Wujud Lagi Ke? Part 6 :Makan pakai tangan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 1, 2021

Wujud Lagi Ke? Part 6 :Makan pakai tangan

FB_IMG_1626790959993

Apa entah punya soalan kann...
wujud dan berlambak lambak..
Bukan kat rumah je..
Kat restoran pun berlambak perempuan makan pakai tangan.

Mama Yan pun makan nasi pakai tangan kalau kat rumah.
Tapi kalau di restoran dan kedai makan,
selalu pakai sudu garpu...
Kat kedai letak sabun basuh tangan cair sangat,
sampai tak berbuih pun,
Rasa ragu ragu pula nak makan nasi guna tangan yang tak dicuci sempurna ni..
Hahaha...

Sebenarnya,
Mama Yan pandai makan nasi guna sudu garpu sejak belajar kat U,
Cafe kat U Mama Yan tu,
Sinki basuh tangannya asyikla tersumbat,
Sampai air melimpah keluar sinki kadang tu tau...
Dah la banyak sinki yang takde air,
Yang air tersumbat pula,
Sejak tu memang selalu pakai sudu garpu.

Mula mula memang la kekok..
Kita orang kampung kan..
Makan mi goreng pandaila pakai sudu garpu..
Tapi makan nasi dengan lauk..
Terkial kial...
Hari hari ambil lauk telur goreng dengan kuah  je..
Takut nak makan ayam dengan sudu garpu.
kot terpelanting keluar pinggan pulak.
Lagipun..
Masa awal awal tu,
PTPTN belum masuk,
Kena la berjimat cermat sikit.
Tu antara sebab juga kenapa hampir hari hari makan telur goreng.
hihihi

Dalam keadaan biasa,
selalunya MY akan makan guna tangan je..
Tapi kalau baru balik dari kebun,
walaupun dah cuci tangan,
MY tetap akan guna sudu...
Faktornya..
Terbayang bayang kot kot ada telur cacing melekat kat celah jari atau kuku...
Lepas tu telur tu nanti menetas dalam perut...
Hahaha...
sejenis berlebih lebihan dalam berfikir..
So lepas balik dari kebun,
Memang makan pakai sudu garpu.
Next day baru boleh makan pakai tangan.

So..
Selalunya kat rumah...
Korangs semua makan pakai tangan ke sudu garpu?


20190217_094316
Rindu nak makan kat luar...






 

17 comments:

  1. Retna-crop

    Aha la kan.. Apa punya soalan la ni.. Makan nasi berlauk sedap lagi pakai tangan kan.. Even makan laksa joho pun masih guna tangan

    ReplyDelete
  2. DP%252520Blog

    Soalan apakah??? Haha..mestilah guna tangan. Baru feel. makan guna sudu garpu pun ikut jenis makanan dan keadaan juga. Sudu garpu kat restaurant wajib lap dulu dengan tisu sebelum guna :)

    ReplyDelete
  3. Kak%252BSeri
  4. ZYJPicy

    orang yg tnya soalan ni tak pernah jumpa orang makan nasi dengan tangan kot

    ReplyDelete
  5. Beautiful+pink+carnation+gambar+profile+PC

    Nikmat lain macam bila makan guna tangan.

    ReplyDelete
  6. FB_IMG_1545570899698

    Lebih suka makan dengan tangan. Berbanding sudu garpu . Kecuali makan berkuah macam bihun sup laksa itu perlu pakai sudu garpu lah kan. .

    ReplyDelete
  7. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Ada-ada saja nak garu hati orang hahahahaaa.... !

    ReplyDelete
  8. rayer%252520004-1

    Budaya orang melayu
    makan nasi guna tangan

    ReplyDelete
  9. IMG_20250331_091950

    Makan guna tangan nikmat rasanya daripada guna sudu kan

    ReplyDelete
  10. Untitled%252520design%252520%25283%2529

    betul tu... rindu nak makan kat kedai

    ReplyDelete
  11. 1482816570713

    Nasi memang makan guna nasi. Tp kalau makan nasi lemak feeling mcm mkn kat kedai makan guna sudu.. hehe

    ReplyDelete
  12. blogger_logo_round_35

    Tengok pada makanannya juga hehe...
    Kalau kat kedai, tengok pula sinkinya jauh ke dekat, bersih ke kotor ke tersumbat ke... songeh sikit la bab-bab ni sbb nak masuk mulut kan...

    ReplyDelete
  13. picture

    shida pula depend on apa nk mkn masa tu..kalau nasi kandar kena pkai tgan lah hahaha ^_^

    ReplyDelete
  14. IMG_20190922_214903

    Nanti dah boleh makan kat luar. Tak sabar kan

    ReplyDelete
  15. latest

    ada menu yg makan guna tgn lg bertmbah2 selera..guna sudu garfu ni kena tgk tmpt kdg2 kn

    ReplyDelete
  16. IMG20200314090021

    Haha 1 kepuasan kot mkn guna tgn..btw done follow #371

    ReplyDelete
  17. Wallpaper+ballons

    Hahaha soalan apakahhhhh? Lebih nikmat lagi makan pakai tangan tau!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad