Resepi Paru Sambal - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 14, 2024

Resepi Paru Sambal

Hari Ahad lepas anak dara sorang ni tak sekolah sebab demam sikit pagi tu, 
Dalam pukul 9 tu,
MY bawa la ke klinik,
Eh.. elok suhunya tak demam pun,
tekak elok,
degupan jantung pun elok,
Jadi doktor bagi dia ubat demam dan pain killer je...
Doktor kata mungkin demam sebab penat,
Puasa, raya, sukan dan cuaca.
Dah settle bab klinik,
Balik teruslah.
Sebab dia kata bila jalan je,
kepala dia rasa sakit.

Balik dari klinik,
MY rebuskan paru yang suami beli masa raya hari tu.
Banyak juga la...
Dari seekor lembu punya paru-paru.
Rebus guna Noxxa high pressure selama 15 minit.
Ngam la.. tak benyet sangat.
Cara basuh paru boleh tengok kat entry ni ye.

Paru sambal

Resepi Paru Sambal

Bahan Bahan:

500 gram paru
Serbuk kunyit
Garam
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - sederhana besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 sudu besar cili kisar
1 sudu asam jawa bancuh dengan suku cawan air
2 sudu gula

Cara menyediakan:

Rebus paru sehingga empuk.
Angkat dan toskan paru. Apabila sejuk, hiris paru.
Jangan terlalu tebal.

Gaul paru dengan serbuk kunyit dan garam. 
Gorengkan dalam minyak yang betul-betul sudah panas sehingga cukup garing.
Angkat dan toskan paru goreng.

Untuk sambal pula,
Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumiskan bahan kisar bersama dengan serai ke dalam minyak panas.

Masukkan cili kisar apabila bawang kisar yang ditumis telah naik bau wangi.
Kalau nak pedas boleh tambah cili lagi.
Tapi MY nak bagi anak anak dan mak mentua makan,
so, masak tak pedaslah.

Masak sehingga cili dan bahan kisar garing, dan timbul minyak.
Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa, air asam jawa dan gula.
Kacau sebati.
Oh ya..
Kalau suka,
boleh juga letakkan bawang besar yang dihiris kasar masa ni.
kacau rata bawang bawang tu.
Kemudian boleh lah dimatikan apinya.
Tapi umat kat rumah Mama Yan ni 7 daripada 8 orang adalah team anti bawang.
Jadi memang taklah nak letak bawang segar bugar gitu.
Bawang kisar aje cukup.. kihkihkih...

Tunggu sehingga sambal sejuk suam.
barulah masukkan paru tadi ke dalam sambalnya dan gaul gaul sehingga rata.

paru sambal
Masa ni MY dah ambil sepiring buat ratah sambil menyambal.
Ni kalau belum kahwin,
mau kena reject dek mentua.
Tapi sebab anak pun 6 orang,
redha ajelah mak mentua menengoknya...

Paru sambal
Wahh.. nampak tu..
minyak dah bertakung kat tepi tepi...
Eh ada daun la dalam tu..
Oh ya..
MY letak daun limau purut dua helai.
MY memang suka masak letak daun limau purut.
Daun ni tak wajib letak,
Tapi MY suka letak.
Sesetengah orang tak suka pun.
Lagipun benda ada tepi rumah kann..
Taram aje lah.

Gambar paru kat atas tu,
tinggal semangkuk kecik tu je..
Sebab nya,
Lupa nak ambil gambar lepas masak.
Dah siap makan tengahari,
Lebihnya tu,
Mama Yan bungkuskan untuk mak mentua bawa balik kampung.
Tinggalkan sikit untuk Aril dan Ucid je.
Balik dari kampung lepas hantar mentua..
Tinggal semangkuk kecik tu je..
Hehehe..
Siapa suruh lupa nak ambil gambar lepas masak.








 

3 comments:

  1. Fav kita ni MY, tapi pernah dua kali jer kot masak, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Uncle memang ratah je paru cam ni....

    ReplyDelete
  3. kegemaran paru ni, tapi sini selalu pas goreng kering tu, dia goreng dgn isi kelapa lak. sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad