Friday, February 15, 2019

Pondok kecil tepi kebun getah

Assalamualaikum...
Ternyata azam post entry setiap hari gagal.
Hari ni dah 16 hb 2...
Tapi baru 2 ke 3 entry je yang berjaya dikarang...
HaHaHa...

Memang superbusy.
Last week minta workers buatkan pondok kecil untuk berteduh time kat kebun Sagil.
Senang sikit kalau time time nak meracun ke...
Nak membaja ke...
Ada la tempat nak berteduh.
Siap tong air sekali untuk kemudahan meracun.






Masa yang diambil untuk mendirikan pondok ini lebih kurang sehari setengah dengan tiga orang pekerja.
Pakai kayu lebih lebih buat kerja Masjid Kluang hari tu..
Lawa kan...

Cadangnya esok nak cat.
Tapi ni cadangnya aje lah..
Tak tahu jadi ke tidak.
Sebab panas betul sekarang ni...
Takut tetiba berubah fikiran.

Semoga diberi kekuatan mental dan fizikal 
Nak jaga anak,
Jaga kerja,
Jaga kebun,
Hihihii...




2 comments:

norhidana miswan said...

cantik n comei je pondok kecil tu, selesa nk berteduh n rehat lps dh penat kerja

Warisan Petani said...

Buat tido tengah hari best ni
berangin

Post Terhangat