Random photo

Kita try la buat entry random photo sebab takde idea nak menulis panjang panjang.
letak satu gambar...cerita sikit pasal gambar..
sudahhh...


Gambar pertama dalam entry hari ni...
yeay... cute pendant untuk kak Sarah..
Cuti cuti sekolah ni..
boleh la nak bagi anak melaram dengan barang kemas sikit...
Rantainya pakai rantai mama dia masa kecik dulu..
Sayang nak trade in..
Sebab arwah tok ki yang belikan MY.
Perturunkanlah kat satu satunya anak perempuan yang ada ni...
Harga sebiji buah rantai ni RM487, berat 1.36gram.
Itu je lah yang mama dgn ayah mampu ye sayang..
Kalau nak yang besar rupa bola golf tu, 
besar nanti kerja rajin rajin,
cari duit beli sendiri.


Gambar kedua,
Sarapan pagi yang dibuat dengan bantuan anak kembar Mama Yan.
Mama Yan rebus sosejnya dan sejukkan.
Mursyeed gelek roti bagi nipis,
Sarah gulung roti dengan sosej,
siap taruk cheese sekali.
Sekeping cheese tu Mama Yan potong 3..
Taknak la cheese banyak2...
buat penambah rasa je..
lepas dah siap digulung budak berdua tu,
Celup dalam bancuhan tepung bistari dan gorenggg...
Sedapla untuk budak budak...
Mak budak dah takde selera nak makan macam ni..


Telefon talian tetap beli kat Shopee.
Nak kena ada dua telefon,
Satu tingkat atas,
satu tingkat bawah.
Kualiti so-so aje..
Janji boleh dengar suara sudah

Ni meja kecik untuk letak telefon yang kat atas tadi tu..
Tapi sampai sekarang,
belum berjaya turunkan telefon dan wayarnya dari tingkat atas.
Ye..
Perancangan memang selalunya agak poyo..
perlaksanaannya...zero

Ni memang orang takde kerja punya kerja.
Sampai puncher pun nak ada blink blink.


Ni beg isi barang mekap Mama Yan.
Ada sikit je isinya...
Maklumla.. saya budak baru belajar..
Ada ke patut suami MY tanya "beg menda corak macam coli ni?"
Haishhh...


Ni sandal baru Mama Yan.
sebenarnya, bila kita lahir dari keluarga yang sederhana...
kita akan terikut dengan cara hidup sederhana yang telah diterapkan.
Mama Yan cuma ada 1 sandal sahaja pada satu satu masa.
Yang lama dah terkopek kopek dan tak selesa lagi dipakai.
So, belilah satu yang baru yang selesa sikit.
Kasut kasut lain tu adalah..
Ikut kegunaan dan tempat...
Harga RM135 beli kat Scholl kat JPO.


Ni Mama Yan beli barang Young Living lagi.
Saja la nak try household cleaner dia tu.
Malas nak guna dettol sebab bau hospital.
Pakai pencuci biasa tu bila lap lap berbuih buih dan licin sangat.
Biasa benda organik dan natural ni kurang buih sikit.
Beli juga essential oil Lavendar, Pepeermint dan Aroma Siez.

Ini jelah gambar gambar yang sesuai untuk dikongsi bersama dalam blog ni setakat ni.
Nampak sangat kan... entry sekadar jangan tidak aje...
Hahaha...

Sekian, wassalam




 

11 Comments

  1. Menarik perkongsian melalui gambar. Gambar juadah sarapan tu masyaAllah sedapnya. Berkeroncong perut.

    Eza follow sini ya, blog eza baru sehari. Jemput datang melawat kawasan, https://paejahbebels.blogspot.com/.

    Salam kenalan.

    ReplyDelete
  2. Lebih tertarik dgn gambar first kihkihkih. Owh baru taw harga Benda alah tu..kecik jer tapi boleh tahan harganya.

    ReplyDelete
  3. hahahha corak coli katanyaaa...adeiii

    ReplyDelete
  4. wak baru je potong talian telefon tu sbb semua kerabat dh pakai henfon.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  5. Samalah kita MY... Sandal, selipar, kasut serba satu je. Pakai sampai rosak baru ganti...

    ReplyDelete
  6. Sabtu ahad harus entri ringkas jer, hehe.
    Beg mekap macam MY tu akk pun ada satu , kawan bagi,tapi tak tau nak isi apa sbb bukan kaki mekap takde alat mekap la

    ReplyDelete
  7. Gelak sorang-sorang tengok puncher blink-blink tu. Kreatif orangnya yg katanya tak ada kerja cari kerja tu.

    ReplyDelete
  8. Ha aa lah, wak sependapat dengan en asben MY pasal beg mekap tu.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga ceritanya kak yan bila dirandomkan. Lama tak ke habib. Cantik pendant tu kak. Seram nak membeli emas sekarang, harga mahal. huhu
    Bagus ramai pembantu kat dapur. cepat kerja masak. Sedap roti gulung sosej letak cheese.
    Tengok YL, saya pun nak topup EO yang dah nak habis ni.

    ReplyDelete
  10. Sha pun beli kat shopee je telefon cam akak tu.. senang nak berhubung dengan anak-anak yang duduk dekat rumah..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)