Monday, August 5, 2019

"Fast & Furious :Hobbs & Shaw"

Berpeluang menonton Fast & Furious: Hobs & Shaw petang semalam.
Mama Yan tengok dengan suami je berdua...
Lepas tengok wayang berdua,
Tiket terus kena buang...
Takut anak anak jumpa...
Nanti diorang tak puas hati tak bawa diorang sekali..hihihi

Kami tengok tayangan pukul 2.20 petang...
Habis pukul 4.45 petang.
Tengok kat MBO, UMall aje..
Dekat...
Dalam 5 minit gitu dah sampai...

Single combo. 1 air 1 popcorn. 



Mama Yan tengok sebab memang minat pelakonnya; Jason Statham dan The Rock.
Jason Statham tu Mama Yan minat start tengok cerita the Transporter..lepas tu tengok The Mechanics...
The Rock pulak...dari zaman wrestling dulu dah minat dah...hahaha...

Lepas tu..google2 tadi...
Ooo...Jason Statham ni dulunya diver.
Pernah masuk Sukan Commonwealth..

Masa ni dia ada rambut lagi

Mama Yan tak pernah pun tengok sequel cerita the Fast & The Furious sebelum ni...
Tak kenal pun watak watak dalam movie tu...
Jalan ceritanya pun tak pasti macam mana...
Kalau ada depan mata tu,
Tengok..tapi totally blank...tak ambil tahu sangat..
Asyik lumba kereta aje...
Eh..ye ke?

Fast & Furious kali mengisahkan Luke Hobbs & Deckard Show yang ditugaskan untuk mencari virus, Snowflake. Virus ni pulak, Hattie, adik kepada Deckard Shaw dah suntik kapsul virus tu dalam tangan dia. Masa ni Hattie nak pindahkan Snowflake tu, tapi diorang diserang dan kemudiannya Hattie dituduh sebagai traitor. Traitor apa dalam bahasa melayu mudah? berpaling tadah eh? ke pengkhianat?

Lepas dah jumpa Hattie...diorang ada 2 cara untuk keluarkan kapsul tu dari badan Hattie.
Pertama...kena bunuh Hattie.
Yang kedua... kena guna mesin khas yang disimpan rapi oleh pihak Eteon.
So..mestilah nak juga guna option kedua kann

Pihak Eteon ni pulak ada bangunkan manusia bercip komputer, Brixton Lore.
So, brixton ni agak sukar la Hobbs dengan Shaw nak kalahkan sebab dia ada tekonologi teknologi yang boleh anggarkan kelajuan, tindakan manusia, kuat macam terminator dan lain lain lagi.

So..diorang berdua pergi la pecah masuk tempat Eteon simpan mesin untuk keluarkan kapsul tu dari dalam tangan Hattie.
Tapi sebelum tu dia dah serahkan Hattie pada pihak Eteon melalui kerjasama dengan kawan Shaw kat Rusia.
Diorang pun berjaya larikan semula Hattie dan mesin untuk keluarkan kapsul virus tu...
Diorang selamat,
Tapi mesin tu rosak pulak lepas ada dalam tangan diorang.
masa ni best la tengok aksi aksi kejar mengejar yang tak logik tu...

Then diorang bawak balik kampung Hobs untuk repair.
Tapi rupanya kampung Hobs hanyalah pulau yang takde tekonologi...
Senjata yang ada pun cuma lembing, spana, tukul...senjata senjata primitif aje.
Macam mana nak repair mesin...
nak lawan Brixton dan Eteon..
nak selamatkan Hattie...

Cantiknya Samoa


Mama Yan suka cerita ni... Ada mesej tentang adik beradik..
Rindu pulak kat zaman kecik kecik dulu...
Eh...cerita ni...Watak adik beradik Deckard & Hattie Shaw tu macam jauh sangat bezanya..
Yang perempuan tu, Vanessa Kirby tu nampak macam budak budak je...
Macam takleh nak saing saing main masa kecik.
Patutnya carilah pelakon perempuan yang dah tua sikit...

tapi keseluruhannya...memang enjoy tengok movie ni..
Ada la diolog yang kelakar kelakar sikit...
Ada aksi lawan lawan..
aksi kejar mengejar kereta, helikopter, motor semua...
Best la...

kenapa cerita ni takde Vin Diesel?
Entah....Vin Diesel dengan The Rock tak ngam kot...hihihi..





7 comments:

mama tisya said...

oh tk pernh tgk ye yg sebelum2 ni ..sure pening skit...mmg suka tgk sbb stiap kali ada pasti pi tgk..yg terbaru blum pi lg tgk..tp sejak plakon utama paul walker dh mati..so wataknya dh tukar

norhidana said...

samalah, kite pun minat si jason statham tu... boleh kire semua filem yg dia berlakon mmg akan tengok... hehehhe

ohhh klau mama yan ikut filem ni dr sekuel fast n furios yg pertama mesti lg best, rasanya ini cuma mcm movie fast n furios mmg 2 watak ni je... bkn fast n furios yg betul2 nih... hehehhe... sbb klu yg betul2 msti ada si vin diesel n geng2 lain nya

Tuan Hanafi said...

alhamdulillah..

ada peluang dan kesempatan untuk pergi ke tempat yang disukai ramai

Warisan Petani said...

Dah tak pernah masuk pawagam

Sha Mohamed said...

Sha pun suka Jason Statham.. tak tahulah bila nak pi tengok.. Encik suami sedikit buzy sekarang nie..

adianiez AIDA said...

f&f ni aida folo semua movie nyer.
yg ni, mcm hilang seri lah pada aida.
ntah la.
maybe sebab lom tgk kot.
pelakon lama semua mantop. trending sgt f&f ni sejak dulu kala.

Mrs. A said...

Kenapa takde Vin Diesel ?
Mana boleh ada dua hero dalam satu filem ehh! tiberr...
Mrs. A belum bekesempatan tengok movie ni lagiiii...
Suka tengak F&F ni memang follow sequal yang sebelum-sebelum ni

Klik! Klik!

Post Terhangat