Corat-coret Adil Fitri 2026 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, March 28, 2026

Corat-coret Adil Fitri 2026

Ini adalah sedikit coretan untuk hari raya seminggu yang lalu.
Baca je...
Jangan sikirin shot bawa keluar pula ya.
Saman karang.. hahaha 


1. Tahun ni MY booking homestay awal awal lagi.
Hari Jumaat tu,
Owner homestay izinkan kami check in awal sebab takde customer. 
Alhamdulillah.. terima kasih tuan rumah yang baik hati.


2. Tahun pertama beraya tanpa kehadiran sosok seorang ayah.
Selalunya balik kampung,
Semua persiapan dah sedia.
Sekarang, kena la sinsing lengan sediakan sendiri.
Tapi MY tak pergi kubur arwah abah pun.
Pergi kubur, bila-bila pun boleh.
Since semua adik beradik dah pergi ziarah kubur,
MY tak payah la pergi.
Mama Yan lebih utamakan mak yang masih ada ni.
Yang dah pergi, dah selesai urusan mereka di dunia.
Doa anak anak akan sampai juga walau dari mana dikirimkan.


3. Berjaya juga la adik adik Mama Yan melemang
Boleh tahan juga sedapnya.
Tapi ada juga yang berkerak.


4. Pagi raya tu Mama Yan masak nasi beriani dan ayam masak merah.
Terkial-kial ya buat sorang sorang.
Kakak pergi solat raya.
Kakak ipar dan anak-anaknya,
Tak keluar bilik.
Buat apa tak tau.
Mekap la kut.
Mak Teh ni la sorang-sorang.
Mujur ada Sarah tolong potong ketupat dan tolong hidang.
Sesungguhnya kisah kakak ipar dan anak buah yang tak turun ke dapur, tak pegang penyapu tu real ya.


5. Kaki meja patah.
Entah la bila patahnya.
Masa raya pertama lepas makan ramai-ramai bentang tikar kat lantai.
Time kemas kemas nak susun semula meja,
Lahh.. dah tergolek kaki meja tu kat lantai.
Suami MY ajak anak anak bertukang membetulkan kaki meja tu.
dengan baju melayu dan bersamping bagai gergaji papan kat belakang rumah.
Hensemnya suami saya..ouchhh.!


6. Rendang daging basi seperiuk di hari raya pertama.
Masak rendang tu hari sebelumnya.
Pagi raya dah dipanaskan,
Tapi mungkin teknik pemanasan tak betul agaknya.
Ralat betul rasa sebab baru makan sikit aje.


7. Mama Yan beraya sebiji rumah aje di Raub.
Rumah pakcik MY - adik mak.
Tu pun dalam taman yang sama.
Sebabnya, kalau MY keluar beraya,
 takut ada orang datang rumah, takde orang layan tetamu.
Tu pun masa tengah sembang-sembang,
Mak call suruh balik sebab makcik MY datang beraya.
Padahal kakak ipar MY ada je kat rumah.
Takpelah.. kita tak boleh paksa menantu mambantu apalagi buat kerja rumah.
Anak perempuanlah yang kena hidangkan kakak ipar dia makan minum.
Menantu layan suami dan anak anak dia je.


8. Rumah mak MY takde kuih raya langsung. 
Mentua MY ada bagi dua balang rempeyek.
Mama Yan ada bawa 3 bekas kuih raya.
Itu aje lah kuih yang ada.
2 bekas kuih yang MY bawa.. kakak ipar dan anaknya ambil bawa balik,
Sedap sangat katanya.
MY? Speechless!
Adik beradik lain langsung takde bawa kuih raya.
Mak memang takde rasa nak beraya sementelah mak pun masih dalam edah.
Lagipun mak MY tak boleh bergerak tanpa wheelchair,
tak boleh mendengar tanpa hearing aid,
tak boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata.
Memanglah harapkan anak anak buat persiapan seadanya.
Tapi tu lah...
Mama Yan memang nak buat kuih banyak banyak,,
Tapi sempat buat dua jenis kuih aje.
Tak sempat siap, terus balik kampung jaga mak dalam wad.
Lepas tu, suami MY pergi pasaraya beli kuih raya buat ada-ada.
Yelah..
tinggal MY je kat kampung layan tetamu.
Nampak macam MY la yang tak sediakan juadah.
Rasa aib sangat takde apa yang nak dihidang pada tetamu.
Nak masak masak pun dah tak larat.


9. Adik MY beli mercun kotaknya bukan main besar lagi..
Adoiaii..
Pembaziran betul.
Kalau MY ni bukan main sayang lagi nak bakar duit.
Kerja penat-penat,
Dapat gaji diletup-letupkan pulak.
Bunga api ni tengok dari dekat bukan cantik pun.


10. Bila tengok galeri telefon,
Tak banyak pun gambar yang MY ambil sepanjang hari raya ni.
busy.
Tak sempat ambil gambar.
MY bertolak untuk beraya rumah mentua pula pada pagi raya ke tiga.
Singgah makan di restoran mamak di jalan Tampin.
MY ambil telur sotong la raya raya ni.
Tapi anak-anak, walau apa pun yang terjadi,
Kekal memilih ayam goreng sebagai lauk.
harga boleh tahan ye..
Maklumlah kedai tak banyak yang buka.
Lepas makan, terus singgah beraya ke rumah makcik sebelah suami di Felda Jelai dan di Kampung Sagil.


Alhamdulillah..
selesai melalui hari raya 2026.
Dah pesan kat mak,
Masak sardin je lah pagi raya tahun depan.
Mak pun jawab..
"Yelah.. kalau panjang umurnya''
Aiyo mak ni...
 







No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad