Tea Corner Wanita Ikram Skudai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 27, 2023

Tea Corner Wanita Ikram Skudai


Pertubuhan IKRAM Malaysia ni sebenarnya sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO). 
Ikram ni ditubuhkan pada tahun 2009.
IKRAM juga merupakan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatain terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat Islam

Wanita IKRAM dan IKRAM Junior merupakan cabang dalam NGO tersebut.
2 minggu lepas Mama Yan berpeluang mengikuti slot Tea Corner yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM.
Tea Corner ni merupakan Program perkongsan ilmu secara berkala.
Jadi, ia diadakan setiap pagi Jumaat ke dua setiap bulan.

Tea Corner minggu tersebut merupakan Siri pertama Apa Itu Kesihatan Mental
Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah Dr. Adnan bin Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospritual Malaysia.
Kesihatan mental ni terlalu luas skopnya rupanya..
sama seperti kesihatan fizikal juga.
Banyak sangat jenis penyakit mental ni.
Dulu kita sebut semuanya gila.
Tapi ketahuilah, takde satu penyakit mental tu namanya gila.

Kami diterangkan tentang penyakit dan simptom simptom asasnya sahaja sebagai panduan.
Belum masuk bab mencegah dan menguruskan lagi.
InsyaAllah,
Kalau ada kelapangan, ruang peluang..
Ada lagi sambungan di siri yang seterusnya.


Oh ya...
Bila ibu ibu ada program,
Maka, Ikram Junior pun ada program juga.
Ini adalah kerana ramai ibu ibu tak dapat mengikuti program jika tiada yang menjaga anak di rumah.
Tetapi di IKRAM mengamalkan konsep angkut semua.
Anak anak yang dah 6 tahun hingga 12 tahun mengikuti kelas Sentuhan Selamat.
Manakala anak anak 6 tahun ke bawah,
ada play room dan penjaga disediakan.
Anak-anak bayi 2 tahun ke bawah,
berada dalam gendongan ibu.
Takde masalah.

Selepas selesai Mestilah ada sessi minum minum teh kan..
Kalau tak,
Takdelah namanya Tea Corner.

Alhamdulillah...
Terima kasih Wanita IKRAM Johor kerana penganjuran majlis ilmu yang sangat berguna.
Anak anak pun happy juga..
Dapat belajar tentang sentuhan selamat dengan lebih detail.
Di sini,
kelas diasingkan antara lelaki dan perempuan.
Jadi tenaga pengajar dan anak anak lebih mudah berinteraksi.
Suasana pun lebih santai tak macam dalam kelas.
Mudah mudahan lebih banyak program program ilmu secara santai begini diadakan.
Banyak sangat manfaatnya.






 

2 comments:

  1. Bagus juga ada event macam ni kan. Selamat Hari Raya Haji buat semua :)

    ReplyDelete
  2. Dulu hanya satu istilah 'gila', rupanya macam-macam jenis pula. Sekarang dunia semakin canggih, ilmu semakin berkembang jadi dapatlah kesan segala jenis penyakit fizikal dan mental melalui hasil kajian.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad