Monday, August 19, 2019

Puteri Intan Payung Indah Zulaika Olisha Lazadhiya Absyari

Aumm..cakkk! Nama saya Pipi Zola
Akhirnya Mama Yan bawa juga anak anak tengok Boboiboy The Movie 2.
Kesian pulak..hari hari nyanyi lagu Boboiboy...
Lagipun ramai sangat yang bagi banyak banyak bintang kat Boboiboy the Movie 2 ni...
Siap ada yang bandingkan dengan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal lagi..
Tapi..perbandingan yang tak setara sebab genre berbeza.
Sebagai orang dewasa...
Mama Yan suka Upin & Ipin lagi...
Untuk anak anak...bestlah Boboiboy lagi...

Kali ni Mama Yan dan suami bawa anak anak ke TGV Bukit Indah.
Alhamdulillah..semuanya pandai jaga diri dan dengar cakap.
Seat kat TGV ni best sikit,
tak macam kat MBO Pulai Utama...
Kalau kat MBO Pulai Utama,
Anak anak kena dongak sebab seat dia landai...
Sarah rendah, Mama Yan siap kena pangku lagi..
Kalau tak..langsung tak nampak screen.
kat TGV ni... diorang boleh duduk selesa ...

tutup telinga sebab iklan cerita hantu 

Tengok movie ni sempena abang habis ujian pertengahan penggal kedua kat sekolah agama..
Siang malam Mama Yan paksa si abang hadap buku sekolah agama..
TV pun tak sempat jeling..
Dengan mama dia sekali tergendala kerja kat opis.
Sebagai upah abang yang dengar cakap mama,
bawalah tengok movie...
Adik adik semua tumpang sekaki la..

Lepas ni tunggu habis final exam pula..
Baru ada sesi tengok movie lagi ye anak anak...


Zaman sekarang dah tak pakai tiket tiket kertas tu,
Pakai scan barcode kat hp je...

Secara keseluruhan Mama Yan pun terhibur dengan Boboiboy the movie 2 ni..
Papa Zola, Pipi Zola, Gopal, dan Tok Kasa memang betul betul menghiburkan.
Watak Boboiboy memang membosankan sikit la...
Balik balik "Lepaskan aku!"
Lepas tu kawan kawan datang tolong...
Takpun dapat kuasa baru...

Susah nak dapat shot yang lawa, ada je masing2 punya perangai
Apapun..semoga team Animonsta Studio terus sukses dan berjaya menghasilkan lebih banyak filem animasi yang setanding dengan kualiti antarabangsa.
Kami anak beranak support filem animasi tempatan.


Anak anak asyik nyanyi
iam faya, iam watar...


"Fire & Water" (BoBoiBoy Movie 2 Theme Song) Performed by Faizal Tahir Produced by Faizal Tahir & Mage Composed by Faizal Tahir & Mage Lyrics by Faizal Tahir & Mage

LYRICS:

Oooh oh oh Oh oh oh oh (hey!) Ada masa ku mahu jadi biasa Ada masa ku mahu luar biasa Mahu ku jadi juara Mahu ku berjaya Kata orang hidup biar berjasa Dunia ini hanya sementara Berani hadapi semua Harus kau percaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Terus ikut cahaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Pasti sampai ke sana * CHORUS I’m fire And I’m water Kau memberi ku kuasa I’m earth And I’m nature Kau membuat ku rasa Oooh oh oh Oh oh oh oh Boy oh boy oh boy oh boy Jangan mudah mengalah (oh!) Gagal bukan alasan putus asa Menang bukan untuk mendabik dada Saat ku hilang arah Kaulah adiwira Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Terus ikut cahaya Ku cuba dan cuba ku tak putus asa Pasti sampai ke sana * REPEAT CHORUS I’m rising up I feel it now I’ll never let you down I’m rising up I feel it now I’ll keep you safe and sound Ku berikan segalanya Mengharungi semuanya Woah oh!! (2x) I’m fire And I’m water Kau memberi ku kuasa I’m earth And I’m nature Kau membuat ku rasa (yeah!) * REPEAT CHORUS Oooh oh oh Oh oh oh oh Boy oh boy oh boy oh boy Jatuh bukannya kalah (oh!) I’m fire And I’m water

12 comments:

Dilah said...

Memang best cerita boboiboy ni.. kitorang pun baru tengok hari sabtu lepas.. langsung x tido budak2 ni tengok movie..

I am LZ said...

Tentu seronok diaorang dapat tengok movie filem kegemaran..
LZ masih belum berkesempatan masih dalam perancangan..

Sis Lin said...

Kita yang dewasa ni pun rasa teruja gak nk pergi tengok ni Mama Yan heheheh...tengah tggu cari geng ni heheheh

AzianKhalil said...

Dilah> memang terhibur lah...paling best watak Tok kasa kot...
LZ> Marilah kita menyokokng produk tempatan..jom tgk boboiboy
Sis Lin> Ajak dak Sunah tu..hihihi

norhidana said...

ramai dah org duk cite psal nengok movie nih, harapnya sempat la bawak si aiyan pegi tengok...
mesti dia seronok...

ray said...

ray x dpt tgk lg

Warisan Petani said...

Seronoklah mereka dapat menonton Boboiboy

ShirVen said...

Bestnya tgk wyg reramai dgn anak2 tambah2 lagi diorg behave. Aku pun lately ,mmg layan wyg cerita cartoon saja, ikutkan anak tpi tg boiboi ni dia cam tak bminat, so aku pun kurang minat, diam2 je lah 😁

Mrs. A said...

Anak-anak bawah umur memang seronoklah kot dapat tengok Boboi boy ni...
Dengar kat news tadi movie ni dah collect banyak juta jugak maknanya bestlah citer ni ya

Suria Amanda said...

Anak dara SA berzikir kat telinga nak tgok citer ni...elo..umur dah 15 tahun bulan depan nak tgok boboiboy...agak2 la kan...

Sunah Sakura said...

hahahah iam faya iam watar katanyaaaa 🤣🤣🤣

adianiez AIDA said...

terbaik, kan.
anak2 aida tgk 2 kali.
then ijat ajak juga sekali lagi tau.
takde makna nyer...
sebab yg 2nd time, ayah & kakak2 nyer tido.
ijat sorang yg layan movie tu.
unless ler ijat boleh gi sensorang :) ha ha ha ha...

Klik! Klik!

Post Terhangat