Sarapan untuk pesakit diabetes - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 6, 2023

Sarapan untuk pesakit diabetes



Sejak sejak ada diabetes ni,
Kadang kadang nak makan apa pun dah tak bebas macam dulu.
Eh...tapi MY takde lah bebas sangat pun cara pemakanannya. 
Cuma, sejenis yang memang tak bersenam langsung.
Tu lah agaknya gula yang ada tu langsung tak digunakan..kihkihkih..
Lagipun, arwah datuk sebelah mak penghidap diabetes,
Mak Mama Yan pun penghidap diabetes juga.
Ditambah dengan tidak menjaga kesihatan, tentulah MY juga menghidap diabetes.
Kadang kadang pagi pagi tak tau nak makan apa.
Tak makan langsung kang,
Lapar pulak.
Makan kang, gulanya melambung pula.
Jadinya kenalah MY makan makanan yang tak manaikkan bacaan gula .

Jadi pagi ni MY makan telur hancur campur tauhu dan kobis.
atau nama glamournya,
Scrambled egg with tofu & cabbage.
Ada letak lobak merah juga,
Tapi sekadar memeriahkan warna aje.

MY makan ni dah pukul 11. 
Boleh kira macam 'brunch' lat kata orang sekarang.
Breakfast + Lunch.
Alhamdulillah,
sepinggan ni MY boleh habiskan dan kenyang sampai petang ye.



Resipi Telur hancur campur tauhu telur & sayur.


Bahan-bahannya :

2 biji telur
1 tiub tauhu telur
segenggam kobis yang dihiris
beberapa hirisan mancis lobak merah (tak letak takpe)

Cara membuatnya:

1. Basuh sayur kobis. Toskan dan hiris halus.
2. Hiris lobak merah macam batang mancis. 
3. Hancurkan tauhu telur
4. campur semua bahan bahan, kobis, lobal dan tauhu.
5. pecahkan pula telur, kacau sehingga semuanya sebati.
5. Panaskan minyak atas kuali, kemudian tuang bancuhan telur dan tauhu.
6. Kacau-kacau semasa telur di atas kuali supaya menjadi telur hancur.

Mula mula MY letak sebiji aje telur, Tapi macam tak ngam pula sikit sangat telurnya.

MY gunakan serbuk lada hitam Aji-Shio ni untuk tabur pada sedikit pada telur scrambled tu.
Tak letak banyak, sikit je.
MY juga penghidah darah tinggi kronik.
Kebanyakan masakan MY selalunya tawar tawar aje...
Ada rasa sikit sikit jadi lah kann..

Okay lepas ni nak cuba masak mi dan nasi konjac pula..
Tak tahu la boleh telak ke tidak...
hahaha






 

11 comments:

  1. Samalah kita MY. Saya pun ada darah tinggi dan kencing manis. Kena disiplin ambik ubat dan jaga pemakanan. Tapi kadang2 (selalu!) terbabas jugak. Bila duduk kat Malaysia, memang tak dapat nak lari dari makanan yang sedap2 huhu..

    ReplyDelete
  2. Sy risau juga dgn kesihatan selepas kahwin nie rasa berat badan naik dan makin hari makin letih.. huhu... Nak start jaga dari awal kahwin tp naik juga.. agaknya sebab hormon kot.. inipun belum check lagi gula darah mcm mana

    ReplyDelete
  3. leh geng jugak la ngan MA..dah start makan ubat ni, semua kena jaga.

    ReplyDelete
  4. Simple & mengenyangkan, okey ar..Nak masak pun senang je...

    ReplyDelete
  5. faktor keturunan pun salah satu punca kan Yan, semoga dipermudahkanNya jua buat Yan.. aamiin

    ReplyDelete
  6. Jgn skip ubat dan konsisten jaga mkn, insya allah... x boleh elak diabees ni kalau ada family history ada kencing manis... xpelah MY... enjoy life.. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. Okay la tu MY, bole kenyang makan telur je ... PH ni nak kena cari nasi je memanjang 😅

    ReplyDelete
  8. Simple je tapi mengenyangkan.. boleh cubanie kalau rajin..

    ReplyDelete
  9. Telur memang boleh mengenyangkan.

    ReplyDelete
  10. Mudah dan sedap. Bab makan ni banyak betul godaan. Semoga KakYan terus konsisten jaga makan dan diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...

    ReplyDelete
  11. kalau sy ganti dgn sayur lain boleh ke?

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad