Friday, August 2, 2019

Surat merah yang mendebarkan

Last week Mama Yan dapat surat merah...
Berdebar nak buka sampul surat lawyer guna kertas merah ni tau...

Lepas baca tu...
Macam confuse la pulakk...
Macam mana seketul lori yang besar boleh melepas palang tol tanpa bayaran?
Macam tak logik...
Lagipun...
Budak lori Mama Yan kan Mama Yan bagi duit intuk reload touch & go...
Dah kenapa pulak dia nak langgar tol.


Mama Yan call la pejabat lawyer tu untuk tanya...
Betul betul confuse masa tu.. 
Siap tanya budak lori...kot kot dia ada kena saman kat hiway....
Suami Mama Yan lagi best...
"Ala ...scammer tu..."
Kannn....
Orang lelaki malas nak semak semak otak dengan benda remeh temeh...
Mama Yan ni dah tak lalu makan dah dapat surat merah...
Tapi tetap la habis sepinggan...
Kahkahkah...

Lepas call pejabat lawyer...
Lawyer kata kena pergi pejabat PLUS yang terdekat...
Hmmm...
Macam pelik la pulak...kena pergi dan tanya sendiri kat PLUS.
Ceh..tak membantu

Ahh..payah payah Google je nombor telefon PLUS...
Kita cerita la apa masalahnya...
Lepas tu...dia sambungkan kepada pegawai yang in charge.

Lepas bercakap dengan pegawai dari bahagian Tol PLUS tu...
Dia minta alamat emel untuk dia send surat yang berkaitan.
Petang sikit tu...baru la dapat emel tu...
Panas henpon kejap kejap cek email...kejap kejap celk email...
Dia bagi surat tuntutan...
Dan salinan gambar ketika kesalahan dilakukan...

Aiyakkk...
Ni bukan lori kami ni...
Lori klon agaknya ni...
Nombor pendaftaran je sama...
Rupa, bentuk dan pemilik tak sama,
Patutla dengan berani dan senang hati je dia buat kesalahan...
Dia yang buat perangai hantu...surat saman sampai kat orang lain.

Salinan gambar bukti kesalahan


Lepas tu, Mama Yan minta staf pergi buat police report.
Sekarang ni Mama Yan dah bagi gambar lori, salinan geran dan salinan laporan polis pada pihak PLUS.
Tunggu aje lah...
Mudah mudahan selesai dan takde apa apa lagilah lepas ni.



Ni lori yang dikambinghitamkan

14 comments:

Cik Suerin said...

Huishh tak guna punya penyangak lori klon.....nasib baik Mama Yan tak terus bayar saman tu dan siasat dulu..😓

Abam Kie said...

apa2 hal kena buat laporan polis dulu agar siasatan boleh diteruskan.

Sheila Arshad said...

lori tu guna plat no. yg sama ke camna?

AzianKhalil said...

Lori tu sama nombor plat dengan lori kami.

hayati suki said...

macam-macam cara sekarang ni kan kalo bab nak kenakan org..tak baik sungguh penipu lagu ni

norhidana said...

mmg seram la dpt surat merah2 ni kan...
nasib la zmn moden ni semua mudah nk dpt bukti, ada cctv atau kamera di mana2... idok la buta2 kita di tuduh ngn kene bayar saman...

Farhana Jafri said...

wahhh dashat! Nasib kak yan tak ikut kata suami pasal scammer tu. Kita ni orang perempuan kalau dapat notis memang menggelupur. Tak tenang selagi tak settle. Bahaya jugak main plat curi ni ea

Warisan Petani said...

Macam2 cara mereka buat sekarang.

Tengku Sofia said...

Ya Allah. Takutnya.

IRDINA said...

beraninya dorang ambil nombor plat org lain. harap pihak berkuasa ambil tindakan secepat mungkin

Sunah Sakura said...

mak ai..beraninya diorang buat no plat palsu..malas la tu nak daftar kenderaan..macam ni pun hadoooo

ShirVen said...

Makin berani org sekarang. Harap semua urusan dipermudahkan yea sis.

Sha Mohamed said...

Hamboi.. kemain sungguh dia buat jenayah guna hak orang lain.. Bagus juga mama yan amik tahu pasal surat merah tu.. Kalau tak lagi naya..
Harapnya semua urusan mama yan dipermudahkan.. dapatlah tangkap si klon tu..

adianiez AIDA said...

bonded tu.
ada la tu angkut brg larangan.
if not takkan kelam kabut sampai langgar palang!
kami biasa jumpa bonded yg guna plat palsu.
aduhai.

Klik! Klik!

Post Terhangat