Sinopsis Drama Korea Dr.Cha - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, June 2, 2023

Sinopsis Drama Korea Dr.Cha

 Dah lama juga tak tengok drama Korea yang baru.
Dr. Cha ni yang paling baru la untuk Mama Yan tonton.
Drama Doctor Cha ni, bergenre komedi keluarga.
Ada part kelakar, ada part sedih juga.
Apapun, Mama Yan suka cerita ni sebab bukan jenis drama berat.
Dah tua tua ni,
Malas dah nak beratkan kepala,
Kita tengok drama sebagai hiburan,
untuk legakan tekanan,
bukan nak tambah beban..ye dak?
Tapi ikutlah kesukaan masing masing...

Barisan pelakon drama Dr. Cha ni ialah:

💓Uhm Jung-Hwa sebagai Cha Jung-suk. 
Dialah watak utama dalam drama ni. Dulu Dr. Cha ni berhenti jadi doktor untuk bagi perhatian kepada anak dan rumahtangga.
Selepas menjalani pembedahan hati, dia ambil keputusan untuk kembali jadi doktor.
Tapi kenalah repeat semula sebagai pelatih tahun 1.

💓Kim Byung-Chul sebagai Seo In-ho.
Dr, Seo ni suami Dr. Cha. Mereka berkahwin kerana hubungan satu malam yang menyebabkan Dc. Cha mengandung. Selepas berkahwin, Dr. Seo ni boleh pula curang dan berhubungan semula dengan bekas kekasihnya.

💓Myung Se-bin sebagai Choi Seung-hee.
Dia nilah ex-girlfriend Dr. Seo. Mereka juga kembali menjalinkan hubungan setelah Dr. Choi bekerja di tempat yang sama dengan Dr. Seo.

💓Min Woo-hyuk Sebagai Dr. Roy Kim
Doctor Roy Kim ni sebagai doktor yang merawat penyakit hati Dr. Cha. Nampak macam suka kat Dr. Cha, tapi macam tak sesuai la kut.


Mula mula masa Dr. Cha jadi doktor pelatih kat hospital yang sama dengan suami dan anaknya,
diorang semua rahsiakan hubungan diorang.
Dahla Dr. Cha asyik kena marah je masa buat kerja.

Lepas tu, bila dah kantoi persundalan antara Doktor Seo dan Doctor Choi,
si isteri mestilah nak minta cerai kan...
Suaminya tak nak pula.
Dah la merayu rayu..
Siap pengsan lagi bila isteri hantar surat tuntutan cerai.
Walaupun sepatutnya kita geram tengok cerita suami curang,
Tapi dalam cerita ni tak jadi nak geram.
kelakar adalah.

Kelakar masa ni..
Dah kantoi curang depan depan orang ramai,
Dia boleh terhendap hendap kat belakang tu nak larikan diri.

Dia bukan dari kalangan hero tampan Korea.
Asal berlakon, mesti dapat watak yang menyampahkan, 
watak yang annoying.
Tapi selalu berlakon dalam drama yang ranking tinggi di samping pelakon pelakon ternama Korea.

Di samping empat watak utama ni,
ada juga watak watak sampingan lain yang turun memberi kesan kepada jalan cerita.
Anak pasangan Dr. Cha bersama suaminya Dr. Seo berkawan dengan anak luar nikah Dr. Seo bersama Dc. Choi.
Mula mula berkawan, akhirnya bergaduh berebut ayah.

Anak sulung mereka, bercinta pula dengan doktor wanita yang merupakan pelatih tahun ketiga.
Doktor tu selalu marah Dr. Cha waktu kerja.
Bila dah kantoi selalu berkasar dengan bakal mak mentua,
Barulah terkeseng keseng.
Adan uke.
Kesimpulannya, jangan sombong dan eksen kepada sesiapa pun walaupun kita jauh lebih bijak pandai.
 
tinggal lagi dua episod je nak berakhir drama Dr. Cha ni,
Tak sabar nak tahu kesudahannya.
hihihi


 




4 comments:

  1. yezza.. x sabar nak tau ending nya.. bercerai ke tak? Doc Roy...mcm mana pulak?
    best la.. betul, cerita yg ringan, kelakar & x bosan ...
    happy weekend!!!

    ReplyDelete
  2. Mgu ni last epi.. agaknya dr cha pilih hati dpd siapalah agaknya

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu 2 episod lagi. Memang layan drama Dr. Cha ni. Dr. Seo watak yang tak boleh nak benci. Terpaling kelakar walaupun lelaki taguna..

    ReplyDelete
  4. mamat curang tu kalau dia ada mesti cerita jadi kelakar.. Tak tengok lagi drama nie..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad