Acar Jelatah

Ni dah beberapa minggu lepas punya menu sebenarnya ni...
Masa ni Mama Yan masak nasi minyak..
Lauk ayam masak merah untuk orang dewasa... dan ayam goreng untuk kanak kanak...
Buat acar darat sikit untuk layan.
Ada orang panggil acar jelatah,
Ada orang panggil acar darat,
Ada gak yang panggil acar timun...

Ni kali pertama la Mama Yan buat acar macam ni...
Tak berapa banyak blog Mama Yan buka untuk cari resepi...hahaha
Dalam pada tu,
Boleh pulak lupa beli nanas. 
Jadi acar MY ni takde la letak nanas.
Yang sentiasa ada kat rumah buah epal,
Jadi epal pun boleh lahh

Resepi Acar Jelatah Epal

- 1 batang timun
- 1 batang lobak merah
- 1 biji epal
- 1 labu bawang merah
- 3 tangkai cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar cuka makan
- garam & gula ikut selera

Cara cara membuatnya:
Hiris nipis dan halus semua bahan bahan ikut selera masing masing
Gaul dengan garam, gula dan cuka
Siap untuk dihidangkan




Sedap juga gantikan tempat nanas dengan epal,
tapi sesuai untuk makan dengan famili ajelah
aje larap buat kenduri nak guna epal yang sedap tu... 
Tapi tu lah...
makanan gaul atas darat ni tak tahan lama..
sekejap je.
buat pagi tahan sampai petang je..
malam dah rosak biasanya..

dari sehari ke sehari nak up kat blog,
Tapi entah kenapa tak berdaya...
nasib baik boleh ingat lagi sikit sikit resepinya...
baru ni ada mood nak menulis..
Ini pun sambil tengok drama Korea kat Netflix..
Ah sudahhh...
tersangkut kat drama Korea pulakkk...
Harap harap tak berpanjangan lah...
cuma jangan mulakan dengan drama baru je... kang tersangkut lagi hihihi


 

7 Comments

  1. Wah.. sedap eh bubuh epal.. bolehlah Sha cuba sebab tak boleh nak makan nanas kan..

    ReplyDelete
  2. saya pernah ganti nenas dengan epal masak buat siakap tiga rasa, sedap jugak kan epal ni dibuat masak haha

    ReplyDelete
  3. Sedap ratah-ratah jelatah epal ni.

    ReplyDelete
  4. teringin pulak nak buat nasi minyak lepas baca entri akak ni..da lama tak buat

    ReplyDelete
  5. Nasi minyak lagi sedap kalau ada jelatah. Tak ada jelatah memang kureng sikit kan. tak pernah lagi guna epal, menarik juga tu untuk dicuba.

    ReplyDelete
  6. Oh boleh guna epal juga ye. Nice!

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)