Beli ikan di Nanyang Fish - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 6, 2023

Beli ikan di Nanyang Fish

20230729_133042
Ni ikan Oscar.
Mama Yan suka ikan oscar ni.
Kat rumah ada sekor.
Senang nak bagi makan.
apa pun dia bedal.
Tapi suami suruh bagi makan palet je.

20230729_133046
Lawa pulak White Oscar ni.
Nak beli,
Tapi, kalau letak dalam akurium yang sama,
Memang arwah rasanya.
Sebab Oscar yang kat rumah ni,
Asalnya suami beli 4 ekor,
Dalam masa 10 hari dah tinggal sekor aje.
3 lagi dah RIP.
ikan Oscar ni kuat bergaduh.
Tapi kat kedai ni elok pulak duduk dalam akurium tu beramai ramai.
Siap ada lain lain jenis...
Ada black oscar, ada tiger oscar dan white oscar sekali.

20230729_133307
Ni memang buat ramai orang jatuh cinta...
kecik kemetot gitu dah dekat RM satu hibu.
So tengok aje lah.

20230729_133351
Yang ni not for sale.
Tuan kedai punya.
Cantik sangat.

VideoCapture_20230731-213914
Notis:
Jangan SENTUH! Pihak syarikat tidak akan bertanggunjawab ke atas kemalangan dan kecederaan diakibatkan oleh pelangan sendiri. Terima kasih atas kejasama anda
Ni kolam ikan arapaima dan lagi satu jenis ikan yang besar tu, alligator gar kut namanya.

VideoCapture_20230731-214227
Yang ni lampam albino.
Dalam akuarium kat kedai,
semua nampak cantik.
terasa bagai diriku telah dijampi...

20230801_073853
hari tu menambah lah beberapa ekor butterfly koi.
Sebelum ni payah nak jumpa..
Bila datang tu jumpa,
terus la beli.
Stress betul dengan lumut kat kolam ni.
Airnya jernih, tapi dinding dengan lantai kolam berlumut.
Nampak hijau.
Sakit mata koi.
mata saya. bukan mata ikan koi tu..hahaha

20230801_081438


Alhamdulillah... Kami suami isteri ada minat yang lebih kurang sama.
Suka tanam pokok,
suka bela ikan,
suka kebun kebun,
suka tengok drama,
suka tengok movie.

Tapi ada juga yang dia suka tapi MY tak suka.
Contoh nya bersukan.
Hampir semua sukan kat sekolah suami MY pulun masa dia kat sekolah dulu.
Sekarang pun suami masih main badminton dengan kawan kawan.
Mama Yan? Satu mata pun tak pernah menyumbang kepada rumah sukan...hahaha...





 

10 comments:

  1. unnamed%252520%25282%2529

    waahhh syoknya bela ikan! saya & abg sulung pun suka juga bela hehe

    ReplyDelete
  2. rayer%252520004-1

    Sejak ada highway ni jarang2 singgah sini.
    Dulu2 masa duduk kulai suka singgah sini walau pun tenguk2 tak beli

    ReplyDelete
  3. logobaru

    best bela ikan... boring² stress² tenung je ikan dlm akuarium

    ReplyDelete
  4. 20190927_082126

    seronok ralit nengok ikan ni berenang kan, cantik je. Ikan oscar kt kedai tu dia tak gaduh lak ke MY tak boleh bela yg jantan je kang gaduhla, kene ada pasangan ke camno hehhhe... teringat kawan cerita kampung dia kat perak ada 1 sungai tu ramai org cari ikan kelisa, lps tu jual atau biakkan.

    ReplyDelete
  5. Untitled%252520design%252520%25283%2529

    Cantik ikan oscar tu. Saya sama dengan MY untuk ayat last sekali tu hehe

    ReplyDelete
  6. blogger_logo_round_35

    Kesian kat rumah sukan MY haha 😆

    ReplyDelete
  7. .com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3uFQx2ySgbyd1lDk4k_rLohJVZ0KpH6T1tCl89u57nzbH-v0KXlsUXtNNdx_x6E8FaJOUaqvUJpUuHY-R9ff_tKgHAGiP9OPKOzwhyhZhKQlhjZECdq_7vob9fU9-S60/s45-c/

    cantikkk ikan tu
    dulu adikipar bela , sukaaa la ktorg melawat umah dia tgk ikan2

    ReplyDelete
  8. DP%252520Blog

    Cantiklah corak ikan oscar tu. Mata merah pulak tu kan. Lain dari yang lain. Seronoknya rumah kakyan ada kolam ikan. Ikan koi tu suka tengok gak pelbagai corak.

    ReplyDelete
  9. nona-sani

    Baru tahu kewujudan ikan bernama Oscar..Cantik!!!! Terpegun jugak! Tapi saya dah takleh bela ikan..dulu bela pun mati kejap je...dalam 8 bulan dah mati ..Kesian...

    ReplyDelete
  10. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Rasatenang je bila tengok ikan berenang.. cantik-cantik ikannya..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad