Beli novel terpakai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 26, 2020

Beli novel terpakai

Beginilah ye...
Aktiviti musim PKP...
Sebab terperangkap kat rumah mentua kan hari tu...
Boleh buat apa aje kat rumah orang...
Kalau rumah sendiri lain lah..
Banyak je benda boleh buat dan kena buat

Novel terpakai ni Mama Yan beli kat Carousell.
Semua buku² tu RM100 termasuk postage.
Tak kisah lah berapa harganya...
Sebab dah lama cari buku tajuk Kesturi tu...
Pernah baca dulu dulu zaman buat degree dulu tu...
Ni saja terasa nak baca balik semula...
Tapi tak payah buat review la buku buku ni semua...
Sebab dah takde di pasaran kot...

Sekitar 1990an dan awal tahun 2000,
Novel novel yang dihasilkan Creative Enterprise banyak jenis-jenis novel yang lebih puitis bahasanya...
Masa ni, Alaf 21 belum ada..
Lepas wujudnya Alaf 21, 
Creative Enterprise pun mula malap...
Hmmm...sayang betul... 
Kat manalah penulis penulis hebat tu pergi agaknya ye...

Mama Yan dah khatam dah semua novel novel yang dibeli ni.
Hahaha...laju betul membaca..
Jom kita go thru satu persatu senarai novel yang dibeli ni

Tajuk : Kesturi
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Cetakan Pertama : 2001
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd

Tajuk: Salam Terakhir
Penulis : Sazlina Sulaiman
Cetakan pertama: 2003
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk : Kurindu Kau Yang Hilang
Penulis: Maizura Mohd. Ederis
Cetakan pertama: 2001
Terbitan : Creative Enterprise

Tajuk : Asmara Yang Pertama
Penulis : Nass Alina Noah
Cetakan pertama : 2005
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Ranting-ranting Patah
Penulis: Mokhtar Yusof
Cetakan Pertama : 1994
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Titis-titis Gerimis
Penulis: Rozita Mohd Noor
Cetakan Pertama : 1996
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Gelora
Penulis : Nor Rozita Osman
Cetakan pertama: 2000
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Ada juga satu buku sesat .. "Buku Wang Saku" ilustrasi oleh Dato Lat.

Lepas ni boleh la beli lagi buku buku terpakai kat Carousel. Hihihi...




1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad