Thursday, August 8, 2019

Makan Malam di Restoran Cek Mek

Malam tadi suami Mama Yan nak gi tengok bola dan sekali jalan hantar anak nombor 1 dan 2 pergi tuisyen.
So..waktu balik,
Mama Yan la yang jemput balik tuisyen.
Anak anak nombor 3, 4 dan 5...
Menangis secara berjemaah la nak ikut ayah dan abangnya...
Alahai anak...
Kecik kecik lagi semuanya...
Buang masa je tengok bola tu...

Disebabkan adik Mijan dah nak tidur...
MY bawa la anak anak semua naik bilik...
Tapi kesian pula tengok diorang masih tersedu sedu...
"Jomlah ikut mama naik office kejap, mama nak ambil handphone tertinggal.
Lepas tu kita jemput abang terus"
Dengar je mama diorang pelawa diorang keluar,
Daripada dah baring2 melayan rajuk masing2..
Semuanya bingkas bangun.

Abang abangnya keluar kelas tuisyen pukul 9.45,
Pukul 9 malam dah keluar singgah ofis nak ambil henpon tertinggal.
Elok turun ofis nak pergi kat kereta,
Lalu depan Restoran Cek Mek..
Dekat bawah ofis je restoran tu...
Anak anak kata "mama...lapar"
Aiyaakkk...depan depan kedai konkata lapar,
Takkan mamanya taknak kasi makan pulak kan..

Singgahla makan kejap...
Milo ais 3..
Nasi putih 3..
Telur mata 3...
Sup kosong 3...free
Ayam goreng kunyit 1.

Kat rumah minta telur...
Kat kedai minta telur...





Si Sara lepas tu makan telur je...
Nasi sesuap pun tak jamah.
So...faham faham la ke mana tumpahnya nasi tu kalau tak ke perut mamanya ni...
Ayam kunyit pun diorang tak berapa makan...
Pedas katanya...
Padahal...tak pedas langsung.
Nak buat macam mana kan..
Perangai memilih makan ni memang keturunan agaknya ye??

4 comments:

Sheila Arshad said...

kalau saya biasanya nasi tu tumpah ke perut abahnya, sebab tu abahnya mengandung tak beranak-beranak hahaha

Sha Mohamed said...

Alahai.. pandai dia minta makan.. tepat-tepat depan kedai ye mama yan.. hehehe.. bijak sungguh..

Suria Amanda said...

Kadang -kdang anak- anak ni bukan nak makan sangat kan..lebih nak seronok je..anak- anak buah SA macam tu la

Rodiah Amir said...

Sama la anak-anak memang suka makan dekat luar bukan nak makan sangat nak berjalan je

Klik! Klik!

Post Terhangat