Selamat Datang H - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 1, 2020

Selamat Datang H

 Lepas dah fikir banyak banyak kali... Mama Yan dan suami beli juga kereta lain menggantikan bagi menggantikan Grand Livina yang telah lebih berkhidmat kira kira 7 tahun bersama kami. Lepas ni Grand Livina akan jadi kereta opis. Untuk staf pakai pergi ke hulu ke hilir. Jimat la sikit mileage claim. Hahaha...

Walaupun  GL TU dengan kami 7 tahun, tapi usia sebenar dia 11 tahun. Sebab kami beli kereta 2nd je masa tu. Walaupun 2nd, tapi performance dia memang tip top. Memang tak rugi langsung memilikinya, maintenance dia cuma servis dan tukar bateri je. Eh...ada la sekali tukar filter aircond. Dan sekali arm link ke apa entah. Masa tu stereng dia asyik nak ke kiri je. Tu masa lepas abang ipar (sekarang bekas)  pinjam kereta nak pergi reunion kat Desaru. Masa pulang kereta, stereng dah kero. Dasar jantan tagune mmg camtu. Masa ambik tip top, bila pulang dah tak sedap bawa. Hantar repair makan ribu riban jugak la, rim kemek, aligment lari, arm link ke hapa crack.. macam langgar lubang besar. Eh...ke lain dah pula perginya. Move on Azian...move on. 


Baru je habis bayar ansuran Grand Livina hari tu... dah sambung bayar Mr. H ni pulak. Kereta zaman sekarang lain macam betul. Main picit picit  dan automatik. 


Ni butang start. Cara nak start, tekan brake dan tekan button engine start ni. Kalau nak matikan enjin pun, tekan aje button ni semula. 


Ni pula handbrake dia. Tapi dah boleh tukar nama finger brake la pulak. Sebab pakai tekan 1 jari je.  

Yang lain lain tak sempat explore lagi. Baru bawa dekat dekat je, hantar dan ambil anak sekolah je. Belum test power lagi la kiranya. 

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang telah Allah berikan. Sesungguhnya entry ni takde secalit pun niat nak menunjuk. Sekadar berkongsi dan mencatat memori. Lagipun yang baca tak berapa kerat sangat kann... 

Bila la unifi ni datang pasang. Payah nau nak buat kerja kat komputer. 


8 comments:

  1. Alhamdulillah kereta baru.
    Wah semua di hujung mari. Saya belum pernah guna brek di tangan. Kekok tak?

    ReplyDelete
  2. nak move on tu boleh..tapi bila teringat tu geram je kan.

    selamat berkereta baru MY

    ReplyDelete
  3. wahh best kereta baru....
    memang tak boleh move on betul tu, boleh ingat tu segala kerosakan yang dilakukan... itulah kadang risau nk pinjamkan kereta kt sedara mara

    ReplyDelete
  4. Tahniah dapat kereta baru.. Kalau tak eksiden tu, tak dapat Honda baru tu. kan??Hahah..

    Tapi memnag sepanjang guna GL tak de buat hal pun dia. Setakat ni tukar bateri dan filter ekon juga. sama macam keta yan.

    Dulu pakai waja, tak tahu cemana kami boleh bertahan sampai 5 tahun guna waja tu.Masalah banyak.

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Selamat datang H...moga lebih selesa bersama H.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad