Watsons Online - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 5, 2023

Watsons Online

Kat Pontian ni ada dua kedai Watsons, 
Tapi gatal juga tangan nak order guna apps Watsons.
Sekotak besar barang Watsons sampai.

Ini macam satu terapi juga kepada emak emak yang takde masa nak ke kedai.
Kadang-kadang malas nak masuk kedai dengan gerabak gerabak keretapi ni,
Elok nak beli barang penjagaan diri,
ehh... ada je yang biskut la,
air la,
coklat la...

Sebagai seorang isteri,
memang MY lah tukang beli toiletries untuk suami.
Suami MY memang tak rajin masuk bahagian personal care untuk membeli.
Jadi, beli apa pun dia sebat aje guna.
Deodarant Dashing tu,
sekarang dah ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja.
Dah kena ajar mereka untuk jaga kebersihan diri dan elak bau badan.
Tu yang beli sampai empat botol tu.
Harga sekotak tu yang ada botol tu RM 18.36

Beli la juga minyak wangi baru untuk suami.
Suami MY memang tak kisah jenama.
Tapi hidung dia pulak tak tahan beberapa jenis bau.
Jadi kalau yang MY beli tu suami MY tak boleh pakai,
dapatla kat anak anak dia.

         
Yang ni barang MY sendiri.
Tisu Watsons tu benda wajib top up.
Sebab kalau ke mana-mana,
"Mama, nak tisu"
Nak lap mulut, nak lap tangan, nak lap meja, kerusi, apa benda semua minta tisu kat mamanya.
Sebab tu lah tisu tak boleh putus stok.
WATSONS Pusheen the Cat Mini Hankies 3PlyX10SX20 ni harganya RM 6.65.
Berbaloi sebab MY dah lama pakai tisu ni.
Tisunya tebal dan bungkusannya tak mudah hancur dalam beg tangan.
Nanti MY review sikit.
Dia punya nanti tu, taktaulah bila zaman akan reviewnya...hahaha

Kemudian MY nak try guna Shokubutsu MOCHI HADA Glow Radiance Body Shower Lotion tu.
Untuk botol 525ml, harganya RM21.80.
Agak mahal...tapi boleh la...
bukan beli selalu...hahaha...
Nanti bila bila MY review sikit pasal sabun ni.

Beli juga body skrub jenama Watsons,
Harga sebenar skrub tu RM 16.50, tolak 5% ahli jadi RM 14.85.
Dan ada promosi buy one, free one.
Tu yang jadi ada dua tu.

Pencuci tangan WATSONS ROSE & ORCHID SCENTED GEL HAND WASH  tu,
Harganya RM 6.20.
Terasa nak mewangikan tangan pula.
Maklumlah..selama ni asyik beli sabun pencuci kat ecoshop tu.

ALIA Hand Sanitising Spray Euphoria 50ml tu ada promosi buy 1, free 1 juga.
Mama Yan masih lagi menggunakan hand sanitizer selepas keluar dari kedai dan pasar. 
Jadi kena lah tambah lagi stok sanitizer poket

             
Kami memang pengguna setia Shokubutsu.
Dah bertahun tahun lamanya.
Tapi tak pernah pun Shokubutsu ni nak bagi job kat Mama Yan. 
hahaha...
Harga sabun Shokubutsu tu RM 16.59
Kira satu pek 850gram tu harganya RM 8.30.
Mama Yan memang beli refill pack aje.
Biasalah.. anak ramai kan.
Rasa baru aje tuangkan dalam botol,
alih alih... 
"Mama...sabun habis"
Sehari berapa kali mandi kan...
Kali ajelah dengan isi rumahnya.

Sabun cuci lantai dan sabun basuh pinggan tu pula,
Saja gatal nak try test sebab ada promosi beli sabun lantai percuma sabun cuci pinggan.
Belum cuba pun lagi.

ni pun rasa nak ngoder lagi,
Anak anak lelaki nak minyak rambut yang bukan jenis krim,
Sarah nak shampoo,
Tapi ni rasanya tak order online la kut.
Pergi je beli kejap kat kedai.

 

11 comments:

  1. Ibu ni kalau tiap kali masuk watson ni risau satu benda je. Tak jumpa pintu nak keluar. Lupa jalan balik kata ayah. Hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu perkara biasa...habis semua ingredient pada botol shampoo tu nak dibaca. Belum pilih tone warna pondesen, bedak lipstik lagi

      Delete
  2. kalau beli online kadang dia macam fikir banyak benda juga sebelum ni, kalau pergi beli kat kedai risau rambang mata sampai terbeli benda yang tak plan pun nak beli..haha

    ReplyDelete
  3. mudahh skrg online je kan
    anak2 dara ciknur sukaaa la msk watson ni he hee

    ReplyDelete
  4. Adoii! gerabak keretapi ya hehheee... Mrs. A pun suka guna shokubutsu jugak rasanya dah sedekad jugaklah sebab mandianya tu tak melekit

    ReplyDelete
  5. Saya pun salah seorang yang bila masuk Watsons nak beli satu benda end up keluar dengan seplastik penuh barang-barang ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi beli online... nak masuk watson nti memborong pula haha

    ReplyDelete
  7. sama lah kita satu terapi bila masuk kat watson ni. sis okey je pi watson menyopping sbb sis tak ada gerabak keretapi..haha..tapi pernah lah juga sekali bawak anak buah, kena paw dengan dia..baru lah faham perasaan mak2 camne, elok2 nak beli barang kita je eh tetiber ada brg org lain gak...

    ReplyDelete
  8. Kadang beli online lagi cepat dari cari di pasaraya.. nak pilih dan bandingkan harga pun mudah.. Sha pengguna setia shokubutsu tu..

    ReplyDelete
  9. Banyak juga barang beli. Bagusnya beli dalam talian tidak payah angkat barang bawa balik. Hehe saya suka juga ke Watson's. Banyak belek vitamin dan makanan kesihatan

    ReplyDelete
  10. tuuu diaaaa bila dah shopping onlineeee

    watsons ni sy x leh nak shopping online sbb sy boleh jln kaki je nak ke sana๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad