Resepi Puding Roti Berkeju Kukus - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, March 4, 2026

Resepi Puding Roti Berkeju Kukus

Mama Yan pun tidaklah mahu ketinggalan mengikut trend. 
Jadi marilah kita mencuba puding karamel yang tengah trending ni. 
Tapi resepinya MY tidaklah ikut Khairul Amin seratus peratus, 
MY ikut resepi Chat GPT la kekdahnya. 
Memandangkan resepi copy paste dari ChatGPT
tengoklah, siap emoji emoji bagai.👍




🧁 Puding Roti Karamel Berkeju

🥄 Bahan karamel

  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar air

🥄 Bahan puding

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula (ikut tahap manis suka)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 125 gram Cream cheese


👩‍🍳 Cara membuat 


1️⃣ Buat karamel

  1. Masukkan gula dalam kuali.
  2. Masak atas api kecil sampai cair perang.
  3. Tambah air perlahan (hati-hati percikan).
  4. Tuang dalam loyang dan ratakan karamel. Ketepikan.


2️⃣ Bancuhan puding

  1. Blender roti, susu cair, susu pekat, gula, telur, cream cheese dan esen vanila.
  2. Blend sampai halus.
  3. Tuang atas karamel dalam loyang tadi


3️⃣ Kukus

  1. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam puding
  2. Kukus api sederhana 20–30 minit sampai masak.


❄️ Cara hidang

✔️ Sejukkan dulu dalam peti ais

✔️ Terbalikkan atas pinggan

✔️ Potong dan siap makan 😋


Yeah..
Menjadi mengikut citarasa kami la.
Keras sikit dan ada sikit sikit rasa macam Basque Burnt Cheese Cake.
Bukan apa,
kalau buat lembut sangat,
Nanti rasa telur dan susu sangat.
Confirm la suami MY tak makan.
Dulu dulu dulu,
sebelum trending,
Mama Yan dah buat dah.
Suami MY rasa sesuap aje.
Dia kata kembang tekak rasa susu dan telur tu...hahaha

Lepas tu,
MY sebenarnya terlupa nak tutup loyang tu.
Wap air kukusan tu jatuh dalam puding tu.
Dah la berkerut kerut macam orang tahan sakit perut.😆😂

Okaylah rasa dah malas dah nak repeat.
Bagi anak anak rasa je.
Kalau diorang request lagi,
Baru lah pertimbangkan lagi sekali.
K bye, Wassalam




3 comments:

  1. PH buat resepi mak Abe Wee, old school version 😁
    Makan sejuk² memang sedapkan

    ReplyDelete
  2. sedapnya... tahun ni belum buat lagi la puding ngn agar2 ke

    ReplyDelete
  3. Dah terbalikkan tak nampak la berkerut tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad