I will follow youuu....

Thursday, May 28, 2020

Lontong Goreng Raya Ke 3




Menu raya ke tiga kelmarin...
Lontong gorenglah kononnya...
Tapi sebenarnya...
Ketupat tak habis tapi rendang dan kuah  lodeh dah habis...
Sambal kacangnya...
Tertinggal dalam peti ais rumah mentua..
 Nak masak kuah macam tak rajin...
Apa yg ada ajelah...

Pagi kelmarin buat sarapan nasi lemak...
Ada lebih sambal tu...
Boleh la layan dengan ketupat frozen..hahaha

Lontong Goreng versi Raya PKP.


Bahan bahan:

2 sudu penuh sambal tumis tak habis
Sebiji telur
4 biji ketupat mini potong 4
Sedikit sayur seperti tauge & kangkung
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:

1. Letak sedikit minyak dalam kuali
2. Masukkan sambal tumis dan kacau²
3. Pecahkan telur .. kacau² lagi sampai telur hancur
4. Masukkan ketupat...kacau²
5. Masukkan sayur² &
Kacau secukup selera
6. Angkat dan isi dalam pinggan dan bolehlah dimakan ketika lapar..


Cuma... kalau nak upload kat media sosial...
Pastikan guna pinggan kaca atau seramik.
Jangan pakai pinggan plastik atau melamin walaupun pinggan plastik kita tu harga RM25 sebiji.
Nanti kena sound dek pejuang pejuang kesihatan...
Tak sihat tau pakai pinggan plastik ni...
Maklumla...
Kat kantin sekolah diaorang dulu pakai Corelle.
Hahahha.. gurau ok...gurau...

Memang dalam hati teringin juga nak pakai pinggan kaca...
Tapi anak 6 orang, kecik kecik ni...
Mampukah Mama Yan nak urus nanti...
Bukanlah sayang pinggan dari sayang anak...
Kalau pecah tak bahaya ke?
Pinggan kaca tu kalau pecah...
Pecahnya macam mana?
Jenis berkecai ke....jenis berkeping keping..?

Sebab kalau cawan dan gelas kaca kat rumah MY ni...
Jenis berderai jadi debu habis kalau pecah...
Kena sedut dengan vakum terus...
Sekarang...
Sebijik pun dah takde gelas kaca untuk pakai harian..habis dah pecah...hahaha
Memang jenis tangan tak berbedung masing2...
Kot la pinggan mangkuk mahal tak pecah berkecai...ok lah...
Senang nak kutip buang...
Yang tinggal cuma beberapa biji gelas raya je...
Tunggu tetamu datang...  
Baru hidang guna gelas kaca...

Oklah..
MY nak ronda ronda sambil screen shopping di Shopee, gochop, dan wowchop...
Cari pinggan mangkuk mahal....

Wassalam


5 comments:

norhidana said...

Nanpak mcm boh kuah kacang je nasi impit goreng tu, dana kt umah pakai melamin je... mug je yg kaca kslau pinggan tu risau la si aiyan tu, selalu pegang pinggan pun hujung2 jari je...

NA said...

Singgah rasa. Ok juga nasi impit tu dibuat goreng.

shima jelani said...

Tercari-cari jugak cara nak buat nasi impit goreng sebab ada lebihan ketupat kat umah ini. Terima kasih MY sebab kongsi resepi:)

ct cheery said...

Hehe bijak-bijak...bagus tak membazir Kan.good sharing sis

mamapp said...

Sedapnya.. mm nk buat aritu tapi Nasi impit dah nak abis da

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular