Tuesday, December 25, 2018

Sindiket Rompak Homestay

Apa gila la orang zaman sekarang ni?
Homestay pun nak dirompak habis barang dalamnya..
bukannya barangan mewah sangat pun..

Pengusaha Homestay kena berhati hati...
Kalau perlu kena minta salinan IC penyewa...
Melampau betul..


Sebelum ni selalu la dengar keluh kesah pengusaha homestay tentang kelakuan penyewa ni..
1. Rembat tuala
2. Tuala buat kiwi kasut
3. Tak buang sampah makanan sampai berulat
4. Kencing atas tilam
5. tak tutup lampu/kipas/aircond masa tinggalkan homestay

Tapi yang ni...
melampau sangat
Dah la dia bawa anak anak sekali...
memang nak didik anak jadi penyamun agaknya ni...

Bila baca berita macam ni...
terus terbantut keinginan nak beli rumah lagi sebiji untuk buat homestay
hihihi
Poyo je kan...

1 comment:

aryan azra said...

alahai kesiannya pengusaha homestay kalau macam ni, ada pulak sindiket macam ni ye teruk betullah manusia sekarang, risau je dibuatnya

Post Terhangat