Wednesday, July 31, 2013

Kerja oh Kerja :dalam dilema la pulak

semalam kompeni yg koi pergi interview ari Sabtu tu dah call suh masuk kerja. Koi cakap lepas raya je lah. Ambik tgh bulan je senang. So 15 Ogos nnt koi lapor dirilah. Masa dia call tu koi sempat la tanya apa lagi benefit yg bakal diperolehi?...jawapannya takde elaun, takde transport, takde telepon...

Bila dah letak telefon koi kira2 balik...Gaji basic yg ditawarkan tu semata-mata macam tak berbaloi. Jauh sangat dengan yang koi mintak. Ni yg dalam dilema nihhh...

nak kerja ke taknak dengan kompeni tu...

Dah shopping raya?


Koi dan family dah shopping raya untuk 1st stage. 1st stage lebih kepada anak-anak je. Tempat pilihan shopping raya tahun ni adalah jusco bukit indah. Kitorg pergi hari biasa. Ayah diorang ambil half day.

Memilih pakaian yang ada diskaun, cantik dan brkualiti. Sebat tak ramai orang, dapatlah memilih dengan aman. Yang tak kenanya, si kecik tak mahu duduk dla  stroller. Lenguh tangan dukung umar mukhsin.

Tahun lepas beli seluar panjang, tp sayang seluar masih cantik dah senteng. Cepat betul tinggi. So, tahun ni beli seluar bermuda paras bawah lutut. Lagipun susah nak cari seluar si abang mukhlis. Yang panjangnya ngam, pinggangnya besar sangat. Yang pinggangnya selesa,seluarnya singkat macam nak ke sawah. sebabnya si abang ni kuyus keying. Baju pulak gila gila nak baju Ben10.

Koi tak beli baju raya, koi beli kuali. Hahaha,.. Tak dapat menahan keinginan untuk memiliki seketul non-stick pan. So,dibelikanla jugak. Ianya pwp dengan pembelian seratus ke atas. Harga rm59.90 dr seratus lebih. Dah seminggu beli tp belum rasmi lagi sbb sayang nak pakai.

Tuesday, July 30, 2013

3rd interview: Amazing Sunrise SB


Semalam koi pergi interview kat company Amazing Sunrise kat Taman Sri Orkid. Kali pertama koi attend interview yang macam semalam. Masuk-masuk ada sorang kerani pompuan. Then, dia bagi sehelai kertas.

"Akak jawab soalan ni ye."

 Koi tengok, 'Question 1' eh alamak,.,kalau ada 1 mesti jap lagi ada 2...ada 3...

"Kalau akak dah siap bagitahu ye. Ada yg lain lagi ni."

 Aiyark! Describe yourself in 200-250 words in 15-20 minutes. Bolehla sikit2 sebab dah prepare, yelah tiap kali interview tu memang soalan pertama yang ditanya. Soalan kedua koi dah panik sebab dia suruh taking off. Mana koi bawak kalkulator. Pinjam la dorng punya kejap, pada asasnya koi memang tak suka meminjam. Soalan ke3, kena buat jadual kat excel, siap hargakan,dan kira gunakan excel. Last sekali guna ms words. Kena karang surat dalam english, memohon lanjutan masa (EOT). Kalau buat surat lanjutan masa memang koi dah berkali-kali buat tapi dalam b.melayu la....Kalau dalam bahasa melayu insyaallah takde masalah. English ni alahai..dah lama sangat bekerja dalam all malay environment.

Lepas siap test semua tu, tunggulah si manager dia datang pulak. Untuk sesi interview tu, diulasnya seketul demi seketul jawapan test tadi. Masak koi. Bukan tak boleh buat, selalunya kita mengira dalam keadaan santai. Ni siap ada masa. Siap ada skema markah utk tiap soalan tu. Pening kepala mak..menggigil rasanya memerah otak dalam keadaan lapar. Sesi soaljawab berlangsung santai dalam  masa lebih 1jam .

Sampai basah baju koi bila empangan susu sudah tidak terbendung lagi. habis tu dlm kul 6.30. tak sempat nak prepare berbuka. beli je...heh sungguh kelam kabut.

Mak Jakun Nakkk...

Dah dua bulan koi beranak permata hati ke 3 ni. Minggu lepas gi klinik cucuk 2 bulan, Misi kata biasanya cucuk 2 bulan ni demam, dekat seminggu berlalu, alhamdulillah...Umar Mukhsin sihat2 jer. Macam dah terlewat, tapi tak la lewat sgt kot kalau koi nak kongsi pengalaman duduk wad kelas 1 Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru masa melahirkan Umar Mukhsin baru-baru ni.

Apa yang dapat koi simpulkan adalah koi dah rugi untuk 2 kali kelahiran. Mula-mula sekali kita cerita tentang kos la kan. Okay, deposit rm800 masa daftar masuk. Kakitangan kerajaan memang bertuah dari segala segi sebab mereka tak perlu keluarkan duit 8rat tu, bawak GL je. Baki akan dipulangkan lepas discharge-kalau ada baki la..

Lepas keluar bilik saringan, masa tu koi dah bukak jalan 5 cm tp alhamdulillah takde rasa sakit. Kontraksi awal u macam period pain level rendah je. Koi masuk wad dulu barang 2 ke 3 jam gitu pasal labour room penuh. Sampai kat kaunter masuk wad kelas 1 koi disambut dgn ramah mesra. Aiyyo..macam tak percaya. Bilik koi untuk 2 org, dengan bilik ada air cond. Diulang ada air cond. Tulisan kasi besar sikit AIR COND. Haha...mak jakun nak..beza kelas 1 dgn kelas 3 kat sini terlalu jauh.  Macam 1 USD dgn 1 rupiah. Bukan koi je, en suami koi pun terkejut. Kat kelas 3 siap pesan carikan kipas datin seri azizah. Kat sini pesan bawakkan sweater.

Bilik air 1 bilik 1, siap pancuran air panas. Kat kelas 3..bab bilik air is the worst thing ever dan takmo story pasal tu lagi. Pada orang lain mungkin normal la bilik ada air cond, bilik air bersih,tp bagi yang penah admit wad bersalin kelas 3,hsa.. Semua ni nikmat yang harus disyukuri. Bukan koi sorang aje komplen..kat surat kabar metro pun ade orang komplen. nengok bawah ni

Hasil kamera Samsung Corby...sedih..

 Masa koi sampai kat wad, waktu makan tengahari dah habis. Tapi takpelah, tak lapar pun lagipun dah sarapan soto nasik. Nasik lemak en suami pun koi bedal. Dia tak lalu nak makan sebab bini nak beranak. Tapi bini dia yg nak beranak tu rilek je. En. Suami bekalkan dengan roti coklat dan kek coklat. dahla bini dia ni ada diabetis masa pregnant...

Dalam pukul 4 tu koi ditolak masuk labour room. Dua dua tangan kena cucuk masuk ubat, sebelah kanan kencing manis, sebelah kiri darah tinggi + inducer. Koi tetap tak rasa sakit untuk meneran. Dah sejam lebih koi terasa sakit kat tangan kiri..baru perasan yang ubat cucuk kat tangan kiri tu x jalan. bengkak. Misi cucuk baru...adalah dalam 10 minit terus rasa sakit dan terus mulakan proses bersalin.

Tepat pukul 6 petang lahirlah budak Umar Mukhsin ni. lepas berehat koi pun masuk wad tanpa ditemani si kecik. dia masuk wad lain utk pemantau gula dalam darah. Koi sesorang kat dalam wad....tidurlah koi dengan aman dalam bilik berhawa dingin.

besoknya awal pagi lagi koi dah mandi...teruja ada water heater...kahkahkah...sebenranya rasa rimas sbb keluar darah banyak. pastu baca majalah yang dibeli suami pastu sarapan. waahh...terkeju tengok. sarapan hantar siap pakai dulang bagai.Untuk sarapan, susu dengan bubur nasi. Bubur nasi alahai seciput,..susu tepung tawar tu...hehe..jangan komplen banyak..ni die utk pesakit diabetis. Jiran katil sebelah makan mee goreng dengan air milo
Breakfast
Pastu baring lagi sambil baca majalah. Pastu mak koi datang jengah kejap dgn membawa breast pump. sambil duduk duduk cubalah jugak mengepam...setitik pun tak keluar

tengahari pulak makanan agak wow kalau nak banding dengan kelas 3 dulu. tapi tak banding la dgn kawan koi masuk pakar puteri...siap makan chicken chop. Apapun koi sangat bersyukur bila en suami daftarkan koi kat kelas 1

Lunch
petang tu koi dah boleh keluar. sebelum keluar sempat minum petang juga. koi lambat dapat pelepasan keluar sebab darah keluar banyak sgt, doktor kata tak normal. misi pulak kata  normal la tu. mana boleh ukur darah pakai pad, tiap pad tak sama kapasiti...

minum petang
sebelum balik pergi tengok baby dulu ka NICU. Kesian dia...wayar masuk mulut dgn kaki. takpelah untuk kesihatan nak ye...

Caj yang dikenakan adalah dalam 500 lebih. koi lupa..caj bersalin normal RM300, wad 2 hari RM60 x 2 = RM120 pastu selebihnya ujian makmal seratus lebih. Masih dalam lingkungan mampu bayar la...drpd deposit 800 tu, masih ada baki yg pihak Hospital pulangkan.

Layanan misi pun memang terbaik...bukan kata kat kelas 3 layanan tak baik,..tapi tak sempat nak layan mesra pun..terlalu ramai umat. yang suka melayan..misi misi pelatih la...

Monday, July 29, 2013

Kalau Aku Kaya....kalau korang kaya??

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
http://liriklagumelayu.net/  

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

p/s:jgn lupa zakat

Lalalala..cari kerja..lalalalala

Misi pencarian kerja elahpun bermula. Sabtu baru-baru ni koi interview post engineer kat Anjung Perkasa, ka Tampoi. 2 minggu sudah kat satu opis consultant, tp koi ahu takkan dapat punyalah. Since dari mula dah kerja dengan kontraktor, nak masuk perunding mmg susah sikit. petang ni menyusul satu lagi interview. Amazing Sunrise kat aman Sri Orkid.

Teringin nak jadi surirumah sepenuh masa..tapi macam tak sanggup nak berjimat cerma dari segala aspek. hahaha....aaupun husband kerja kat luar dengan gaji yang lebih lumayan...tapi sanggup ke hidup berjauhan??
Mak mentua koi mesti bising nanti...koi yg dah biasa bergantung bergayut dengan suami pun mesti terasa kepayahannya

Orang lelaki memang senang dapat kerja dalam bidang pembinaan ni...Suami koi dengan senangnya bos-bos sendiri tawarkan kerja pada dia..."Sulaiman..kerja sama saya la...berapa gaji lu mau cakap saja. Handle projek saya dekat bla bla bla" dan bla bla bla itu semuanya ka luar dari johor. Koi? Dulu2 kalau tak berjaya dalam interview koi akan rasa kecewa...dan tiap kali inerview suami koi hantarkan. Malam sebelum interview tak boleh ido...sekarang? hmm...dah ak rasa apa dah nak gi interview. biasa biasa je...

**huruf 't' kat lappy ni dah rosak...so mana-mana yg missing tu pepandai la yer...

Friday, July 12, 2013

Biskut Raya : Biskut Keju Coklat

Resepi biskut raya berasaskan coklat yang kedua sangatlah mudah. sesuai banget untuk wanita berkarier surirumah seperti koi ni...Duk rumah lagi tak sempat nak ngemas, nak masak, anak nak tu, nak ni...

biskut ni senang pasal tak yah bakar, so tak merbahaya kepada anak2 yg tengah sakan berlari, memanjat, mencuit, mengusik...kita gentel-gentel hari ni...simpan dalam bekas...pastu esok kita hias pulak...ikut kesempatan la...

BAHAN-BAHAN
  • 250g krim keju 
  • 200g biskut coklat 
BAHAN HIASAN
  •  Coklat masakan - cairkan 
  • Badam cincang 
CARA-CARA

1. Ramas biskut coklat hingga hancur
2. Campurkan biskut coklat dgn krim keju hingga sebati
3. Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
 4. Hias dgn coklat dan badam.


Haa... Tengok senang tak? Takde   oven pun boleh buat kuih raya.



resepi dr majalah seri dewi & keluarga Julai

Thursday, July 11, 2013

Biskut Raya : Chocolate Rocher

Dalam majalah SDK Edisi Julai 2013, ada banyak koleksi resepi dan yang paling menarik hati koi mestilah yang ada coklat2 sikit. Koi tengok resepi biskut chocolate rocher ni tak susah sangat dan ada potensi jadi rebutan di meja, syawal nanti. Apa apa hal, kita salin dulu. Buat tak buat cerita lepas raya.

BAHAN-BAHAN A
  •  300g Buttercup spread 
  • 150g gula kastor 
  • 1 1/2 sudu madu 
BAHAN-BAHAN B
  • 90g bijirin milo 
  • 120g tepung jagung 
  • 400g tepung gandum 
  • 30g croquant 
  •  20g badam halus.
 HIASAN
  •  Secukup coklat  masakan hitam,putih,gula hiasan, cawan kertas

CARA-CARA:

1. Sebatikan semua ramuan A.
2. Masukkan bahan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Sukat adunan setengah sudu dan bulat-bulatkan. Celup pada putih telur dan golek dalam badam cincang. 4. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit. 
5. Setelah biskut sejuk, celup dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Rujuk entri http://www.aziankhalil.com/2011/09/jom-buat-kuih-rayapart-1.html untuk kaedah mencairkan coklat masakan

Inilah rupa Bisku Chocolat Rocher tu...ala ala Ferrero Rocher gitu...ni gambar dari majalah.

Wednesday, July 10, 2013

Nak jugak tayang EBM.....

Dulu masa anak pertama dan kedua tak sedar kepentingan breast pump ni. Bantai pegi beli pump hak rege 19 ringgit yg pakai tangan tu. Naik krem tangan ngepam nak mendapatkeh sebotol kecik tu. Bila macam tu, terasalah menyusukan anak ni sebagai satu beban. Nak direct bf, baby reject.

Ah..salah koi jugak, hari pertama keluar wad koi dah sumbat mulut dia dgn botol susu. Dah la sudahnya dia tak ingin bersusah payah nyedut cik nipp kita tu. Manalah koi tahu akan natijahnya bila bagi botol susu.

Anak nombor 3 ni, setakat ni koi belum campur lagi dgn susu formula. Sebab masa baru lahir kan umar Mukhsin ni warded untuk pantau kadar gula dalam darah dia sbb koi ada diabetis. Hari pertama masuk wad, koi belum mampu nak hantar susu kat nicu sbb susu belum keluar. Kalau dapat susukan direct lain sikit, tapi tak boleh pulak, badannya ada wayar2. Doktor suruh hantar susu cepat sikit sebab baby muntah dan kembung bila bagi susu formula. Sebab tu takut nak bagi fm

Mula2 tu pam angin je..pastu keluar la susu kuning yang pekat tu.,alhamdulillah sangat masa tu sebab masa tu baby dah start kena jaundis pulak. Tapi nak dapatkan 1 oz tu, lebih sejam dengan guna teknik power pumping. 10 minit kanan,10  minit kiri, 10 minit kanan,10  minit kiri buat sampai sejam selama 2 hari.  Sampai melecet berdarah cik nipp koi. Yelah, pakai pam pureen je kan..kalau pakai madela fs mungkin tak melecet,tak sakit kottt..hahaha..tak reti bersyukur punya bini.

Tapi syukurla lama2 kerja mengepam tu takla terlalu menyeksakan. Lagipun koi tak kerja...pam sikit2 je untuk bulan puasa.

Inilah rupa pam susu pureen yg dibeli en. suami kat UO Angsana

Klik! Klik!

Post Terhangat