Rumah Abang Jamil Batu Pahat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 12, 2025

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Hari Sabtu lepas,
MY dan suami ada menerima undangan majlis perkahwinan,
Majlis diadakan di Rumah Abang Jamil, Batu Pahat.
Kami sampai dah pukul 3.30 petang.
Anak anak pula tengah sedap sangat tidur dalam kereta,
Moq sorang je yang tak tidur, 
Tapi dia taknak turun…
Jadi MY turun berdua je dengan suami.

Rumah Abang Jamil ni terdapat di beberapa buah negeri lain juga ye, 
Bukan di Johor sahaja,
Terbaiklah…
Sebelum ni pernah perfi sekali yang di Larkin, agak sempit sedikit berbanding yang di Batu Pahat ni,


Dengan tirai putih,
Alas meja putih,
Kerusi kayu, 
Pintu kayu,
Banglo putih,
Nampak macam rumah mewah Abang Jamil dalam filem Madu Tiga.
Nampak eksklusif dan sangat cantik tau.
Walaupun bukan dewan berhawa dingin,
Tapi, agak selesa juga. 


Ni pemandangan sari meja tempat MY duduk dengan suami.
MY tak makan nasi pun.
Ambil dua potong kuih lapis dan segelas air je,
Suami makan nasi tapi ambil tak banyak pun.
Kami tak berlama-lama pun.
Sementara suami makan, MY pergi ambil gambar,
Lepas suami siap makan,
Terus salam salam tuan rumah.

Bestnya tengok orang kahwin majlis mewah macam ni… hahaha
Zaman MY kahwin dulu,
Tak mampu nak adakan majlis macam ni.
Seadanya sahaja.


Kalau teringin nak buat majlis kahwin kat sini,
Boleh scan qr code ni.
Suami MY dah mula dapat jemputan kahwin anak kawan kawan…
Pergi juga la tunjuk muka dan salam keruk…
Kalau tak pergi nanti,
Agak awkward pula bila bertenu di lain hari.

Semoga pengamtin berbahagia hingga ke syurga.
Gambar pengantin takde,
Gambar bapak pengantin pun takde…
Sekian, wassalam

 

6 comments:

  1. Dah namanya Abang Jamil, memang banyak rumah ahahaha...
    Kami pula anak kawan² belum ada yg kawin tapi jiran² biasanya yg jemput ke majlis anak masing²

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baharu buat kedua-dua mempelai.

    ReplyDelete
  3. Wah Rumah Abang Jamil dah sampai ke Batu Pahat.
    Alhamdulillah, moga berbahagia selamanya buat kedua pengantin.

    ReplyDelete
  4. Kat Seremban pun ada. Pernah pergi sekali, cantik view dan suasana pun santai je.

    ReplyDelete
  5. Rumah Abang Jamil ni semua konsep sama erk..kat Seremban oun sama sebijik x berubah..ye la satu company kot...Nia nak kahwin nati ingat nak buat kat situ la...tapi anak dara T20 tu x nak...x minat katanya...hahahhaah...mama dh berangan dah...

    ReplyDelete
  6. Oh banyak cabang yaaa. Dah beberapa kali ini saya terbaca ttg wedding di Rumah Abang Jamil. Unik memang namanya. Jadi mudah teringat 👍😁. Apalagi tempat pun memang bagus

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad