Tuesday, October 15, 2019

Bubur Kacang...

Ini dua biji kelapa abah bagi masa balik Raub...
Tiap kali balik mesti bagi kelapa..
Mama Yan pulak,
Asyik lupa + malas nak gi hantar kedai nak parut.
Kat rumah Mama Yan takde mesin parut kelapa.
Kali ni...sebab takut terlupa,
bawa kelapa masuk kereta siap-siap...
duduk sebelah Mama Yan diam diam ye...
(pernah sekali ada sebiji yang dah cambah pucuk baru teringat)

Mohon buat tak nampak warna seat kereta yang dah berlumut berkulat tu
Lepas dah berjaya hantar parut kat kedai..
Tak tahu nak masak apa pulak...
last last masak bubur kacang..
Sebelum kacang hijau bertukar jadi tepung baikla kita masak...
Kali ni Mama Yan masak bubur kacang hijau guna gula kabung abah bagi...
Yela...
sikit hari lagi..
Gula kabung dalam peti ais tu boleh jadi batu...
lupa lak nak rakam kegigihan MY memecahkan gula kabung tu...
hahaha
Mama Yan masak guna periuk Noxxa..
dah berhabuk dah Periuk Noxxa MY ni..
Lama tak guna.
Untuk buat bubuk kacang hijau memang senang kalau gunakan Periuk tekanan ni...

Masuk kacang dan air dalam periuk,
Tutup periuk.
Setkan "high pressure" 20 minit.
dah keluar bunyi tanda dah cukup 20 minit tu..
Lepaskan dulu tekanannya...
Dah habis semua tekanan keluar,
Buka penutup.

Masa ni...MY masukkan santan dan gula dan secubit garam
Setkan kepada mode "stir fry"
Kacau kacau kacau...
bila semua gula dah larut dan santan dah masak...
Santan tak boleh masak lama lama sangat...
nanti dia pecah minyak...
Jangan lupa tutup suis karennya..
atau kalau nak bagi dia sentiasa panas..
Setkan mode "keep warm"

Tiap tiap petang hujan kat JB ni...
So, memang ngam la makan bubur kacang panas panas...
Kalau bubur kacang, ada yang suka letak sagu, 
ada yg suka letak durian juga kann...
Yang membaca blog MY hari ni...
Suka letak apa?

Lama juga la nak larutkan gula kabung tu...hahaha


11 comments:

mama tisya said...

lama tk mkn bubur kacang

Suria Amanda said...

Lama giler SA x makan bubur kacang..x leh makan dah sebab angin..

norhidana said...

gelak besar membayangkn kelapa yang dh siap tumbuh pucuk tu... terus tanam jelah mama yan kot2 hidup pokok kelapanya kan

sedapnya bubur kacang, boh durian sedap naw rasanya lemak2 terasa gitu

Sheila Arshad said...

napa cakap pasal seat tu? beriya ammi selak buah kelapa tu nak tgk rupa paras seat tadi ahhahah..

AtieYusof said...

Sedapnya lah hai.. suka bubur kacang ni.. nak masak pun senang kan..
Salam kenal singgah follow sini :)

Warisan Petani said...

Suka yang ada letak durian.
Simpan dalam peti ais beku
Dah keras baru kerkah

Orchid Puteh said...

Kecik-kecik dulu saya suka betul bubur kacang hijau ni. Bila dah masuk umur banyak ni.. sikit pun tak boleh habiskan... sob! sob! sob!

ShirVen said...

dari dulu hingga sekarang masih suka bubur ni, campur jagung dlm tin lagi umpph

Sunah Sakura said...

kita suka kosong gitu aje...kadang2 letak jagung dalam tin...hihiihi

Fiza Rahman said...

Memang senang pakai noxxa. Rasa macam nak buat bubur kacang je balik ni ☺

Sha Mohamed said...

Sedapnya makan bubur kacang time hujan-hujan nie mama yan..

Klik! Klik!

Post Terhangat