Masalah Mama Yan adalah lepas siap masak je rasa penat dan panas sangat.
Lepastu terus lupa nak placing makanan cantik cantik untuk ambil gambar.
Biasa teringat lepas dah siap makan.
Alahai tertekan betullah dengan perangai sendiri.
Hari tu, MY masak paru goreng kunyit.
Makanan simple aje.
tapi MY suka.
Anak anak pula, Aril dan Ucid aje yang suka paru ni.
Lepas siap makan nasi,
Ambil mangkuk,
letak paru goreng ni dalam mangkuk kemudian,
Makan jambal sambil tengok TV.
Diorang kata sedap sangat.
Bukan sebab MY masak sedap,
Tapi paru tu sendiri memang sedap.
Cuma MY tak selalu masak paru lembu ni.
Tiga bulan sekali la kut baru beli dan masak paru ni.
Kali ni MY takde la rasa nak letak resipi.
Dah pernah letak sebelum ni...
jemput klik tajuk biru di bawah ni:-
So kali ni paru goreng kunyit aje.
tak payah la beria nak resepi bagai.
Paru yang dah direbus sehingga empuk,
hiris nipis ikut kesukaan.
Kemudian gaul pula dengan garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar.
Kalau rajin boleh lah kisarkan kunyit hidup, biji ketumbar, serai, bawang putih..
Lagi sedap kut.
Hari tu Mama Yan tak berapa nak rajin.
Pakai aje apa serbuk yang ada.
Gaul gaul pakai sudu.
Nasib baik tak boleh gaul pakai niat.
Kemudian gorengkan dalam minyak panas.
MY guna api besar,
cepat sikit garing.
paru ni kan dah masak dan lembut kat dalamnya.
Nak bagi garing aje.
Letak jangan banyak penuh kuali sebab nanti dia mengembang masa goreng.
penuh kuali nanti nak garing payah tak kena minyak.
Dah sejuk nanti dia kecut semula
Inilah jelah baki yang ada selepas makan nasi tengah hari dan selepas diratah Ucid dan Aril bermangkuk-mangkuk.
Lupa betul nak snap gambar lawa-lawa.
Masa teringat dah tinggal seco'et benar.
Takpelah... janji ada bukti masak sendiri.
Bukan entry ciplak okay.
Kita tak main ciplak entry orang lepastu mengaku sendiri yang masak,
hina dina sangat tau kelaku macam tu.
Takdela cakap kat siapa-siapa,
Cuma peringatan untuk diri sendiri aje.
Okaylah sebelum mengarut lebih lanjut lagi,
Marilah kita muhasabah diri sendiri..
Sekian, wassalam
ratah begitu pn sodap...tk suka yg terlampau garing..suka yg lembut2 sederhana bila goreng
ReplyDeletegoreng biasa pun banyak betul tips kak yan bagi dalam ni. thank you share hehe
ReplyDeleteWow...Sy salah seorg peminat paru goreng =D
ReplyDeletepernah sekali raya 2-3 tahun lepas, kak ati bagi paru yang dah siap marinate satu bekas besar (sebab plan asal dia nak buat paru goreng balado masa raya tapi tak jadi). sudahnya berhari2 menu kami paru, paru, paru dan paru hahah
ReplyDeleteAde geng makan benda yang kita suka, rasa semangat sikit nak masak tu kan. Seronok meratah macam makan kerepek gitu.
ReplyDelete