau 'Punca air: Air Paip SYABAS'


macam teringin jer nak beli sebijik taruk kat rumah...hehehe...comel kannn....


mmg comel...mmg teringin nak beli...



*akuifer = lapisn batu batan atau tanah yang mengandungi air

Thursday, November 10, 2011

Pantai Air Papan, Mersing, Johor Darul Takzim

kerna termakan dek kata2 seorang sahabat, En. Suami koi membawa kami sekeluarga ke Pantai Air Papan, Mersing....huhu...siap siap masak dalam kul 9 kitorang gerak..ikut jalan lama Kulai-Kota Tinggi_mersing...sampai kat simpang kat kota..koi dah bising2 pasal jauh sangat nak ke Air Papan...baik ke Desaru, atau Teluk Ramunia atau ke Tanjung balau ajer...tapi En. Suami nak jugak ke Air Papan, sbb kawan dia kata Pantai Air Papan is the most beautiful beach kat Johor...huhu...2 jam jugakla dari JB ke Air Papan.

sampai ajer bentang tikar..oleh kerana Umar mahfuz tengah tidur dalam kereta...carik port bawah pokok...angkat adik Umar Mahfuz...baringkan..huhu..lama pulak budak Mok ni tidur bawah pokok tepi pantai ni...berangin jer...huhu..best...sampai pun dah dekat kul 12..kitorang pun nyum nyum dulu...koi bawak bihun goreng jer..leceh nak bawak nasik lauk..pastu ade la jajan dgn roti untuk budak2...sementara tunggu Adik mok bangun..Koi belikan Abang Mukhlis bih sabun..dok main tiup buih kat tepi pantai takyah tiup2 pun...celup dan angkat...angin tiup pun buih jadi...adik Mok tidur bawoh pokok tepi laut dengan lenanya..

tapi kat air Papan ni orang tak ramai sangat macam pergi Tanjung Balau Bulan lepas..mungkin sebab dah nak masuk hujung tahun...angin dah mula kuat..ombak pun agak besar..tak tenang macam kat Tanjung Balau...pastu ada sekumpulan budak budak JPA tengah buat latihan menyelamat...macam susah jer...dengan nak berenang lawan ombak tu...ishhh...kompom koi tak boleh buat
pasir kat Pantai Air papan ni...halus....tapi jenis yang ade banyak kulit cengkerang yang dah hancur...habis satu kepala lekat habuk putih putih...payah pulak tu nak hilang...

tapi walau macammana pun..koi kagum dengan kerjasama orang kampung ni menjaga kawasan pantai...dengan bayaran serendah 3 ringgit untuk masuk, memang kita puas hatila...bersih..tong sampah banyak...sampah pun takde bersepah sepah sana sini..tempat mandi, tandas pun banyak....memang oklah untuk beristirehat..banyak pilihan pulak tu untuk beli souvenir..pelampung untuk budak2 mandi pun murah2 jer...takde la cekik darah sangat...


on the way nak balik ke JB..kitorang singgah la kat kedai kedai menjual hasil laut...mak aih...murah murahnya...tak tau pulak kat mersing ni banyak jual hasil laut cam kopok lekor, ikan kering, kopok macam macam ade...harga pun boleh tahan la jugak...yang agak mengkagumkan...tempat buat keropok lekor dia tu..buat drpd stainless steel..berkilat..dan yang penting...sangaaattttttla bersih..tak sempat la pulak nak snap snap gambar...sibuk dengan super duper hero koi ni yang berlari sana sini ni...

lepas ni kalau nak mandi laut lagi kena tunggu lepas bulan 1 tahun 2012 pulak..sbb skang laut dah mula bergelora...dah tak sesuai nak bawah anak anak bawah 5 tahun mandi...ok bertemu lagi dalam episod pantai tahun depannn....

Klik! Klik!

Post Terhangat